SERVIS BATERI 24JAM

DAH TERANTUK BARUTERGADAH

Semalam...anak dara call...
Ibu kereta tak hidup.
Teman pandang jam di dinding...10.30 malam.
Dalam termangu mangu,teman tanya kat mana?
Dia kata kat Petronas Putra High.
Teman tanya buat apa kat situ?
Dia kata dia baru balik makan,baru nak hantar kawan balik kat kawasan situ.
Teman marah sebenarnya.Tapi nasi dah jadi bubur...
Kawan ada tak?
Dia jawap ada,nasib baik tak hantar dia lagi.Dia panggil emak bapak dia..
Kau ni...buat malu je,nanti orang kata anak dara apa,jalan malam2 buta.
Dia diam je....

Tindakan?
Ayah dia ambil jumper untuk hidupkan enjin,kalau tak boleh ,tinggal kereta kat sini ya.
Apa lagi yang boleh dibuat?tinggal je..urus esok je..
Dalam termangu teman goggle SERVIS BATERI 24JAM.Ada banyak pilihan....teman tekan satu iklan..


Cuba call malam2...
Talian di jawap.sayup suara anak muda lelaki....
lepas teman citer lebihkurang...Maaf Puan,perkhidmatan hanya sampai pukul 11mlm tapi...kami masih boleh memberi perkhidmatan untuk Puan tapi tunggu lebih kurang 45 minit.
45 minit?lambat sangat tu...kite urus esok je lah..
Baik Puan...

Esoknya...
Teman tanya..agak2 beteri atau starter yang rosak?
Puan tanya anak Puan...kalau bunyi krek,krek,krek itu maknanya....beteri.
Kalau bunyi kek,kek,kek....itu baru starter Puan...
Ooo...teman kongsi maklumat kat semua...Patut le tukang repair kereta selalu pasang telinga bila kite datang buat aduan.
Dari bunyi dia tau apa sakit kereta kite,dari bunyi dia tahu.....kos yang kite bakal keluar tinggi atau rendah.

Kat sini nak kongsi sikit...
Perkhidmatan mereka benar2 wujud,meraka tak tipu sebab teman dah guna SERVIS BETERI 24JAM mereka.
Sila simpan nombor Phone tu,untuk simpanan mana lah tau nasib malang menimpa tak kite waktu.
Terutama anak2 dara yang gedik tak pandai balik rumah awal.Selagi tak malam selagi tu ada je agenda mereka.
Bila ditimpa musibah baru ingat ibubapa..
Citt!

Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

APA HUKUM GUNA MINYAK PENGASIH PADA SUAMI?