SUAMI KEPALA ANGIN

LANGSUNG TAK GEMBIRAKAN ISTERI.

Dia lelaki ber'angin',kadang2 okay kadang2 tak okay.
Sahabat teman pening layan dia,hari2 ada je salah isteri.Pantang di tegur....sebiji penumbuk bakal terjah di muka.
Kadang2....sahabat datang kerja dengan muka senget sebelah.
Bila di tanya...
Kenapa muka tu?
Apa lagi....dia tumbuk semalam.
Kenapa?
Aku nak tido,aku minta dia lahankan TV je,dia bangun terus tumbuk!
OMG!kesiannya.....perkahwinan yang tak gembira.
Zahirnya bahagia,tapi hakikatnya...huru hara.

Semalam,sahabat cerita lagi...pencen lagi teruk!aku tak boleh buat apa...nak keluar tak boleh,nak tengok TV tak boleh....
Teman hanya mendengar,tak mampu nak kata sabar lah...Lidah kelu nak sebut ayat sabar lah....
Aku sakit jiwa,aku sedia kalau dia dah tak nak aku lagi,aku dah penat.
Kasiankan?
Tak semua isteri suka suami ber'angin',kepada para suami,jika tak perlu lagi isteri tu....lepaskan,biar dia membina hidup sendiri di usia senja ni.Mereka pun ada hak untuk gembira.

Semalam,aku minta keluar gi rumah kawan.Dia diam,biasa itu tanda dia beri aku pergi.Balik2,dia tanya...suka dapat pergi rumah kawan awak tu?kalau suka...esok pergilah lagi....
Aku bukan bodoh,aku tahu dia perli...Pening aku layan dia...Lagi pencen lagi buat aku sakit jiwa!
Teman dengar je...mulut ni tak mampu nak kata apa...
Nak sebut perkataan sabarlah....rasanya tak sesuai.Sahabat dah cukup sabar!dah cukup bertabah dengan perkahwinannya ini.

Pada teman,dah umo2 macam ni...
Sepatutnya,suami itu harus mencari peluang bersama isteri.Pergi surau sama2,pergi pasar sama2...pendek kata kemana sahaja perlu berduaan.
Teman umpan soalan...dia ada makwe kot?
Sahabat jawap kalau ada,pergilah kahwin,aku dah tak kisah.
NAMPAK?
Para suami jangan ingat para isteri suka sangat kalau awak2 tu banyak angin.Kalau nak kahwin silakan...
Daripada meroyan sendiri,eloklah piii bawa haluan sendiri.

Teman tanya...dapat duit pencen,tak ada hati nak buat Umrah?
Sahabat kata aku nak pergi,tapi dia tak mahu....dia kata belum sedia.
OMG!umo dah masuk 61thn,tak kan tak sedia lagi?sayangnya......
Sahabat kata susah...harapkan duit orang.Aku mana ada duit.
Ooo...teman baru perasan,sahabat tu tak bekerja,surirumah sepenuh masa.

Para suami sekian....
Hargailah isteri2 anda,sepenuh jiwa raga mereka berkorban untuk keluarga..Janganlah tak pandang langsung jasa mereka.Walaupun mereka tak kerja di luar,tapi dalam rumah mereka bekerja 24jam.Jawatan mereka merangkap semua pekerjaan di muka bumi ini.Jadi.....jangan pandang sebelah mata,pandanglah dengan sepenuh mata yang ada.

Kepada sahabat...
Bertahan lah...aku tak mampu nak sebut perkataan ajaib...sabarlah....Tak mampu nak sebut lagi perkataan itu.
Cukuplah aku doakan agar kau sejahtera hendaknya.
Semuga ALLAH memberi kau pahala dengan dugaan bersuamikan laki yang banyak angin tu!

Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

MAJLIS KAHWIN