KADANG2 REZEKI YANG KITE DAPAT BELUM TENTU KITE YANG PUNYA

KAN?KITE MERANCANG TUHAN JUA YANG MENENTUKANNYA.

Minggu lepas...Suami pii Wisma Yakin beli baju melayu untuk acara pinang anak orang.
Dia seboleh boleh nak pii kat kedai kawan dia..
Teman ikut je,pada teman...apa pun okay,sebab baju melayu memang banyak kat kawasan tu.

Sampai kedai...
Ngam2 kawan yang dia maksudkan ada dalam kedai.
Salam peluk bagai.Maka belilah sepasang baju melayu lengkap bersamping.
Selesai semua...
Kami pun balik,itupun selepas suami berpeluk bersalam dengan kawan lamanya tu.

Semalam...
kawan lama dia call..Suami dengan ramah melayan.Almaklum kawan lama.Mesti banyak cerita nak di bualkan.
Lepas bertanya khabar,kawan dia tanya...boleh tak aku pinjam duit sikit?
PANG!bagai di tempeling!
Suami blur....mak aii...lama tak jumpa,tetiba nak pinjam duit?
OMG!senang betul manusia zaman ni.
Tak ada duit boleh main minta2 dengan kawan.Walhal dia tak tahu kawan2 tu pun punya 1001 macam masalah.

Pinjam tak banyak,tapi....harapan pasti tinggi melangit.
Seorang lagi...nak pinjam juga,alasan untuk anak yang sakit.
Seorang lagi....tak nak gi mana2,nak nyanyi je...nak duduk diam2 kat hotel ambil menyanyi.
Boleh gitu?
Seorang lagi...tetiba tanya khabar ,tetiba kata aku sakit,boleh tak kau carikan ubat2 apa yang patut.
NAMPAK?
Kite tak tahu...samada ini semua dugaan atau takdir TUHAN?

Kawan kat Kedah pinjam duit dari teman raya tahun lalu.
Punya le lama!
Baru2 ni dia kata dia nak bayar duit yang dia pinjam berkurun lamanya.Dia kata ada sikit rezeki ALLAH beri
Teman jawap baguslah,kalau ada duit,bayarlah sikit ,paling tidak hutang tu tak le terperuk macam tu je....Yang pasti....Hutang memang kena bayar ya....pesan teman selalu kat dia.
Kadang2 teman kata juga...kau ni,kalau pinjam dengan AhLong....dah lama kau kena liwat tau tak?
Dia tak ambil serius,dia gelak je bila teman kata macam tu.
Pada dia...kutuk mengutuk depan2 ,lebih baik dari cakap belakang2.

Teman terfikir...
Duit gaji kite belum tentu milik kite.Sebahagian darinya adalah milik jiran tetangga kite.Sebahagian darinya juga milik saudara seislam kite nun jauh di sana.
Semuga apa yang kite buat di pandang mulia oleh ALLAH,semuga apa yang kite beri,akan dapat ganjaran seperti yang di janjikan oleh 'nya'.


Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

MAJLIS KAHWIN