GEAR BOX HONDA

4TAHUN DAH HANCUR!GILA BAPAK!

Teman dah bersama kereta Honda putih lebih 4thn.
Setiap ada kelainan,pasti teman akan cepat sedar.Baru2 ni...kereta ni bergegar ketika pemanduan mula laju.
Teman bagitahu suami,dia minta teman hanya ke kedai untuk check tayar.Mungkin tayar mengelembung.Kebetulan teman hantar anak dekat dengan kedai tayar,matlamat cepat tercapai.
Lepas pekerja check keadaan tayar.
Comfirm!
Tayar bengkak sebelah,sebab tu tak stabil.
Teman kata...tayar tu baru je tukar.
Dia jawap baik u pergi kedai tu balik dan minta dia check sendiri.
Tak fikir panjang,teman terus ke kedai tu,dengan harapan tela'an tu salah.

lepas teman bagitahu masalah,mereka buka tayar dan buat apa yang patut.
Sudah!katanya..
Berapa?tanya teman.
RM10 sahaja.Jawap mereka
Apa rosak?teman mula buka bicara
Tak ada apalah kakak....blancing tak betul je..

Teman terasa hati...
Anak cina ni, tak fikir langsung keselamatan kami.
Cina satu kata tayar bengkak,Cina ke dua tak kata apa2.Mungkin tak mahu bertanggungjawap.Tergamak dia kata tak ada apa2,walhal.kereta tu tetap gegar lepas balik dari kedai dia.Walaupun keadaan terkawal.masih tak selamat jika bermusafir.
Hanya beberapa ringgit,anak cina ni sanggup korbankan nyawa kami.Inilah dunia,tiada orang fikir tentang orang lain.

Lepas balik dari kedai itu,tobat lahom teman tak akan pergi lagi.Cukuplah sekali.Cukuplah sekali dia dapat bohong teman...
InsyaALLAH teman tak akan terpedaya lagi.Kite nampak dia macam anak2 kite je...Kite tak terfikir begitu sekali kepala otak dia berfikir.

Minggu lepas otw ke pasar,teman singgah satu lagi kedai tayar,peracangan awal memang nak tukar tayar,tak  terfikir kerosakan lain.
Lepas di pekse....wah!ini bukan tayarlah kakak..."drivrshaft' rosak maaa.....
Laaa....awat lagu tu?sana sini kata tayar?tanya teman bak orang baru bangun tido.
Kalau 'driveshaft' satu body gegar,kalau tayar stereng sahaja gegar maaa...
Ooo...macam tu....bawa kereta pandai,bab kereta tak pandai.
Okay...saya hantar Honda dulu,tengok apa yang patut...
Okay...apa2 hal datang sini balik ya...pesan anak cina 'berhati perut'.

Teman ke satu lagi kedai,tempat yang biasa teman kunjungi bila kereta lama meragam.
Lepas bagitau serba sikit....
Terus hantar teman balik rumah...tak tahan dok lama2,sakit kepala.....
Sat tu call....kite dah tukar 'driveshaft',tayar pun dah tukar..dah test siap2,saya rasa ini problem,bukan tayar bukan 'driveshaft' tapi....'gearbox'.
Teman tak tahu pasal kereta,tapi pernah dengar orang kata...dalam banyak2 part kereta,'gearbox' paling mahal!
Berapa?
Ori RM20k,potong boleh kasi chin chai laa....
OMG!ori DUA PULUH RIBU?baik beli kereta baru!
Tokey gelak....sambil buat signal....up to u..

Orang kata aaa...Honda kereta manja,selalu yang rosak 'driveshaft','gearbox',cermin motor...semua tu selalu orang komplen maa..
Ooo....itu macam kah?
yalah...lain kali beli BMW lah!
Dalam hati banyaklah kau!masalahnya....kereta lama teman tak pernah lagi gearbox rosak!walhal dah berzaman umonya.Honda ni pasang kat Jepun bukan kat Malaysia.Awat teruk sangat?
Ada gerenti lagi kah?tanya tokey
Tak ada lagi...gerenti 3thn je...
Tokey senyum simpul,ada rezeki sebelum Raya.
Hantar Honda banyak cekadak.Nak siasat nak check dulu....
Masalahnya!Teman nak balik kampung!dah janji dengan emak kat selatan sana.
Aduh!pening kepala..


Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

KUIH RAYA