SELAMAT TAHUN BARU UNTUK KAWAN PUTIH MELEPAKKU..

2018

Tepat pukul 12 tengah malam...
Bunyi mercun memecah sunyi.Selalunya...mercun panjang bunyi macam nak perang.
Itu tanda bermulanya TAHUN BARU buat semua kawan2 China teman.
Bising?
Tak lah...setahun sekali kot.....
Nak marah buat apa?dah itu kesukaan mereka.

Kawasan teman meriah!pesta mercun sana sini..
Setuap tahun beginilah keadaannya..macam2 bunyi!kalau dulu,akan tunggu...
Sekarang dah tak lagi...
Setiap tahun akan dengar bunyi bunga api mercun bagai,dan akan terpaksa dengar lagi pada 15hari mulai sekarang.
Hari ini sambut tuhan mereka turun dari langit dan 15 hari lagi hantar tuhan mereka balik ke langit.
Itulah kata mereka.

Malam ni makan besar tapi tak semestinya semua ahli keluarga ada...
Esok pagi...Wajib!semua ahli keluarga mesti ada untuk makan sama2.
Orang melayu pergi kubur sedih2,orang cina tidak macam tu,bagi mereka...
Lepas mati ada dunia lain untuk mereka.Sebab tu mati mereka di iringi dengan segala macam harta.Duit,kereta.rumah dan lain2 akan di bakar untuk di gunakan di dunia baru.
Ooo...patut lah semua orang cina mati dalam kegembiraan.
Tak macam kite...mati itulah permulaan hidup yang kekal abadi.

Esok juga akan ada pembahagian angpow,ada yang lokek,sanggup keluar negara.Sanggup tak beraya bersama keluarga hanya kerana tak nak kasi Angpow.
Esok juga...mereka akan keluar ziarah kawan2.
Sambutan ikut individu...ikut kemampuan...yang pasti...sebelum TAHUN BARU...semua jiran teman kemas rumah,yang buruk ganti baru...pasang loceng kat gate kat grill...
Yang pasti...MERAH warna rasmi sebagai tanda mereka gembira.

Selamat TAHUN BARU buat Linda,Foun,Penny,Danny Aw ,Tokey Wshop tempat teman selalu hantar kereta.,Jiason pendandang rambut,Win pengatur jadual facial teman,Sarah pedicure menicure..William yang selalu hantar limau...Amoiii aaa...ini limau kasi lu makan,simpan peti sejuk,jangan makan banyak2 tak baik,nanti batuk..bla,bla.bla...
Senang kata...kawan2 cina teman semuanya tokey2 besar!
Keh keh keh....
Teman je tak jadi2 tokey....

Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

KAHWIN LAGI