AKHIRNYA TEMAN MINTA BANTUAN POLIS

UNTUK KES GANGGUAN SEKSUAL

Sejak bulan 10 tahun lepas ada seorang lelaki muda berhubung dengan teman.
Sahabat tanya macam mana boleh kenal?
Saya kenal dia secara tak langsung kat kedai makan,sebab kedai makan tu tempat dia berkerja.
Sahabat tanya lagi...macam mana dia boleh dapat nombor phone u?
Satu hari tu,saya makan,sebelum balik dia kata...kak boleh beri nombor phone,lain kali akak nak datang call je,kami siap2kan.
Sebagai orang tua,tak terfikir di benak kepala ni dia akan buat perkara yang merepek.
Sahabat kata lain kali ingat2 sikit...
Entahlah...budak tu pangkat anak2,tak terfikir dia membawa musibah dalam hidup.

Mula2 soalan2 dia macam biasa..
Tak kan le teman nak maki hamun pulak?sebab soalan dia umum.
Makin2 lama...soalan dia makin pelik.Rindu lah...merengek yang bukan2.
Teman ni orang solat,orang tua yang bersolat.Bila kite ke arah yang baik,perkara2 yang pelik2 ni tak ada dalam kepala otak ni.
Teman sayang kat keluarga,suami anak2...
Teman tak akan buat benda2 dosa ni sebab teman takut ALLAH.Teman takut masuk neraka.
Sedaya upaya cuba tak nak buat dosa.Sedaya upaya cuba mati dalam iman.

Sahabat kata u layan kot?
Layan apanya...saya dah ulang2 kata jangan call,jangan hantar msg apa2 pun!saya tak suka.saya orang tua,saya sebaya mak bapak hang.Tapi dia buat dek je...Degil budak ni.
Sahabat kata block je le...
Teman kata dah block!dia cuba juga call..
Sahabat kata kalau dah block macam mana dia boleh hantar macam2?
Dia guna sim lain.
Sahabat hanya mampu jawap ooooo macam tu pulak!

Minggu lepas dia buat hal lagi..
Teman dah ulang...jangan ganggu saya lagi.
Semalam...7.56pagi dia call lagi..
Sah!budak ni tak faham bahasa!teman pergi Balai Polis buat laporan GANGGUAN SEKSUAL.
Sorry lah ya...tak boleh nak berlemah lembut lagi.Sekali cakap buat tak faham,2 kali 3 kali...
Akhir.....teman terpaksa guna pihak berkuasa untuk amankan hidup.
Teman buat laporan sekadar untuk keselamatan diri.
Tapi...pihak polis amat memahami.
Kami tetap akan bantu Puan,kami tetap akan hubungi suspek,kami tetap akan memberi nasihat pada suspek,kami tetap akan jejak suspek.
Tapi...kami tak boleh menghalang suspek dari hubungi Puan kecuali Puan mohon perintah mahkamah.
Kami juga tak boleh berjumpa dengan suspek akan tetapi untuk membantu sekadarnya memandang Puan tidak fail kes.
Perlu ingat,dalam tempoh 1 minggu jika ada sebarang gangguan sila datang buat laporan ke 2.Sila simpan sebarang panggilan dari nombor suspek.
NAMPAK?
Siapa kata Polis Malaysia makan gaji buta.Mereka cekap!
Sahabat kata Polis Malaysia cekap kecuali bila masuk kes Politik.Terus beku otak masing2.
No komen......

Apa2 pun....teman harap sipolan tak buat sebarang hal di luar jangkaan.
Teman buat laporan hanya untuk keselamatan diri dan keluarga.Teman bukan nak dia kena tangkap masuk jel,teman cuma nak dia berhenti dari mengurat.Teman ni manusia,lemah mudah terpedaya.
Makanya sebelum jadi apa2 yang lebih buruk lebih baik kau BLAH SETAN!

Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

KAHWIN LAGI