PERTUNANGAN YANG KESAMPAIAN

SEMUGA ALLAH PERMUDAHKAN URUSAN ANAK2

Tahun lepas anak dia tunang dengan lelaki sekampung yang dah lama kenal.
Dengar2 budak jantan tu baik dan berakhlak sempurna,
Dengar2 mereka berkawan dari kecil lagi....
Dengar2 begitulah....

Bila langsungnya?
Dia jawap insyaALLAH tahun depan,memandangkan kau dah tanya...aku jemput kau.Kira kau orang pertama aku jemput ya...
Teman gelak je..
Dalam gelak teman dah pahat kat kepala otak....bulan Ogos 2018,anak si polan akan kahwin.Majlis akan di langsungkan kat area rumah mereka sahaja.

Bulan berganti bulan....2017 dah berlalu pergi.Teman menghitung hari nak penuhi jemputan kahwin anak si polan.
Tup2....anak teman dah hadiahkan teman trip ke Indon pada bulan tu.
Teman hantar pesanan ringkas...
Anak kau kahwin berapa haribulan?
Dia jawap kenapa?
Teman balas...aku nak ke Indon bulan Ogos tu..takut terserempak hari.Kempunan aku nak makan nasi minyak kat rumah kau.Lagi pun....kau dah jemput aku dari tahun lepas!
Dia diam lama.....
Teman tak terfikir apa2..teman hanya rasa dia sibuk atau dia sedang ada tamu.

Setengah jam kemudian...nampak dia Typing.......
Payah nak cerita,tak tahu dari mana nak mula....Tak sangka kau masih ingat jemputan tu...setahu aku,hanya kau sorang yang tahu...TAPI....
Teman baca dalam debar...Perkataan TAPI...buat dada berdebar...
Benar teman seorang yang tahu...
Benar dia jemput teman seorang...
Benar semua tu...TAPI...kenapa ada perkataan TAPI di hujung ayatnya.
Teman jenuh fikir,aku dah terlepas cakap ke?atau ada orang lain tahu tentang perkahwinan n?
OMG!pening ...pening....

Ginilah....anak aku tak jadi kahwin,tiada majlis bulan Ogos ni,kau pergilah kemana kau nak pergi...ikut suka kau...
Lain macam jawapan tu...kenapa tanya teman lagi.
Anak aku tunang putus di tengah jalan...
OOOOOOoooooooo....putus tunang?aku ingat apa lah...
Dia gelak panjang...bagus betul otak kau ya...masih ingat jemputan aku tu...
Laaa...aku dah pahat kat otak nak piii rumah kau..
Terima kasih....aku tak sangka kau masih sudi nak datang rumah aku...
Teman diam je...pada teman kenapa dia kata macam tu?teman ni biasa2 je...teman bukan FLOM,teman bukan artis!teman hanyalah manusia biasa,ada suami ada anak LIMA.
Tiada apa perlu di risaukan....
Teman hanyalah manusia biasa...

Aku minta maaf...aku tak tahu pun pasal putus tunang ni,aku cuma ingat dah nak tahu berapa haribulan je...
Balasnya...tak pe...aku tahu siapa kau...aku tak ambil kisah pun.
Teman akui.....dia sama sekolah dulu...bukan kawan baik,bukan kawan serasi bersama...sebab dia budak jantan!
Ayah teman kata....lelaki  dengan perempuan bukan kawan tapi...lawan!
Perempuan dengan perempuan baru sesuai di panggil kawan!
Gitu!..kelas abah teman...

Tak pelah...tak ada jodoh...elok putus sekarang,kalau dah kahwin beranak pinak,susah pulak kite nanti kata teman separuh memujuk.
Setuju....tunang tu marah anak aku beli kereta...ceritanya bermula.
Atas alasan tu,dia putus tunang?cikai betul budak jantan tu!
Aku pun hairan...benda boleh bincang,budak2 sekarang memandai sendiri.
Cara dia kata...anak dan tunang tu memandai mandai sendiri.Mungkin ibubapa tahu bila dua2 dah kembali solo.

Entahlah...teman tak pernah rasa putus tunang.Teman pun tak pernah putus cinta.Makanya...tak tahu le nak bagi nasihat.Kalau cakap lebih2....orang kata memandai mandai pula!
Alasannya...
Aku belikan kereta untuk anak aku,tunang tak suka takut nanti lepas kahwin dia kena sambung bayar.
Sebab tu je?
Jawap dia...ya..sebab tu je...
Pada pemerhatianku ini,bekas tunang anak kau tu dah ada pempuan lain,sebab tu macam2 alasan dia bagi.Orang lelaki biasanya penurut.Jarang membantah.Orang lelaki yang suka berhelah itu membawa maksud hati  dah tiada lagi dengan anakmu.Orang lelaki tiada istilah setia,yang ada kat hati dia hanya pura2.
Jawapnya mungkin lah....
Teman sambung lagi...kau kan lelaki?tak kan le kau tak boleh baca isihati  bekas tunang anak kau tu!

Antara sebab teman tak gemar lihat majlis tunang yang beriye iye.Tunang sepatutnya diam2 je...Jangan kecuh2.
Majlis tunang yang sempurna hanya untuk keluarga terdekat sahaja.Sebagai tanda mereka telah bertunang dan sila jangan mengurat.
Teman kata kat bakal besan....majlis tunang akan di adakan tidak seperti yang ada ada sekarang.Majlis tunang tu seringkas ringkasnya.Tiada pelamin,tiada bunga melambak.Yang ada hanya bantal duduk yang istimewa hanya untuk memperkenalkan anak dara teman pada umum.Tu pun hanya untuk tatapan tetamu pilihan.Teman tak nak kecuh2...
Sebab teman tak nak jadi macam dia....
Bila orang tanya...bila anak nak langsung?kite akan tersengeh2 sebab kite sendiri tak tahu nak kata apa.Masa tu lidah kelu untuk berkata.
Kite hanya mampu kata ku sangka panas hingga ke petang,rupanya hujan di tengahari.







Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

APA HUKUM GUNA MINYAK PENGASIH PADA SUAMI?