GARA2 HANTARAN 100K

PENYANYI /PELAKON PUTUS TUNANG

Kalau tak silap hujung tahun lalu,mereka baru je tunang.
Majlis bukan main lagi..
Meriah sungguh!

Teman tak peduli,bila berita sensasi tu lalu kat wall,teman baca je...
Majlis memang glamour..
Rasanya anak dara teman tak mampu kot nak buat macam tu...
Terlalu indah bak kata orang...

Tup2....baru2 ni putus tunang..Teman tetap sama,baca juga kisah tu sebab dah terpampang kat wall FB.
Alasan mereka seperti biasa,hanya keluarga sahaja yang tahu atau sebagai menjaga hati,maka tiada alasan yang di beri.

Desas desus....
Putus tunang gara2 pihak lelaki tak mampu nak adakan wang hantaran SERATUS RIBU RINGGIT!
Mak aiiiiii!!!! 100 ribu ringgit bukan 1000 ringgit ya...kawan2.
Awat mahal sangat?
Nak jual anak ke?
Misallah anak teman yang kena,memang teman pun ambil langkah sama...PUTUSKAN SAHAJA!jual anak ke mak bapak tu?
Lagi2 anak bujang tu nyanyi pun suam2 kuku,kerja pun tak tetap lagi.Lain lah....anak menteri.Mampu le layan kehendak mak bapak tu.

Kesian si lelaki tu,teraniaya dengan tuntutan melampau......rasa tak patut mak bapak tu demand yang bukan2.Sepatutnya ikut kemampuan.
Janji anak2 suka dan bahagia.
Mak bapak macam ni tak fikr panjang,ikut nafsu.Walhal,apa juga yang nak di tunjukkan kat semua.Sebab anak dia tu artis?sebab anak dia tu cantik yang amat sangat?

Kalau teman lah kan....
Kalau boleh di mudahkan,teman akan mudahkan..
Tak mahu berat2kan anak menantu...
Asalkan dia boleh jaga anak teman baik2,tak pukul bantai...itu dah cukup.
Hantaran minta beratus ribu ringgit,lepas tu hutang,tak boleh bayar di kemudian hari.Siapa susah?
Anak kite dan menantu kite juga...
Silap2 dengan kite2 sekali susah.Dapat bahana dari kesilapan mereka.
Budak muda mana ada duit?lainlah anak kite tu kahwin orang kaya tua bangka.Setakat penyanyi muka lembut tu...
Mana ada 100K?
Kalau ada pun.....hutang ah long!

Teman dah simpan dalam hati...
Hantaran ikut awak lah,bincanglah baik2 dengan anak teman..Kami tak akan campur bab ni,kalau boleh majlis pun simple je...
Tak mahu besar2 sangat.Duit yang ada tu buatlah sesuatu yang lebih berfaedah.
Misalnya buat masuk rumah baru,atau buat duit muka beli rumah atau pun buatlah jalan2 satu dunia atau pun buatlah Umrah...mohon supaya ALLAH berkati hidup anak menantu.
Selesai masalah.

Kite demand...
Akibatnya kite yang tanggung...
Tak percaya?
Buatlah.....kite akan menyesal kemudian hari.

Kepada calon2 menantu....jangan risau,kami bukan jual anak,kami hanya nak kahwin kan anak je...Dengan syarat,anda jagalah anak kami elok,didiklah mereka supaya kite sama2 masuk syurga kelak.
Jangan pukul2....berkasih sayanglah hendaknya.
Kami tak minta apa2....
Yang kami minta jangan sia2kan kepercayaan yang di beri.

Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

APA HUKUM GUNA MINYAK PENGASIH PADA SUAMI?