ANAK DERHAKA

TINGGALKAN IBU SEBAB IKUT KATA BINI

Kali terakhir dia balik rumah emaknya...sekitar hujung 2015.
Hanya kerana salah faham,dia tak balik2 lagi...
Pernah di undang ke majlis kahwin adik,tapi sampai habis majlis batang hidung tak nampak2.

Lama dia menyepi.Dia anak baik..
Rapat dengan emaknya,hanya kerana desakan bini.Dia ikut lari!

Percaya atau tidak...menantu menuduh emak mertua buat anak menantu supaya hidup susah?
Percaya atau tidak...anak yang dijaga sepenuh hati,mempercayai kata2 bini dan ikut pergi.
Percaya tak?
Seorang anak yang sebelum ni amat sayang kat emak,sanggup sama2 menuduh emak dia pengamal ilmu hitam.
Percaya tak?
Logik tak?

Pernah jumpa abang sulung,tapi dia buat2 tak kenal.
Boleh ke?
Selisih bahu pun tak bertegur sapa.Kesian lihat emaknya...
Merenung jauh menunggu anak ke 3nya pulang.
Dah 2 raya dia tak kunjung datang...
Kakak dah tak kisah,kak rasa dia dah lupa keluarganya.Sampai hati...
Sebelum ni kak sedih juga,tapi lama2 kak dah boleh terima.Kalau dia ingat keluarga,InsyaALLAH dia akan balik.
Entah lah...

Pernah terserempak dia di banggunan sama...
Bila di sapa,disahut jua...
Tapi kemudiannya hilang begitu saja walhal...yang sakit tu atoknya sendiri.
Langsung tak jengah muka.Tak tahu kenapa yang pasti mungkin le...dia takut terserempak dengan keluarganya.
Kami orang luar cuma boleh pandang,boleh tegur...hendak dengar atau tidak...terpulanglah.
Ramai kata...dia kena buatan bini.
Masalahnya...muka dia tak macam orang kena mandrem,muka dia ceria...
Muka dia ada senyum....sihat dan nampak sejahtera.

Ipar kata...anak akak ada singgah kampung,bila di tanya...kenapa tak jengah mak?
Jawapnya kecil hati...
Oooo kecil hati,yang mak kau kecil hati tak ambil kisah ke?
Kakak terdiam..aku yang kecil hati,dia yang lebih2 pulak?
Teman kata....anak akak tu bukan kena buat ke apa ke...dia yang bodoh.Ikut kata bini.
Pucuk pangkal hati dia sendiri.Bini dia hasut macam mana sekali pun!kalau akal dia jalan...dia mesti tak dengar punya!
Anak akak ni dah macam sitanggang.Baru dapat kahwin perempuan cantik dan lupa diri.
Sayangnya...
Sanggup derhaka pada emak,walhal...syurga di bawah tapak kaki ibu.
Tak sedar ke wahai anak....

Teman hanya mampu doakan agar dia kembali ke jalan yang benar,sedarlah...
Yang di tinggal pergi ni seorang ibu,yang menjagamu dari kecl hingga besar.Insaflah...

Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

KUIH RAYA