BRIM

BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA

Teman tak layak..
Pendapatan terlebih had dari yang di tetapkan.
Sejak di perkenalkan,teman tak pernah lagi merasa BRIM.
Yang teman tahu...setiap tahun segelintir rakyat Malaysia dapat BRIM.
Semua orang suka hati dan berjanji akan sokong pemerintah dgn harapan tahun hadapan dapat BRIM lagi.Pandai kerajaan pancing undi.

Setiap tahun kite akan baca,akan dengar kat corong radio,TV....cerita kebaikan BRIM.
Semua orang yang dapat,akan cerita dengan megahnya pasal BRIM.
Yang tak dapat BRIM macam teman...
Senyap sunyi,tiada apa yang dapat di perkatakan.

Kawan teman kat selatan akan minta teman kemaskini maklumat,takut kerajaan terlupa akan dirinya.
Teman masukkan no ic dan semuanya akan terpampang depan mata.
Ada kawan kata aku dapat 2 kali,satu tunai,satu kali lagi pihak berwajib masuk dalam bank.
Wah!untunglah kau dapat 2 kali.
Yang untung suka,yang rugi berduka.

Teman tak faham mengapa perlu ada bantuan2 duit macam ni.Alangkah bagusnya kalau kerajaan salurkan BRIM untuk di nikmati oleh semua rakyat tak kira siapa.
Mengapa perlu di beza bezakan?
Mengapa perlu di pilih2..
BRIM untuk orang miskin je..
Siapa kata?BRIM untuk orang miskin?kawan aku pakai BMW  dapat BRIM juga!
Kami sama2 terpinga pinga...pakai BMW dapat BRIM?
Aah!bawak BMW,beratur ambil BRIM!
Mungkin BMW 20thn kot.....kata sahabat
Tak kire le tu,10tahun 20tahun...yang penting ada lambang BMW.

BRIM tak sekata..
Setiap tahun ada je bunyi suara sumbang.Pembahagian tak samarata.Yang tak patut dapat di beri,yang patut dapat tak merasa.
Bila dengar keluh kesah,teman fikir...kerajaan kite tak cerdik,tak pandai ekonomi.Yang mereka tahu sokongan dari rakyat untuk mereka berkuasa.Sebab tu tumpuan hanya untuk segelintir rakyat yang tak tahu apa2.Yang hanya mengharap rezeki turun dari langit.
Siapa kata macam tu?tanya sahabat
Teman kata...banyak contoh orang2 yang macam tu.Hidup santai2 je...dapat BRIM dah macam dapat loteri.
Walhal...sikit je tu...tak berbaloi baloi!kalau bagi setahun,sebulan boleh belanja berapa puluh ringgit je.
Bersyukur lah...ada juga kebaikan untuk orang2 susah kata sahabat
U tak kisah duit tu,orang2 susah mengharap.Paling2 tidak mereka boleh makan sedap2 sikit.
Mungkin le....Bersangka baik saja...

Kawan teman kat selatan kata kalau aku dapat BRIM aku nak gi rumah kau.
Silakan...kecil tapak tangan nyiru aku tadahkan balas teman..
Laaa ni dia tak sampai2,bila teman tanya...bila kau nak datang rumah aku?
Dengan sedih dia kata aku tak layak dapat BRIM.
Ooo...kenapa kau tak layak?
Aku tak tahu...padahal aku keje jaga je...
Itu yang teman maksudkan tak sekata.Yang susah tak dapat,yang senang dapat pulak.
Itu yang teman maksudkan.....kawan teman ni keje jaga kat pusat takungan air.
Kawan teman ni lurus bendul.Selalu cakap benar...
kalau dia tak tahu dia akan kata tak tahu,tidak ada fikir malu..
Yang di fikir..hanyalah duit dan duit dan duit.
Perkara lain tolak tepi,siapa perintah,dia tak kisah!
Yang dia tahu...ada duit boleh makan,boleh hidup selesa...Syukur katanya.

Semuga akan datang,pemerintah baru akan faham,apa kehendak rakyat.
Untuk dapat sokongan tak perlu BRIM bagai!
Turun harga barang,pulang subsidi,pemerintah tak macam2...
Semua akan di permudahkan.
Hati rakyat mudah nak jaga...rakyat tak minta banyak2...
Rakyat hanya minta pemerintah amanah pada tanggungjawap yang di beri,jaga agama,jaga negara.
InsyaALLAH kite akan hidup aman damai.





Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

APA HUKUM GUNA MINYAK PENGASIH PADA SUAMI?