ALHAMDULILLAH..

ALLAH KURNIAKAN KESIHATAN BUATNYA.

Seharian teman menemaninya.
Dari pukul 8 pagi keluar rumah,sampai rumah pukul 10 malam.
Fuhh!penat tak terkata!
Teman panggil uber untuk hantar kami ke Ipoh.
Sampai hospital ,kami terus ke klinik Doktor.Semua dah tersedia,Doktor dah maklum pada staff atas kedatangan kami.

Turun bawah,buat bayaran deposit RM500.00 sebelum urusan di teruskan.
Doktor dah maklumkan apa yang patut dia buat.CT Scan,darah,jantung dan lain2 lagi.
Semuanya itu untuk memastikan dia benar2 bebas dari kanser.

Sepanjang hari dok menunggu,teman minum kopi cair 4 cawan.Minum air suam 4 cawan!mee bodoh sepinggan,bekal nasi dengan asam pedsas,roti cecah mushroom  sup.Semua hidangan tu bukanlah bagus sangat,tapi harga subhanaALLAH!mahal gila2.

Masuk ward agak lewat sebab,ward penuh dengan pesakit influenza a.
Teman tanya bilik seorang,penuh Puan...tak ada bilik single sekarang.
Anak teman bising bukan main!bla bla bla....
Lain kali tak nak buat kat sinilah!sepatutnya dapat bilik...
Ibu!tak nak lah kongsi2.....rengeknya.
Teman kata diam je...
Amboi amboi...bukan main manja,sekarang boleh le...nanti dah ada keluarga sendiri.Pandai2 le hidup ya anak...

Sehari suntuk menunggu buat badan kite sakit,lenguh....
Tak dapat nak rehat.Dok bersidai kat cafe berjam jam...Orang sakit ada urusan sendiri,kite yang sihat macam pungguk rindukan bulan.

Anak teman ditempatkan ward 4 katil.
Fuhh!bising lagi...bising lagi...
Teman yang sakit kepala layan dia,nak ikutkan boleh je bayar untuk single,masalahnya bilik tak ada!TITIK!
Masa dok dengan ibubapa,boleh le demand nak oiii...
Nanti dah ada keluarga....suami pulak gaji cukup2 makan...alamat dok le kat Hospital Kerajaan.
Tak mampu tak kan nak paksa suami adakan apa yang tak ada kan?
Makanya...baru tau betapa untungnya hidup atas tajaan ibubapa.
Itupun kata tak sayang...itupun kata ibubapa.....pilih2 sayang anak.

Petang doktor mai....
Kenapa?tanya doktor lembut...
Doktor single room tak ada ke?soal dia kat doktor...
Patutnya tanya keputusan dulu,bilik nanti2 boleh tanya...
Anak2 anak....duniawi betul!
Keputusan semua okay...darah masih tak bagus,makan ubat?
Dia jawap makan...
Doktor kata...saya tak marah,kalau tak makan,cakap tak makan sebab....saya tak mahu beri dos terlebih kat awak nanti.
Tersengeh2 dia jawap kadang2 lupa,tak makan...
Doktor tanya lagi..terlupa tu sehari,2 hari atau seminggu?
Dia jawap kadang2 4 hari.
Teman jeling je,dalam hati...bila tanya makan ubat?
Jawapan MESTI ......................DAH IBU...
Laaa ni kadang2 4 hari tak makan,betul2 tak sayang nyawa anak kamu ayahnya..Ubat beli beratus,makan kadang2....ada masa tu ...
Ibu ubat terabur...
Teman tanya kutiplah!
Dia tanya balik...boleh ke?ish!ibu ni kotor lah..
Amboi....bukan duit sendiri,kalau esok lusa guna duit sendiri,pasti kau akan kutip ubat2 tu ate...beso kuman.

Saya harap awak makan ubat ikut saranan saya,jangan jadi macam pesakit saya...
7 tahun lalu dia sihat lepas dia buang kanser,dia fikir dia dah sembuh sepenuhnya.Semalam...dia datang dengan keadaan yang uzur,kanser tu dah merebak ke paru2.
Saya tak mahu awak jadi macam tu....
Makan lah....sayanglah diri sendiri,saya pun makan ubat,hari2 saya mesti makan dan jadikan sebagai tugas rutin sebelum mulakan kerja2 yang lain.Awak kena ubah sikap,sekarang ibu ada boleh jaga,nanti...bila ibu dah tak ada,awak tak akan ada sesiapa untuk ingatkan awak mengenai kesihatan awak melainkan diri sendiri.
Sebak dengar nasihat doktor....mujur doktor dah kahwin kalau tak teman mesti doa hari2,supaya doktor jadi menantu teman.
Keh keh keh...
Kesitu pulak!

Reaksi anak?
sebutan OKAY!setiap penghujung ayat2 doktor...
Makan ubat...
Okay!
Jaga kesihatan sendiri
Okay!
Itu je....teman tak rasa dia insaf sebab....dia selalu cuba memekakkan telinga bila orang beri nasihat.
Pada dia...dia tau apa yang dia akan buat untuk diri sendiri.
Mungkin....anak teman lebih pada tawakkal pada TUHAN.Mungkinlah.....
Teman nampak dia santai je,tak nampak dia risau tak nampak dia runsing...
Yang dia tahu..
Ibu...nanti pergi London nak beli bla bla bla....
Itu je....

Kalsium makan,jangan lupa...ubat yang saya beri tu akan tinggalkan kesan pada tulang,takut tulang patah sendiri sambung doktor sambil gelak.
Dia gelak juga...tapi...teman yakin...dia tak peduli pun...
Dia tetap begitu..

Semalam...lepas makan,teman tanya dah makan ubat..
Masa tu dah pukul 2 petang.Dengan selamba dia jawap belum.....
NAMPAK?
Dia sendiri tak sayang diri dia,kite nak buat macam mana?nasihat usaha semua teman dah buat.
Semuanya hanya serah pada ALLAH dan pada diri dia sendiri.

Apa2pun...teman doakan supaya ALLAH kurniakan kesihatan yang baik buatnya.
Semuga ALLAH panjangkan umur dia,semua dia akan berjaya di dunia dan akhirat.
Amiin...

Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

APA HUKUM GUNA MINYAK PENGASIH PADA SUAMI?