ZIARAH SAHABAT YANG SAKIT

SEDIH TENGOK DIA...

Assalamualaikum....
Waalaikumussalam...sayup bunyi suara tu..
Sebaik pintu di buka,kelihatan sahabat ,bertatih lahan menuju ke pintu.
Wah!Elis dah boleh jalan?suprise!tahniah....Teman hulur tangan peluk dia....lama tak jumpa Elis...sihat?
Dia ketawa macam dulu...
Sihat....sambil gelak...
Wah!bagusnya Elis dah makin sihat,walau hakikatnya dia makin kurus,makin cengkung.

Elis buat apa sekarang?
Dia jawap tak ada apa...makan tido je,anak2 yang masak kemas semua..
Teman tahu dia wanita tabah,lepas suami meninggal dia yang urus anak2,walaupun suami tinggalkan wang segunung,kesihatan diri paling penting.

Suami tinggalkan dia tahun 2012,sejak tu...dia mula menyendiri.Di ajak berjumpa ada sahaja alasannya.
Kami tak mahu memaksa,kami tak mau mendesak..
Setahun lalu,dia sakit,strok datang tiba2..
Sejak tu..pergerakkanya makin terbatas.Mujur anak dah besar panjang.
Anak2 yang jaga dia..

Tahun ni aku dapat gi haji Katanya bangga..
Wah!tahniah...saya belum tahu lagi baru buat rayuan.Pergi dengan siapa?
Dia jawap adik teman,Dia sanggup jaga aku...
Ooo...bagus ada adik macam tu,sanggup jaga kakak...
Tulah,dia kata biar aku jaga kau long...cerita dia panjang.

Dia seorang yang periang,sepanjang berkawan dengan dia,tak pernah sekali nampak dia marah,atau bermasam muka.Muka dia girang selalu..
Sakit atau tidak...dia tetap sama.
Itulah...kawan yang cantik,walaupun makin kurus,ayu wajahnya tetap ada.

Semua cepat sembuh,semuga bahagia di samping keluarga tercinta.

Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

MAJLIS KAHWIN