KISAH ANAK ZAMAN SEKARANG

DEPAN MAK BAPAK,PIJAK SEMUT TAK MATI!

Sahabat satu ni dok jauh di utara tanahair.Lepas pencen,dia balik kampung tanam jagung.
Lepas pencen,dia dapat duit dan joli sampai habis!
Lepas pencen,dia dapat sikit imbuhan....repair kereta motor,buat modal beli bot,konon2 nak sewa kat kaki pancing.
Malangnya...zaman dia berniaga,ekonomi meleset,orang dah tak ramai gi ke laut.Daripada ke laut,baik le depa....beli ikan kat kedai je.
Lagi murah dan menjimatkan.

Suka duka dia sebagai warga pencen amat dahsyat sekali!
Dalam tempoh tak sampai 1thn,duit HABIS!
Dia sendiri tak tahu mana piiii duit2 dia tu,yang pasti...dia cuma boleh meneruskan kehidupan dengan bot sewa tu je.
Raya lepas dia pinjam duit...
Anak2 tiri aku nak raya dengan aku,tak kan aku nak minta duit belanja dari diaorang.
Dia nak pinjam 2k,tapi teman bagi 1k je..
Teman kata...satu ribu lagi,usaha le kat lain.

Hari berganti,minggu datang dan pergi,bulan silih berganti.Raya akan berkunjung lagi.
Hutang yang di janji masih samar2..
Bila nak bayar hutang?
Dia jawap aku tengah pokai,bot tak jalan sangat,ombak kuat...Orang takut nak turun ke laut.
Jujur teman nak habaq....ada aku kesah?
Aku minta maaf....aku tak dapat bayar hutang kau tu,kalau ada duit insyaALLAH aku bayar.
Entah lah....masa meminjam...mulut bak bunga,merayu2,merintih pilu.
Bila nak bayar APTB.

Semalam...dia call..
Aku tak boleh bayar hutang kau lagi,aku pokai...
Teman tanya kenapa?
Dia kata,banyak masalah...bulan depan aku kahwinkan anak....
Mak aii..tak ada rebut tetiba hujan?Kenapa tergesa gesa?tanya teman
Panjang ceritanya,aku malas nak fikir,kesian maknya,nangis siang malam.
Kawan ni minat janda,kalau kahwin bininya mesti status janda.Bukan janda kosong okay!Janda ada anak,ada 2 ada 3...pendek kata...dia sendiri tak ber 'anak'.Dia dok belek anak janda2 tu.
Apa2 pun...dia ikhlas...Jaga anak2 tiri tu sampai besar.
Cuma anak2 tiri tu tak ikhlas terima dia!kalau ikhlas...tak gitu perangainya.

Anak aku kerja kat Penang.Semalam aku sengaja gi rumah dia,lepas tu aku nak tumpang bilik air,masa lalu bilik dia yang terbuka sikit pintu,aku nampak ada katil kelamin.Tersusun cantik bantal.Aku terus terjah masuk,aku nampak barang2 anak aku ada kat situ.Bercampur dengan barang2 perempuan,aku apa lagi!aku tampar sekuat hati!
Aku tak tahu nak kata apa...bini aku dah nangis siang malam.
Sakit kepala aku ni ahh!

Kesian timbul kat hati,nak kata teman pun ada anak sedang menjadi tua.Belum kahwin...jadi malas nak komen pasal anak orang.
Aku cuma takut satu je...kata nya..
Apa dia?tanya teman..
Aku takut emak budak perempuan nak hantaran,mana aku nak cekau duit!katanya separuh marah.
Teman kata mana boleh free!kena bayar lah sikit.Tak aci tu,kesian budak perempuan tu.
Kawan tu kata...siapa suruh dia gatal sangat?anak aku tu bukan berduit.Harapkan ada punai je...
Hahahaha...teman gelak sendiri.Ramai lelaki sekarang ada punai tapi tak ada gaji.Bila tak ada gaji,nak makan apa?
Semalam aku baru transfer 150 untuk dia belanja....katanya lahan.

Jujur teman nak kata...teman benar2 tak tahu nak kata apa..
Teman percaya,kawan  teman  sekeluarga,mampu mengatasi semua masalah.
Teman tak terkata...
Teman hanya mampu kata....sabar lah...
Semuga ALLAH  dapat mempermudahkan segala urusan.

Amiin..

Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

APA HUKUM GUNA MINYAK PENGASIH PADA SUAMI?