KENANGAN MENUSUK KALBU

BEZA BERANAK DI HOSPITAL KERAJAAN DAN SWASTA

Anak sulung lahir di Hospital Sultanah Aminah,Hospital warna bata mengadap Pantai Lido.Sebelum kelahirannya,teman ada le simpan sikit duit,hati ingat nak ke swasta.
Dek hasutan kawan2,teman akur untuk keHospital Besar Johor Bahru.
Tak payah buang2 duit,beranak tu sama je!ada duit baik buat benda lain.
Sakit sama je...hospital swasta,hospital kerajaan sakit tetap sama.
Jururawat pun baik2....
Bla.bla,bla....Macam2 pendapat teman dengar,semuanya buat teman kepala pusing.
Akhirnya teman relakan diri untuk ke Hospital Kerajaan.

Pagi tu air ketuban pecah,terus ke Hospital daftar masuk.Malangnya...jalan tak buka lagi,air je keluar tapi resa bersalin tak ada lagi.
Makanya....dari subuh hingga lepas maghrib baru rasa sakitnya.
Mula2 jarang2,lepas tu makin dekat dan makin dekat sakitnya.Bila sakit tak tertahan jumpa nurse bertugas,pekse jalan tak luas lagi.
Muntah beberapa kali,pergi tandas sendiri.Cuci kain baju sendiri.
Lebih kurang pukul 2 pagi,sakit tak tertanggung,jumpa lagi nurse bertugas.
Awak ni suka sangat orang masukkan jari kat awak punya tu,ingat elok ke?awak beranak sulung,mengeceh!silap2 esok pun tak beranak lagi.
Masa ni,sedihnya...teman ingat ayat2 tu walau dah 25thn yang lalu.
Muntah banyak kali,pergi balik ke tandas,terasa nyawa tak bernilai.
Lebih kurang pukul 5 pagi,teman pergi lagi....kali ini dah betul2 tak tahan,rasa nak buang air besar.Teman datang jumpa dia,dan berdegil tak beranjak walau seinci.
Saya dah rasa nak buang air besar....
Baru dia panggil doktor yang sedang tido...
Pekse...sah!teman dah nak beranak,terus dia angkut bawa ke bilik bersalin.10 minit kemudian...bayi sulung teman keluar.
Dah biru,lemas sebab dah lebih dari had dok dalam perut.
Masa keluar tak bunyi.....tepuk2 pun tak bunyi...
Teman dengar bunyi cakap2...dah lemas,takut dah termakan najis,hantar ward kanak2...
Begitulah lebihkurang perbualan mereka.Kite yang dengar pilu rasanya.

Bila kite jadi pesakit,kadang2 kite kena tahu hak kite.Masa tu teman benar2 dungu,tak tahu apa2...
Mengikut je apa orang kata...
Anak teman di tahan sehari semalam untuk pantau keadaan dia.
Lusa dia keluar,lepas dah sah dia benar2 sihat.

Teman kata kat suami,kalau nak anak lagi,saya tak nak datang sini.Teman cerita semua! betapa teruknya layanan Hospital kaler bata ni.
Walaupun dah 25thn berlalu,kenangan pahit tu masih segar dalam ingatan.

Anak ke 2 lahir 2thn kemudian,teman tak ke Hospital bintang 5,hanya mampu Pusat Bersalin Islam.
Tak mahal macam hospital swasta lain,layanan juga bagus.
Teman datang lepas balik mengundi tahun 1995.
Di sini,teman dilayan baik.Bila teman muntah,ada staff datang urut belakang,teman tak keseorangan.
Lepas selamat bersalin,mereka pantau kite,dari A hingga Z.
Terasa di hargai.

Anak ke 3 di tempat yang sama..
kenangan tetap terbaik.Teman tak nak kata yang bukan2 ..
Pusat Bersalin Islam ni betul2 mematuhi syariah.Proses bersalin sama..
Sakit sampai muntah!

Anak ke 4...
Masa ngandung anak ni,teman benar2 telah bersedia dari segi kewangan dan diri,walaupun bukan Gleneagles,hospital ni tetap terbaik.Jauh baiknya dengan layanan Hospital Kerajaan.
Kite di layan baik,diberi perhatian setiap saat.
Lepas makan malam....keluar tanda sikit.Perut pun rasa sengal berulang ulang.
Teman siapkan anak2,hantar rumah mak.terus ke Hospital Puteri Johor.
Terus di hantar ke ward bersalin.
Kebetulan tiada pesakit,hanya teman seorang...
Nurse pekse teliti.
Biasa saya akan muntah ,tolong dekatkan tong sampah tu.
Nurse ikut je arahan teman.Sesekali dia datang rasa perut,pegang lembut...
Proses bersalin cukup seksa.sakit tak terperi.Dalam banyak2 sakit,beranak lah sakit paling teruk.
Bisa semacam,rasa macam nak tercabut nyawa dari badan.
Teman beranak tak lama kemudian,yang pasti teman tak lagi rasa sedih.Teman dah tahu beza swasta dengan kerajaan.
Ada kawan2 kata aku baranak okay je,doktor nurse semua baik2 belaka.
Mungkin nasib tak menyebelahi teman...orang lain beranak kerajaan okay2 je,teman terus KO.

Anak ke 5 lahir ikut tingkap.Dek diabetes tak menentu.
Pengalaman pertama buat teman serik.Bukan bermakna serik untuk beranak,tapi serik dengan layanan yang di beri.
Anak ke5,teman benar2 sedia dengan semua kemungkinan.
Dia keluar melalui pembedahan,dia keluar dalam persekitaran yang baik.Bukan hospital mewah,tapi cukup baik untuk di kenang.
Kite di hargai,kite di bantu dengan mesra.
Bukan memuji melampaui batas,semua terletak pada pengalaman.Teman bukan sekali beranak tapi 5 kali.
Maka pengalaman 5 kali tu.buat teman layak untuk pesan kat anak2...
Sedia dari segi zahir dan batin.Sedia dari segi kewangan.Kite tahu rezeki dari ALLAH.
Jika kite usaha....insyaALLAH...ALLAH akan mudahkan segala urusan.
Yang pasti...swasta menyediakan persekitaran yang lebih baik dari kerajaan.Sahabat kata mahal!
Teman akui...mahal tapi masih mampu untuk di bayar.
Jika benar2 tak mampu....terimalah seadanya hidup ini,Hospital Kerajaan tetap hospital paling BAGUS untuk kite yang tidak berWANG!

Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

APA HUKUM GUNA MINYAK PENGASIH PADA SUAMI?