BILA ANAK DI RISIK ORANG...

HATI SAYU BERCAMPUR GEMBIRA.

Minggu lepas,ada orang risik anak dara.Orang tu tak lain tak bukan ibubapa BF dia.Lama mereka berkawan,rasa2nya dah jejak 5thn.Dari mula2 asasi hingga tamat degree,mereka tetap berkawan.
Teman kenal anak muda tu...bukan untuk apa,sekadar untuk memastikan anak dara teman selamat di sisinya.
Nak ikutkan,teman nak salinan ic,nak tahu siapa ibubapanya.
TAPI....
Kite tak boleh mendesak orang lain,kite hanya mampu doa agar ALLAH selamatkan mereka.

Bila anak teman kata...
Ibu,minggu depan ibubapa dia nak datang jumpa ibu ayah...
OMG!saat yang semua ibubapa akan lalui.Saat di mana,anak kite akan berkahwin.
Walaupun itu pilihan dia!
Rasa bimbang tetap ada....
Teman selalu pesan...kite kahwin bukan untuk sedih2,bukan untuk kena pukul bantai.Duit bukan segalanya.Yang penting setia,kerjasama,saling memahami dan menyayangi.
Teman pernah tanya suami....kamu sayang saya?
Suami jawap tak!sayang jatuh nombor 2,tanggungjawap jadi nombor satu.
Okay...fine....
Sekarang teman faham.....sayang je tak cukup,tanpa ada tanggungawap.
Ternyata suami teman lelaki melayu terakhir.Dia cukup baik,dan sebagai isteri teman akan sentiasa setia kat dia walaupun dia bukan diketegorikan kaya raya.
Yang penting!
Dia sempurna,berakal dan beriman.

Beberapa bulan kebelakangan ni,teman hanya tinggal bertiga di rumah.Bila dengar ada orang nak datang merisik,pasti banyak kerja yang teman kena bereskan.
Sebagai langkah selamat....teman adakan pertemuan di sebuah hotel terkemuka.
Maaf..saya bukan tak nak jemput ke rumah,kebetulan anak dan suami ada di KL,hanya saya sahaja yang perlu ke mari.Rumah saya jauh!nak nyampai ambil masa 3jam.Jadi...saya mudahkan urusan semua ya....jangan tanya kenapa saya jumpa Encik2 di sini lagi.
Syukur...mereka faham dan amat berterima kasih
Wah!modennya u!kata sahabat..
Teman gelak je...Bukan moden..tapi mudahkan urusan orang lain.

Pertama kali bertentang mata...lidah kelu nak berkata...
saya sebenarnya selalu uruskan anak2 sedara kahwin,tapi...bila kena anak sendiri.....
Terus blur!
Bakal besan juga akui.Betul.....kite sama2 anak sulung..Jadi...kite bincang sama2.kalau ada yang tak kenan,tegur ya...
Itulah sefahaman.Mudah2an...sefahaman ni berpanjangan.
Mudah mudahan...ada jodoh buat mereka.
Mudah mudahan.......ALLAH permudahkan semua urusan kami.
InsyaALLAH.

Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

APA HUKUM GUNA MINYAK PENGASIH PADA SUAMI?