HARGA RUMAH MAKIN MAHAL

SAMPAI TAK TERJANGKAU DEK AKAL

Baru2 ni suami teman kena keKl..
Di tempat lama,kerja kurang,jadi dia antara pekerja yang sedang mencari kerja atau projek baru untuk syarikat.
Dek bajet yang ciput,mereka sediakan studio apartment untuk dia.
Sahabat kata bersyukur.....
Yolahhh....bersyukur...ada juga kerja nak buat.

Apartment tak berbilik ini,di sewa paling dekat dengan opis.Mungkin untuk mudah ulang alik ke tempat kerja..
Apartment tak berbilik atau lebih mudah di sebut studio room.
Di situ bilik,di situ dapo,ruang tamu,ruang makan tanpa balkoni.
Nak basuh baju pun cukup2 6 helai,kalau nak basuh cadar bagai,kena keringkan kat dobi layan diri atau hantar je kat dobi dan bayar.
Tak ada ruang langsung nak sidai baju.Rumah macam ni,kite kena kreatif,jangan banyak sgt perabut.Beli yang patut je..

HARGA?
RM338,000.00 sahaja.
MAHAL KAN?Mahal nak mampus!
Kesian kat anak2,kesian kat generasi kite semua..
Tak mampu nak beli rumah,apatah lagi rumah atas tanah.
Sahabat kata eh!I tengok 380k?
Teman jawap tengok keluasan kot....Bilik 3 bilik air 2 harga bawah 500k.
Wah!mahal gillla!..Baik beli rumah tanah.Sahabat teman banyak duit,setakat 338k tu celah gigi je dia bayar.Teman ni orang biasa2 je...Dengar 338k rasa gelap masa depan.Tak mampu wehhh....

Sesuai untuk budak2 muda,tapi kalau dah ada anak kena le cari rumah lain.Ada bilik atee satu ,boleh le buat2 salin baju atau aktiviti suami isteri yang lain.Kalau tak berbilik...aduhai...susah kot?nak gurau2 pun susah.Anak kecil okay lagi...kalau anak dah besar,tak sesuai kot...
Kesian kau orang....makin susah nampak gayanya.Kena rajin kerja,kena cari duit banyak2...Hanya untuk duduk berdiri sama tinggi dengan orang lain,atau untuk kepuasan diri.
Kesian anak2 ibu...kalau ibu banyak duit,,insyaALLAH ibu paksa ayah belikan sorang sebuah rumah.Apakan daya...orang makan gaji tak akan dapat lebihan rezeki yang banyak kecuali makan rasuah,atau pun kerja pagi petang siang malam.

Bagusnya rumah sewaan ni,dah lengkap dengan hiasan dalaman.Kemas dan teratur walaupun kecil.
Besar bilik ibu kot....
Ya...sebesar bilik teman sekarang....
Bilik teman kalau diubah ikut kreativiti pakar,pasti jadi lagi baik.
Susun atur walaupun comel2,tetap menarik hati.Walaupun bantal boleh jalan dari kepala,tetap lebih baik daripada tak berbantal.

Kawan beli rumah kat area kl,bayar sebulan RM1800 ibu...cerita anak dara teman.
Mahalnya!
Berapa gaji budak tu sebulan?
Dia gabung dengan suami dia...baru lepas loan...ceritanya lagi
Oooo....nak gabung gaji pulak!anak teman belum ada suami,macam mana nak gabung akuan.
Ayah belikan lah........katanya separuh memujuk.
Si ayah buat tak tahu....ibu juga yang bersuara...
Mana mampu...ayah dah tua,tak boleh buat loan lagi....
Kesian anak2.....
Dunia mereka makin sukar,dulu2...ada juga rumah murah kat tanah,laaa ni...semua bertingkat.Lemas dengan keadaan hidup dalam sangkar tu.

Syukur...teman tak pernah rasa,cuma pernah pergi ke tempat macam tu..
Jujur kata...teman benar2 lemas dengan keadaan macam tu,terkurung!tak jumpa manusia.
Anak bujang nyampuk...ibukan mak cik bawang...suka tengok orang.
Tak kisah lah...mak cik bawang ke.bapak bawang ke....keadaan hidup di tengah bandar hebat,tapi jiwa tak seindah rupa.
Ibu...orang KL tak kisah duduk di mana,asalkan....bergaya.
Itulah salahnya....bergaya sampai bila?lambat laun...gaya tu akan pergi.Tak ada yang kekal....
Ibu...orang KL tak kisah tu semua....asalkan nampak hebat.
Itulah salahnya....prinsip biar papa asal bergaya,tak membawa apa2 faedah.Akhirnya jiwa sunyi di kala senja.
Teringat seorang kawan...gaya tak kalah,sebiji macam Che Ta...tapi...dok dalam kereta.
Tumpang tido dan mandi kat stesen minyak.
kenapa?tanya anak dara...
Prinsip biar papa asal bergaya le......tengok gaya kalah ibu,tapi....
Pinjam duit boleh tak...aku nak bayar cengkeram rumah sewa baru....
Alahai...............

Semuga anak2 dapat mengatasi masalah rumah makin mahal tapi kecik.Semuga anak2 kami selamat dunia akhirat dalam rumahmu syurgamu nak oiiiiii....



Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

KAHWIN LAGI