NEELOFA,TUDUNG DAN ZOUK

SEIRING SEJALAN...

Hebuh sehari semalam,bila Neelofa 'launch' tudung baru dia kat Zouk.
Sahabat tanya Zouk tu apa?
Teman sendiri pun tak tahu....bila baca sampai habis artikel tu,baru tau...Zouk tu kelab malam.Tempat orang suka2,joget2,minum2...
Sahabat jawap ooooo....yang panjang.Almaklum...orang kampung,mana le tau tempat2 macam ni.
Bagi kami,kelab malam tempat tak baik,tempat tak sesuai untuk semua orang yang berakhlak baik.Teman pesan kat anak2...jangan lah pergi tempat2 macam tu,ibu tak pernah pergi sebab ibu tau tempat2 tu tak manfaat dalam hidup.
Pada teman.....kelab malam,disko,dangdut atau tempat2 hiburan yang lain...sama je keadaan dan matlamatnya,tempat berhibur dan maksiat.
Sahabat kata tak semua maksiat!
Teman tanya ya ke bukan maksiat?joget2 campur laki perempuan....maksiat le tu.
Sahabat gelak je...terpulang kat individu tu,ada yang datang minum2 je...
Entah lah...seumur hidup teman tak pernah jejak kaki kat tempat2 macam tu.Teman bukan malaikat,cuma teman belajar jadi seperti malaikat.

Teman tak terkejut bila Neelofa lancarkan jenama terkini tudung dia kat kelab malam tu.
Pada teman...dah itu dunia mereka.Bergelumang dengan perkara2 lara...
Bagi kite pelik,bagi mereka...mestilah normal,sebab tu emak Neelofa pun ada malam tu..
Sebagai mak,dia mestilah tahu apa yang patut dan tidak.

Sahabat kata emak dia pun 2x5.sama je tergedik gedik.
Entahlah mungkin emak dah halang,dah si anak berkeras nak buat kat situ juga!emak dia mungkin tak terkata.
Duit anak bukan duit emaknya.
Kan?duit dah menguasai akal emaknya.

Teman tak mahu sebut bab agama,sebab tak layak nak huraikan.
Tapi....
Ikut logik akal ya...kelab malam tu rata2,orang yang mai....mestilah free hair,solek2,cantik2,wangi2...
Potong jari ni teman yakin,tak seorang pun yang berhijab.
Tup2...Neelofa launch tudung kat situ.Tup2...sekumpulan manusia berhijab maiiii datang nak jual tudung kat situ.
Pelik kan?Tak kena tempat.Tak comel gitu..
Lebih2 pelik...sekumpulan manusia ni bergembira,berjoget sakan sampai tak ingat dunia.
Nak tunjuk orang berhijab pun boleh buat semua tu.Boleh suka2 cuma tak minum2,tak sentuh2 lelaki perempuan.
Mungkin le...

Sahabat kata kite tak boleh 'declare' Neelofa tu jahil,keluarga dia jahil..
Mungkin mereka nak berdakwah,mana tau dalam diam2....ada orang yang terbuka hati nak berhijab.
Mungkin le...dalam dunia ni tiada yang mustahil.
Cuma di khuatiri.....makin ramai pulak orang berhijab dok maiii berpesta.Yalah kan....Neelofa dah buat,peminat taksub dia bakal mengikut.
Sahabat kata tak lah...peminat Neelofa pun tak sebodoh artisnya.
Mudah2 an......

Teman tak pernah beli tudung Neelofa,sebab tu teman tak kisah sangat apa yang berlaku.Duit teman tak pernah kayakan dia.Bukan tak menyokong,teman bukan orang ado2...Biasa je..asal tudung lekat kat kepala,teman dah boleh pergi ke mana sahaja.Teman guna  Arzu,Ariani,Pearl Haya,Duck...
Jenama2 macam tu,setakat ni selai pun tudung Neelofa teman tak punya.
Tapi itu bukan masalahnya,yang mejadi topik perbincangan...
AWAT JUAL TUDUNG KAT KELAB MALAM?Nak jual tudung kena tgk2 tempat juga,janganlah jatuhkan sendiri 'harga 'hijab itu.Kat Kolompo tu terlalu banyak tempat2 yang cantik untuk dijadikan lokasi jual tudung merangkap menyambut kelahiran awak Lofa.

Bila di tanya inilah jawapan NEELOFA....
“Saya membuat keputusan untuk tidak mempedulikan lagi kritikan orang ramai berhubung mana-mana perkara, yang penting saya tahu apa yang dilakukan. Lokasi dipilih sesuai dengan tema selepas menyenarai pendek beberapa tempat”
“Kalau pilih tempat lain, saya perlu keluarkan wang lapan kali ganda bagi memenuhi kehendak tema. Sampai bila pun takkan habis kalau terus melayan kecaman netizen. Jadi tahun ini, saya memilih untuk tidak ambil peduli lagi kata-kata orang,”





Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

APA HUKUM GUNA MINYAK PENGASIH PADA SUAMI?