MILO TIDAK ELOK UNTUK KANAK2?

BERITA TERGEMPAR LAAA NIII....



MILO...
Sebut MILO,kite pasti terus menangkap warna hijonya,lambangnya,jenamanya...
Automatik,semua tu terpampang depan mata.
Dari kecik hingga separuh abad,MILO tetap serasi bersama.
Cakaplah apa pun!MILO tetap teman guna sebagai minuman harian anak2.

Sahabat kata tukarlah jenama lain.
Bukan tak nak tukar,tapi MILO dan kami telah bersatu selama lamanya.
Sahabat kata dengar je le,kajian terkini tu...MILO tak baik untuk kesihatan.
Entah...macam2 hal!kata MILO untuk badan cergas.Sekarang promote lain pulak.
Anak2 teman minum MILO sejak berhenti minum susu formula.
Dalam lingkungan 8thn,mereka mula minum MILO yang di bancuh dengan susu F&N susu pekat berkrim.
Sahabat kata susu tu pun tak elok lah...
Yalah..meman tak elok,tapi saya letak sikit je....
Sahabat kata degil!tak mahu dengar.
Bukan tak nak dengar,tapi...malas nak dengar.Iklan kata lain,hakikatnya masih boleh minum MILO,cuma perlu  berpada pada.

MILO tak elok untuk kanak2 bawah umur 7thn.Benar atau tidak,jangan bising dulu..kite tengok apa akan jadi selepas ini.
Teman memang tak pernah beri anak2 minuman selain susu formula,Pada teman selagi di tak besar,selagi tu dia kena minum susu.
Susu antara minuman kesukaan NABI kite...

Anak teman minum MILO sampai lepas SPM.Pertama kali keluar selepas masuk universiti.anak2 teman dan pandai order teh tarik dan jenis2 minuman era baru,berkaler kaler bertingkat tingkat.Sejak mula minum  menu ni?
Ibu....kami dah besar!mana boleh minum MILO lagi,tak sesuai.
Mak aiiii!baru sebulan keluar rumah dah pandai menjawap?
Sahabat kata..itulah anak2,kecik kite jaga,dah besar...dah pandai,mula lupakan kite..
Sahabat kata tak lah...anak2 bukan lupakan kite...mereka cuma lupa diri je...
keh keh keh....betul juga...dari kecil kite yang jaga,ajar makan,ajar jalan.....tak kan lah tergamak lupakan kite kan?
Sahabat jawap kan?baru keluar rumah sebulan dah terlupa jasa mak?
Potong elaun!habis cerita balas teman sambil gelak.

Balik pada MILO,jujur kata...teman paling suka MILO.Cecah roti,cecah biskut Jacob.Hingga menjilat cawan.
Sekarang ni,teman pun dah mula muak minum MILO,mana taknya,bertahun2 dari kecik sampai tua!MILO MILO MILO!
Sejak dipaksa jaga makan,terpaksa le minum MILO sahaja.Teh tarik nescafe tarik...minum juga,tapi curi2.Diabetes buat teman merana,buat teman terseksa.
Biasanya tuang MILO dalam mug,curah air dan biarkan gula larut ke bawah,jangan kacau,atau orang Johor kata jangan godak nanti manis sangat.
Tak tahu le teori ni betul atau tak,yang pasti...MILO tu tawar bak air jarang je..atau air panas mati atau orang putih kata plain water...

Tetiba pulak ada kajian kata MILO tak baik untuk kesihatan,walhal....
Kite dah di dodoikan bertahun tahun,berkurun2 lamanya...."MINUM MILO ANDA JADI SIHAT DAN KUAT!"
Minumlah MILO!

Sahabat kata.....eh!u tak boikot Nestle?
Teman terpaku kejap....boikot benda lain lah,asal jangan MILO.
Saya dah boikot MCD,saya dah boikot Starbuck,saya dah boikot macam2!tapi saya minta maaf....
Saya tak dapat lupakan MILO.
Maafkan saya........kawan2 semua...Benda lain Okay,asal bukan MILO.




Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

MAJLIS KAHWIN