MEKAH MADINAH BUKAN TEMPAT FESYEN

SOKONG!

Pertama2 kali teman sokong kenyataan ni!MEKAH DAN MADINAH BUKAN UNTUN PESEN2.
Kali ini teman benar2 menyokong.
Pengalaman ke Mekah dan Madinah,buat teman geleng kepala bila terjumpa gambar2 orang melaram kat sana.
Teman pernah kata kat kawan2...
Saya suka pergi Mekah dan Madinah sebab.....tempat tu membuatkan diri saya rasa istimewa.Tak semua orang dapat kesana.Bila kite dapat pergi..kite benar2 bahagia.
Kite rasa amat2 menghargai peluang ini.
Bagi kite orang tak ado....dapat pergi ke sana sekali dua dah cukup mengembirakan.
Sekali pergi buat umrah...seorang bawah 8k.kalau dipanggil sebagai jemaah haji.Harga dah lain...
Walaupun katanya ada subsidi.Bagi orang tak ado...terasa le juga.Bagi orang kaya raya,semua ni boleh di atur,yang pasti nama tu naik dulu.

Bila u dapat pergi haji?tanya sahabat
Ikut2kan 2028...jawap teman sayu.
Lama tu......lagi 10thn.OMG! lama nya...
Betul...10thn tu bukan 10 hari,bukan 10 bulan!
10thn umpama burung pungguk rindukan bulan.

Masa kat sana,hanya orang tempatan sahaja berdandan bagai.Kite yang datang,pagi petang siang malam telekung dan selipar je..
Tak ada secalit  gincu pun,bedak apatah lagi.
Kosong muka...tak ada apa2 pun...pucat manai.
Kat sana,kite bukan suka2,kite tak gelak ketawa...kite sentiasa sayu hati,kite selalu menangis...Ada masa mata jadi sembab dek air mata keluar...
Tapi....kite tetap suka nak gi lagi dan lagi..
Sahabat kata itulah berakahnya tempat tu.

Bila orang beragama menegur MEKAH MADINAH BUKAN TEMPAT FESYEN.Itu tandanya ada le yang jemaah yang sibuk berpesen pesen...
Tak payah sebut siapa,ada mata pandang ada telinga dengar ada mulut diam.
Semua orang suka berfesyen,tak kire usia.Tapi...kena tahu bawa diri.Kat luar Mekah dan Madinah,berfesyen le sesuka hatinya.
kalau sampai ustaz menegur,maknanya ...dah jadi trend pulak.
Sahabat kata artis2 yang suka berfesyen...orang kebanyakkan tak gitu.
Ada artis datang bawa photographer sendiri,Bawa beg berbiji2.Sekali waktu solat,sekali telekung berganti kaler...
Sahabat kata biarlah...dia banyak duit.
Yalah tu...duit banyak melambak2,kalau tak di pakai mana nak habiskan?

Siapa dia?
Pandai2 le teka...atau pandai2 le cari bahan bukti tu.
Teman pun tak tahu sangat,ada baca cuma tak masuk otak je.Pada teman...kite ni manusia tak boleh kaya sangat2,kalau dah kaya sesangat,mula le mengada ngade.
Demand ,riak,takbur,bongkak dan sebagainya.
Walhal......manusia tu sama je,mati tanam dalam tanah,kapan guna kain kapas,kabur barus bagai...semuanya sama sahaja.
Makanya....sedar2 le diri tu...
Kat dunia hebat,belum tentu hebat kat 'sana' nanti.
Apa2 pun....kite berusahalah untuk hebat didunia dan di akhirat.


(GOLONGAN selebriti yang berfesyen secara berlebih-lebihan serta memperagakan kemewahan ketika menunaikan ibadat di Makkah dan Madinah, ditegur supaya kembali kepada prinsip Islam yang sebenar.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, perbuatan berkenaan yang dikongsi di laman sosial untuk mendapat banyak 'likes' serta perkongsian, tidak selari dengan ajaran agama yang sebenarnya.
"Makkah dan Madinah adalah tempat suci untuk umat Islam datang beribadat dan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Jadi elemen yang boleh membawa kepada kesombongan, keangkuhan, riak dan sebagainya akan memusnahkan pahala ibadat.
"Kita kena kembali kepada prinsip Islam, bukan pergi ke sana memperagakan (fesyen dan aksesori) dan tularkan untuk menjadi lebih masyhur," katanya pada sidang media bersama Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, selepas majlis Multaqa Murabbi Ummah di Seremban, hari ini.
Beliau mengulas mengenai trend beberapa selebriti tempatan yang mengambil kesempatan bergambar dengan memperagakan fesyen terkini, termasuk aksesori berjenama mewah ketika menunaikan umrah di Makkah dan Madinah.
Mengulas lanjut, Asyraf berkata, masyarakat termasuk pengguna laman sosial perlu dididik supaya tidak mengagungkan golongan selebriti, lebih-lebih lagi yang menggunakan agama sebagai satu daripada cara mempromosikan diri.
"Hari ini, kita bukan sahaja berhadapan dengan selebriti biasa, malah yang lahir daripada program realiti TV agama. Mereka ini kadang-kala melampaui batas dengan mengeluarkan pandangan agama atau fatwa melangkaui kuasa mufti atau tanpa merujuk kepada pihak berkuasa agama.)




Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

KUIH RAYA