PRU PADA 9HB MEI 2018

RABU

Terkejut bukan kepalang.Teman fikir PRU akan diadakan pada sabtu atau hari2 cuti yang lain.Rupa2nya RABU (9hb Mei 2018)
Panik sekejap.Macam mana nak balik?
Isnin sekolah,selasa sekolah,rabu cuti peristiwa,khamis hari sekolah juga,jauhnya kampung teman antara utara ke selatan Malaysia.
Sahabat kata tak jauh lah...
Teman sengeh je...tak jauh?kebas punggung saya ni ah!laju sikit kena saman,bawa le 110km/j .Kadang2 kalau waktu2 perayaan,boleh jejak  12JAM!
Sahabat gelak je...padahnya tak tukar alamat.........
Benar salah teman tak tukar alamat.Sebagai rakyat Johor,rasa sayang pulak nak isytihar diri jadi orang Phegak.
Sahabat pandang bulat mata...ngaku je le....Perak Johor sama je...Bumi ALLAH juga.

Rasanya tak pelik ngundi hari kerja,pernah berlaku juga.Cuma pada tarikh tu Kerajaan isytihar cuti umum.kali ini TIDAK!kerja macam biasa,majikan pun tak dipaksa untuk bagi cuti atau tanggung apa2 pun.Kalau nak mengundi juga,rakyat pandai2 lah nak hidup.Pergi pagi balik petang ke atau tak pergi langsung!kerajaan tak kisah pun....
Yang pasti....kerajaan akan pastikan kemenangan milik mereka.

Untuk rakyat Malaysia..
Jangan susah hati,jangan berat2kan masalah ni...
Selagi mampu pergi,sihat tubuh badan....pergilah mengundi.5thn sekali kite dapat hak kite untuk tentukan siapa yang kite suka.
Kalah menang tu adat pertandingan.Yang pasti kite berusaha.InsyaALLAH ALLAH akan tentukan jalan terbaik buat kite semua.
Jika Kerajaan menang,kite doakan agar mereka berubah.Jangan menindas rakyat jelata.Kerajaan tetap sama,orang yang sama..maka corak pimpinannya juga akan sama.Rakyat jangan harap perubahan drastik!sebab mereka tetap sama melainkan ALLAH dah kurniakan makrifat dalam hati mereka untuk menyandang amanah ini dengan jujur dan ikhlas.Jika sama sahaja...anggaplah ALLAH beri dugaan kat kite.Sabar lah.....
Jika Pembangkang menang...itu sebenarnya perubahan hakiki.
Semua akan berubah.Pembangkang mungkin lebih faham apa yang kite semua inginkan.
Kos hidup yang makin tinggi buat kite semua patah hati.
Gelagat pemimpin yang menjengkelkan,tak cuba memahami keadaan kite semua.
Fikir tembolok sendiri,fikir anak bini sendiri....sebiji macam Qarun!Sebiji macam Haman penasihat Firhaun tu...
Makanya...kite juga kena sedar...kerajaan yang zalim petanda dunia akhir zaman.
Fikir fikirlah bersama....
ALLAH mengetahu apa juga yang kite tak tahu.Hanya mampu doa agar ALLAH kurniakan kemenangan dan mengatur kehidupan kite dengan lebih baik lagi.
Tak lupa juga mendoakan agar ALLAH buka pintu hati pemimpin2 yang zalim tu menjadi lebih baik di masa akan datang.Menjadikan mereka manusia yang tidak berlebih lebihan...


Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

APA HUKUM GUNA MINYAK PENGASIH PADA SUAMI?