TRIP AKAN DATANG!

JOGYAKARTA INDONESIA.

Mulanya anak dara teman nak beri hadiah ulangthn perkahwinan ke 26thn.Dia tanya teman..
Ibu nak kemana?dia nak belanja tiket kapalterbang.
Teman jawap tak payahlah...membazir je.
Dia kata tak pe le... dia memang nak belanja tiket kapalterbang je,lain2 ibu tanggung sendiri.Sebenarnya,teman tak kisah sangat pun semua ni,teman tak terfikir pun nak makan duit anak2.Bagi teman..mereka bahagia,itu sudah mencukupi.

Dia tanya lagi ibu sebut je nak pergi mana?
Teman jawap murah2 sudah lah....
Dia kata dekat2 gi mana?ibu sebut je..
Teman terus teringat Jogyakarta.Dekat dan murah.Sepatah kata suami pergi tempat yang mudah kite nak makan,nak solat.
Dia kata ibu pergi dengan ayah je tau?
Mak aiii!teman nak pergi makan angin berdua je?wehh!adik sape nak jaga?
Dia kata pandai lah kami nanti.
Teman  tak boleh terima,berjalan berdua dengan suami,anak2 tinggal tak tahu di mana.
Teman kata beli untuk adik sekali,nanti ibu bayar...
Bagi teman...bila nak jalan2 keluar negara,anak2 paling penting.Setakat teman tinggalkan semua dan pergi berdua dengan suami,memang tak lah!
Kecuali ada hal2 penting yang tak dapat di elakkan.

Akhirnya dia akur...dia beli sekali tiket adik2nya.
Bila cerita ni teman canang kat adik kakak...mereka pun nak ikut serta.
Wah!seronok juga tu!berjalan berdua lebih baik bertiga berempat dan akhirnya..insyaALLAH berdua puluh orang!
OMG!seronoknya jalan dengan anak2 kecil adik teman.
Bagi kami anak2 dah besar,sesekali berhiruk pikuk dengan anak2,sesuatu yang mengembirakan.Apatah lagi budak2 tu ketegori tak ngada2,tak merengek...tahan lasak dan berdikari.
Kami seronok berjalan sama...walaupun penat,anak2 ni tak menunjukkan perangai menjengkekan.
Masa gi Bandung,dealay hampir 3jam,diaorang tetap gembira.

Tiket tambang murah...dia punya murah sehingga semua orang boleh terbang ke langit biru.
Kali ini kami beli awal,untuk elak dari sakit hati bila orang sebelah kata...tambang kami RM250.00 je...
Tambang awak?
Teman jawap kelat...RM750.00....Huhuhu...menanah hati!
Kami beli 4 bulan awal.....kata anak muda tu.
Oooo....kami beli 2 minggu lalu...Huhuhu....
Tak ada rezeki....takpe lah..duit banyak2 bukan bawak mati!huhuhu..pujuk diri...

Kali ini,kami beli tiket awal,tempat travel agen pun awal.
Agen pertama...pakej untuk 5H4M L:Dewasa RM45.00 dan Kanak2 RM350.00 sahaja.
Termasuk Hotel,breakfast,trensport,minyak,tol,parking dan pemandu pelancung.
Teman tanya agen Malaysia....subhanaALLAH!mahalnya...Ke Bandung 3H2M seorang jejak RM850.00.
Tiket tak termasuk sesen pun!

Teman cuba tanya travel agen yang lain...Teman banyak masa nak cari agen...yang pasti teman akan cari yeng murah tapi bintang 5.
Sahabat kata nak murah tapi nak order macam2.
Teman jawap dah tentu le...tak kan nak bayar mahal2.Indonesia je kot?Masyarakat serumpun kite.

Sahabat kata i tak nak pergi Indonesia.I nak kenegara maju sikit.
Helooo....Indonesia lebih maju dari kite okay...Jangan padang sebelah mata le...
Sahabat kata...mana u tau?
Teman jawap Jokowi keluar kenyataan...Ekonomi Indonesia lebih baik dari Malaysia.
Sahabat terlopong mulut.Mungkin dalam hatinya kata...Tak mungkin!

Apa nak buat....
Negara kite biar kite yang jaga...
Harap2 Trump tak meroyan dan tekan enter kat punat peluru berpandu yang dah awal2 di hala ke Malaysia.Kalau boleh lah..
Kalau tak boleh apa nak buat?Redha.....

Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

MAJLIS KAHWIN