BILA NAK KAHWIN?

SOALAN PANAS SAMPAI MEMBUNUH!


BILA NAK KAHWIN?
Soalan ringkas tapi bisa menusuk ke kalbu.
Seorang lelaki panas hati bila jiran tetangga bertanya BILA NAK KAHWIN?
Walaupun soalan tu nampak  biasa,bila di ulang2 mungkin menyakitkan hatinya.

Berlaku di Indonesia,akibat di tanya ulang kali BILA NAK KAHWIN dan TAK LAKU!
Seorang lelaki sudah lupa diri lalu mencekik seorang perempuan mengandung dalan lingkungan 32hn.Lelaki berusia 28thn tu membunuh wanita bernama Lis Aisyah di Jawa Barat pada 19hb lalu.Masa kejadian,wanita tu lalu depan rumah lelaki bujang tua trang tang tang sedang termenung di depan rumah.
Mungkinlah....Wanita tu sekadar menyapa sambil gurau2 kot...
Tapi Alias Nunur sudah hilang sabar sebaik mendengar wanita tu berkata...
Cepat2lah menikah Nunur,orang lain sudah ada anak dua,tiga...Ini kau belum laku laku lagi....

Kejadian tak berakhir di situ,beberapa jam kemudian,Nunur telah ke rumah wanita tersebut.Tak menduga yang buruk2,wanita tu menjemput Nunur masuk dalam rumah.Nunur ekor dari belakang dan menolak wanita malang sampai jatuh.
Wanita tu lawan Nunur dengan mengigit jarinya sampai berdarah,tapi...tenaga lelaki mana nak lawan.Lagi2 syaitan dah masuk dalam badan.Wanita tu di cekik sampai mati.

Lepas wanita tu mati,Nunur ambil hand phone dan duit RM230.00 dan bawa diri ke Jakarta.
Di tangkap pak polisi 10 hari selepas kejadian.

Akhirnya...syaitan tepuk tangan..tanda kemenangan.
Nunur tak daya lawan syaitan,akhirnya....Nunur tewas dengan hasutan syaitan yang di rejam.

Peringatan untuk semua mak cik pak cik bawang...
Jangan sibuk nak tahu anak orang bila nak kahwin.Jodoh pertemuan di tangan TUHAN.
Biar mereka dengan jalan hidup mereka.Jangan busy body kelak di cekik sampai mati.

Aduhai.....






Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

MAJLIS KAHWIN