RUMAH KUCING

ISTIMEWA UNTUK 3 EKOR SAHAJA.

Teman jaga 3 ekor kucing dah bertahun.Dah masuk tahun ke 5 kot....
Mula2 bela sekor....nampak cakar kerusi,teman jerit kuat!suami kata...tak pe,nanti saya kaya saya belikan yang baru.
Mula2 bela....syarat utama jangan kurung kucing.Biar kucing2 ni sepah2 dalam rumah.
Mula2 bela....dek kerana sekor...mampu le beli macam2.

Teman jenis berfikir....kesian kucing ni duduk sekor2.Cer bayangkan kalau kite dok sorang2,mesti kite sedih,mesti kite sunyi.4 bulan kemudian,teman cari sekor lagi buat teman bermain.
Hiduplah ekor2 ni rukun damai.

Tak lama kemudian,teman bawa balik sekor kucing.Kali ini bukan sengaja mencari kerja,tapi terjumpa dia di luar sana.Bermain2 sendiri tanpa penjaga.Ibunya mungkin keluar cari makan atau mati dilanggar kereta,
Mula2 susah juga nak rapatkan ekor2 ni,lama2 okay lah...

Sesekali atau seminggu 2 kali,ekor2 ni akan keluar ronda taman perumahan.Atau kadang2 terlepas pandang,dah lari keluar rumah.Ekor2 ni pandai balik sendiri cuma...baru2 ni ada gangguan dari seekor kucing kurap di luar rumah.Kucing kurap minta simpati.Tumpang makan, tumpang rezeki dari ekor2 teman.
ALLAH melihat kebaikan yang kite buat dan pastinya teman mengharap kebaikan itu diberi pahala.
Itu je harapan semua orang.Pahala yang kite tak nampak,tapi masih mengharap pahala itu ALLAH beri untuk kite.

Baru2 ni...teman buatkan rumah kucing ditepi rumah.Teman panggil tukang grill dan buat pagar tinggi untuk ekor2 ni dok santai2 bila perlu.Hari2 biasa termenung dok depan sliding meninjau keluar rumah.Terfikir juga.....tak salah sukakan kucingkan?
Maka jadilah...RUMAH KUCING yang ringkas.Ada laluan ke dalam rumah.Teman terfikir ekor2 ni pasti suka keluar masuk tanpa sekatan.
Paling tidak dia boleh menghirup udara nyaman.Paling tidak dia boleh menikmati cahaya pagi.
TAPI...itu semua perancangan teman untuk 3 ekor ni...
Hakikatnya....dia tak mahu begitu,dia mahu keluar terus!mahu lari2 panjat pagar.Bukan dok dalam pagar.....
Hakikatnya....dia hanya keluar bila nak menbuang tapi tetap menunggu teman sediakan makanan pada bekas lamanya.
Teman tak nampak dia gembira...
Yang teman nampak mungkin ekor2 ni kata....entah apa2 le tuan aku ni,kami mahu keluar rumah!bukan dok dalam sangkar ni!cittt!

Walaupun begitu....kebaikannya,kalau ada tetamu datang....ekor2 teman ada tempat untuk istirehat.Kucing2 manja ni takut pada keriuhan,jika keriuhan itu berpanjangan.....maka kemurungan akan berlaku.Emosi akan terganggu,muka pun tak banyak senyum.
Sahabat kata....aje membohong!mana ada kucing senyum?
Hahaha...hanya tuan kucing tau bila kucing senyum.Hanya tuan sahaja yang tahu bila kucing2 tu gembira.Orang yang tak minat kucing tak akan faham..

Apa yang penting....
ALLAH maha mengetahui....
InsyaALLAH ada balasan untuk setiap kebaikan.


Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

KUIH RAYA