LUAHAN HATI ANAK MUDA

MATANG SEBELUM WAKTUNYA

Umurnya baru 18thn.Pertama kali jumpa,nampak keremajaannya terserlah dari air mukanya.
Walaupun agak gelap,ada manis disebalik senyumnya.
Walaupun masih remaja,akalnya mencapai matlamat jauh kedepan.
Berbual dengannya,kite sedar....dia seorang remaja yang matang sebelum waktunya.
Anak teman 18thn,masih terkapai2 tak tahu nak buat apa.
Bila kite tanya dia...semuanya dijawap dengan terang.Teman tak perlu tanya banyak kali.Jawapannya tepat dan jelas.

Umur awak berapa?tanya teman...
Dia jawap 18thn Puan.
Teman kata lagi...jangan berpuan puan,panggil saya Mak Cik.
Dia angguk tanda faham.Sesekali tersasul juga dia berPuan Puan dengan teman.

Teman kagum  dengan nya,anak2 teman tak pernah fikir akan kesusahan.
Tiada erti kesusahan buat mereka.
Saya pergi mengajar anak Doktor,saya suka lihat kehidupan mereka.Nampak mewah!
Saya juga ada jumpa anak2 yang benar2 gembira,saya rasa hidup mereka pasti indah.
Teman berani bertanya...kenapa awak kata macam tu?
Saya tak sesenang mereka,ibubapa saya bercerai Oktober tahun lepas,sekarang ibu saya ambil upah jualan tepi jalan.Ayah bantu juga,tapi tak dapat banyak.Ayah kena beri pendapat pada 3 isteri.
Wah!banyak isteri ayah awak?
Jawapnya lahan...ibu saya isteri ke2,ayah ada seorang lagi isteri mualaf.isteri pertama selalu menganggu.Kalau dulu hubungan baik2 je,sejak ayah susah,hubungan kami dah tak macam dulu.
NAMPAK?
Isteri ramai,suami je gembira.Anak2 merana.
Sahabat tanya mana u tahu?
Dengar cerita adik tu,kite kan boleh faham situasi mereka.
Pendapatan kurang,anak2 ramai....
Tapi....saya tak marah ayah mak cik,dulu ayah mewahkan kami.Sejak rakan kongsi tipu ayah.Sejak tu kami dah tak gembira macam dulu.
NAMPAK?
Nak cari rakan kongsi bukan boleh main tangkap muat!kena selidik betul2...
Takut kawan makan kawan,macam kisah mereka.

Awak kerja?tanya teman
Jawapnya kerja mak cik....ajar budak2 sekolah kebangsaan dan menengah,mengaji , sabtu ahad bantu Pak Cik berniaga gerai makan.
Oooo.....teman nampak kesusahannya.Tumit kaki tak mulus macam anak2 lain.
Sahabat kata budak lelaki memang macam tu kan?
Tak juga,ada anak2 lelaki yang bertumit segar bugar.Tak pecah seribu.

Setakat ni banyak menyimpan?tanya teman
Adalah sikit....dalam 500inggit je...
NAMPAK?
Sikit2 lama2 jadi bukit.
Saya ajar KAFA juga mak cik.
NAMPAK?
Tuition,mengaji,kerja gerai makan jadi ustaz KAFA.
Kalau tak calang2 orang,memang tak kuasa dia nak buat tu semua.Baik dia gi main futsal atau melepak kat kedai mamak.
Saya tak boleh keluar malam mak cik katanya lagi
Kenapa?tanya teman
Ibu saya tak beri keluar malam,lagi pun tak ada apa nak buat...sesekali saya teringin juga,tapi....ikut kata ibu...
Amboiiiii....anak siapa lah kan?
Anak teman dah macam bujang senang,masa sekolah terkongkong,sejak dah hantar belajar jauh dari mata,keluar maghrib balik dinihari.Silap2 tak balik!sambung gi kelas terus!
Bila teman kata gitu,dia akan jawap...dia tak seburuk itu!
Semuga ALLAH menjaganya dengan baik.

Saya cuma nak bantu ibu,tahun ni saya sambung belajar,tahun depan adik saya pula.Sebab tu saya kena cari duit sendiri.Nak ringankan beban ibu.
NAMPAK?
Tak semua anak umur 18thn tak matang,ada yang terlebih2 matangnya,ada yang memang kebudak budakan,tapi DIA...memang istimewa.
Muda2 dah nampak hala tuju,muda2 dah tahu apa yang buruk dan apa yang baik,muda2 tak semestinya jadi lalai...
Kite mesti belajar jadi manusia berguna seperti DIA.

Semuga awak akan berjaya Rifqi,semuga keluarga awak akan bersama semula seperti masa dulu.
Semuga awak akan selamat di dunia dan akhirat.

Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

KAHWIN LAGI