KEMPEN PILIHANRAYA 2018

BUKAN MUDAH NAK RAYU UNDI

Teman bukan sukarelawan,teman juga bukan perayu undi.Teman  tak pernah bertugas kecuali pernah membantu menyelenggarakan bendera Parti Rakyat satu masa dulu.
Teman ingat lagi,tugas kami klip bendera kat tali sepanjang yang boleh.Tanpa upah malahan keluar duit sendiri untuk benda2 yang tak cukup.
Malam....adik abang gantung di jalan.Parti Rakyat tak boleh pasang siang2 buta,orang tak suka.
Kami kena pasang malam2 buta,orang dah tido,masa tu kami buat keje.
Tau2 esok pagi,bendera dah penuh kat jalan.
Kembang hati,bila nampak hasil kerja berkibar di jalan2 utama.

Jika tak mampu sumbang tenaga,biasa teman sumbang duit.Parti Rakyat tak kaya,mereka tak ada duit yang banyak.Berbeza dengan Parti Kerajaan,mereka dah banyak duit.Maklum....dah lama perintah Malaysia.
Parti Rakyat tak mampu nak tanggung semua.Kami kena agih2kan kerja.Yang pasti tenaga percuma.

Pernah teman hadirkan diri ke perhimpunan2 Rakyat.
Mula2 dulu,takut juga.Lepas pergi,tengok sendiri keadaan kat situ,Teman rasa....rugi tak pergi,tiada apa yang perlu kite risaukan.Mereka berjalan sambil borak2,minum2 dan makan2...
Matlamat hanya nak ramaikan manusia dan menghantar pesanan pada kerajaan.
Kekecuhan berlaku bila ada sekumpulan manusia yang menjadi pencetus.
Bayangkan orang ramai,bila keadaan panik,bertempiaranlah mereka tak tahu hujung pangkal.
Yang mana keadaan itu di gambarkan sebagai kekecuhan melampau.

Adik teman tanya nak jadi perayu undi?
Teman jawap berapa?
Dengar2 sehari dapat RM50 ringgit
Teman tanya balik...50inggit?baik tido!lainlah RM5000!ku gagahi jua.
Adik kata..kite pun tak nak!buat penat je,seharian merayu undi,entah solat entah tidak..Ganjaran cuma 50inggit?
Teman kata...orang tengah dapat banyak tu....dia upah kat kite 50 ringgit je....GILA!
Bukan senang nak jadi perayu undi,orang sekarang dah cerdik pandai.Pengetahuan meluas,emak teman yang dah tua tu pun ambil tahu perkembangan negara.Segala bahan bacaan di tatap hari2.yang pasti!emak teman faham situasi,keluh kesah anak cucu,dikongsi bersama.Marahnya pada pemerintah tak terperi.Padanya....bila anak cucu melarat!itu tandanya.PM telah gagal.Menteri juga gagal.Mereka perlu di ganti dengan yang baru,yang lebih berdaya saing dan amanah.Wajib di rehatkan tanpa banyak alasan.
Jadi...bagaimana mungkin teman nak jadi perayu undi,emak sendiri pun teman tak daya nak pengaruh.Silap2 teman kena marah balik,silap2 teman di soalnya.

Teman tanya lagi...tak boleh tambah  sikit lagi?
Adik gelak...mana boleh!diaorang kata sehari 50je.Kata mereka kerja senang,sebab tu upah sikit ..
Teman malas nak fikir,ketuaan teman banyak mengajar teman jadi makin tua dan matang.
Kawan dari selatan ada bagitau...ko nak RM100 ribu?
Teman jawap mestilah NAK!kau gila TAK NAK?
Kawan tu kata lagi...kalau ko nak,kau daftar perniagaan,lepas tu kau bagi kat aku..
Teman terpinga dengar arahan dia,pada teman...daftar perniagaan tu mudah,yang susahnya teman kena bagi duit itu ini RM3000 sahaja.
Tang 2 ribu,teman akui...teman tak percaya.
Teman tak mahu terpedaya bak kata orang....yang di kejar tak dapat,yang di kendung berciciran.
Pada teman...siapa tak nak duit,semua orang nak duit.Cuma cara kite dapat duit tu yang jadi masalahnya.
Teman kata kat kawan...kau cuba dulu,kalau betul aku enter 3000 nanti.

Beginilah keadaan bila PRU tiba...tawar menawar sesama kite.
Tak tahu nak kata apa..
Yang pasti....negara kite di ambang kehancuran.Bila semangat sayangkan negara terhakis jauh dari hati.
Semuga kemenangan milik kite.
Walaupun kalah,paling tidak kite mencuba.Daripada berpeluk tubuh sahaja.

Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

KUIH RAYA