BEKAL KE SEKOLAH

JADI TREND TERKINI.

Dari anak pertama,teman dah biasa bawakan bekal.
Isinya...benda2 segera dalam peti sejuk,roti atau nasi goreng.
Anak pertama sampai ketingkatan 5,masih suka bawa bekal,tak rasa malu....muka selamber je...
Anak ke 2 jarang bawa bekal,banyak sangat alasan hingga teman tak minat nak bekalkan makanan pada dia.
Anak ke 3,anak lelaki yang ego,mana maunya bawa bekal.Pada dia bawa bekal sifat Poyo...Tak tahu makna poyo tu,yang pasti teman pandai nyebut je.
Anak ke 4...bawa bekal roti sapu Nutella...hingga dapat gelaran budak roti.Dek makan cerewet,bawa bekal roti dari hari pertama sampai hari terakhir sekolah kebangsaan.
Naik sekolah menengah dah tak nak bawa bekal lagi.
Anak ke 5,banyak cekadak macam anak ke 2 dan ke 3.Suruh bawa bekal macam nak kena kahwin paksa!
Susah betul...ada je alasannya.

Sejak dia menjak ni...dia dah mula bayangkan kalau dia bawa bekal.Teman tanya kenapa pula tetiba cerita pasal bekal?
Dia jawap tak ada apa2.....
Perbualan tu berlalu pergi,teman tetap tak buat sesuatu atas ceritanya tu.

baru sat,dia kata ibu...kawan saya dah 2 kali jumpa telo lalat kat makanan dikantin.Esok ibu bawakan saya bekal.Saya tak nak makan kat kantin lagi.
Dalam hati...nak bekal pulak!selalu tak nak....laaa ni nak pulak bekal.
Teman jawap okay!ibu dah berapa kali kata bawa bekal,degil!
Dia diam membisu,mungkin dalam hati dia kata...tu sebab tak nak cakap,kena balik kat batang hidung sendiri.
Ayahnya pernah kata orang dulu,bawa bekal sebab miskin,orang sekarang bawa bekal sebab kebersihan.
kebanyakan kantin atau mana2 kedai makan kebersihan mesti kurang.lagi2 mamak 25Jam sehari semalam.
Sahabat kata mana u tau?
Macam mana tak kotor,perkerja datang dari negara miskin,ingat orang2 macam tu tahu makna bersih ke?kat sana dia kotor,datang sini.....begitulah juga.Kotor!
Buka kedai 25jam,bila masa nak kemas atau cuci kedai?
Teman pernah singgah makan kat Ghulam Rasul...otw ke kl.Jujur kata....teman memang tak minat,tapi dek suami tak boleh tahan lapar,singgahlah makan kat situ...
Teman perhatikan je...Datang seorang lelaki dengan keadaan kusut masai,badan berbau ketiak busuk...tanya nak makan apa?
lepas ambil order....teman terpandang dia tengah tebar roti canai.OMG!tak tertelan tekak ni...
Selera terus hilang!entah mandi entah tidak...tau2 dah tebar roti canai untuk hidangan pelanggan..
Serabai gilllla!

Bila anak teman kata jumpa telo lalat kata makanan terus terbayang susunan kemas telo2 tu kat atas ayam goreng atau kuih muih.Mesti celah2 ayam nampak tompokan putih..Budak2 kecik pun kenal telo lalat.Aduhai mak cik kantin...hati2 lah...
Kesian anak2 kami,makanan tu bukan free tapi berbayar.kadang2 rasa tak berbaloi..bila dah sakit perut,kami juga yang parah kena tanggung kos.
Anak teman pernah kena kencing tikus,kos sampai RM5000.00
Siapa tanggung?kami juga.....
Makanya....buat lah sesuatu...jangan chin chai buat kerja tu...
kalau dah tahu resiko lalat bertelo kat atas makanan,tutup!atau jangan le siapkan awal2...
Atau...
Teman buat aduan kat Jabatan Kesihatan,PPD,Sekolah....
Amacam?
Sahabat kata I cabar u!
Ni yang malas ni....cabar mencabar pulak!

Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

KAHWIN LAGI