Posts

Showing posts from February, 2018

AKHIRNYA TEMAN MINTA BANTUAN POLIS

UNTUK KES GANGGUAN SEKSUAL

Sejak bulan 10 tahun lepas ada seorang lelaki muda berhubung dengan teman.
Sahabat tanya macam mana boleh kenal?
Saya kenal dia secara tak langsung kat kedai makan,sebab kedai makan tu tempat dia berkerja.
Sahabat tanya lagi...macam mana dia boleh dapat nombor phone u?
Satu hari tu,saya makan,sebelum balik dia kata...kak boleh beri nombor phone,lain kali akak nak datang call je,kami siap2kan.
Sebagai orang tua,tak terfikir di benak kepala ni dia akan buat perkara yang merepek.
Sahabat kata lain kali ingat2 sikit...
Entahlah...budak tu pangkat anak2,tak terfikir dia membawa musibah dalam hidup.

Mula2 soalan2 dia macam biasa..
Tak kan le teman nak maki hamun pulak?sebab soalan dia umum.
Makin2 lama...soalan dia makin pelik.Rindu lah...merengek yang bukan2.
Teman ni orang solat,orang tua yang bersolat.Bila kite ke arah yang baik,perkara2 yang pelik2 ni tak ada dalam kepala otak ni.
Teman sayang kat keluarga,suami anak2...
Teman tak akan buat benda2 dosa ni seba…

NEELOFA,TUDUNG DAN ZOUK

SEIRING SEJALAN...

Hebuh sehari semalam,bila Neelofa 'launch' tudung baru dia kat Zouk.
Sahabat tanya Zouk tu apa?
Teman sendiri pun tak tahu....bila baca sampai habis artikel tu,baru tau...Zouk tu kelab malam.Tempat orang suka2,joget2,minum2...
Sahabat jawap ooooo....yang panjang.Almaklum...orang kampung,mana le tau tempat2 macam ni.
Bagi kami,kelab malam tempat tak baik,tempat tak sesuai untuk semua orang yang berakhlak baik.Teman pesan kat anak2...jangan lah pergi tempat2 macam tu,ibu tak pernah pergi sebab ibu tau tempat2 tu tak manfaat dalam hidup.
Pada teman.....kelab malam,disko,dangdut atau tempat2 hiburan yang lain...sama je keadaan dan matlamatnya,tempat berhibur dan maksiat.
Sahabat kata tak semua maksiat!
Teman tanya ya ke bukan maksiat?joget2 campur laki perempuan....maksiat le tu.
Sahabat gelak je...terpulang kat individu tu,ada yang datang minum2 je...
Entah lah...seumur hidup teman tak pernah jejak kaki kat tempat2 macam tu.Teman bukan malaikat,cuma teman belaj…

GARA2 HANTARAN 100K

PENYANYI /PELAKON PUTUS TUNANG

Kalau tak silap hujung tahun lalu,mereka baru je tunang.
Majlis bukan main lagi..
Meriah sungguh!

Teman tak peduli,bila berita sensasi tu lalu kat wall,teman baca je...
Majlis memang glamour..
Rasanya anak dara teman tak mampu kot nak buat macam tu...
Terlalu indah bak kata orang...

Tup2....baru2 ni putus tunang..Teman tetap sama,baca juga kisah tu sebab dah terpampang kat wall FB.
Alasan mereka seperti biasa,hanya keluarga sahaja yang tahu atau sebagai menjaga hati,maka tiada alasan yang di beri.

Desas desus....
Putus tunang gara2 pihak lelaki tak mampu nak adakan wang hantaran SERATUS RIBU RINGGIT!
Mak aiiiiii!!!! 100 ribu ringgit bukan 1000 ringgit ya...kawan2.
Awat mahal sangat?
Nak jual anak ke?
Misallah anak teman yang kena,memang teman pun ambil langkah sama...PUTUSKAN SAHAJA!jual anak ke mak bapak tu?
Lagi2 anak bujang tu nyanyi pun suam2 kuku,kerja pun tak tetap lagi.Lain lah....anak menteri.Mampu le layan kehendak mak bapak tu.

Kesian si lelaki…

MEKAH MADINAH BUKAN TEMPAT FESYEN

SOKONG!

Pertama2 kali teman sokong kenyataan ni!MEKAH DAN MADINAH BUKAN UNTUN PESEN2.
Kali ini teman benar2 menyokong.
Pengalaman ke Mekah dan Madinah,buat teman geleng kepala bila terjumpa gambar2 orang melaram kat sana.
Teman pernah kata kat kawan2...
Saya suka pergi Mekah dan Madinah sebab.....tempat tu membuatkan diri saya rasa istimewa.Tak semua orang dapat kesana.Bila kite dapat pergi..kite benar2 bahagia.
Kite rasa amat2 menghargai peluang ini.
Bagi kite orang tak ado....dapat pergi ke sana sekali dua dah cukup mengembirakan.
Sekali pergi buat umrah...seorang bawah 8k.kalau dipanggil sebagai jemaah haji.Harga dah lain...
Walaupun katanya ada subsidi.Bagi orang tak ado...terasa le juga.Bagi orang kaya raya,semua ni boleh di atur,yang pasti nama tu naik dulu.

Bila u dapat pergi haji?tanya sahabat
Ikut2kan 2028...jawap teman sayu.
Lama tu......lagi 10thn.OMG! lama nya...
Betul...10thn tu bukan 10 hari,bukan 10 bulan!
10thn umpama burung pungguk rindukan bulan.

Masa kat sana,hanya …

BADANG AKSI TERKINI ALIFF SYUKRI

ORANG KAYA YANG PAKAI JAM SAMPAI 2 TUUU...

Jujur ya Aliff...teman tak lagi berpeluang tengok filem awak ni.
TAPI...
Jujur ya Aliff....teman tak akan pergi menontonnya sebab...filem apa pun teman tak piii kecuali filem2 terpilih sahaja.
Bukan teman tak sokong industri filem Melayu
TAPI...
Tak mencabar!filem2 isi ceritanya sama sahaja....
Menjual muka2 baru yang bak cendawan tumbuh lepas hujan.

Tajuk dah cantik...BADANG.
Bila sebut BADANG,teman terus teringat cerita penjala ikan dengan hantu sungai.Hasil muntah hantu sungai,jadikan penjala ikan jadi kuat macam BADANG.
Gitu le cerita yang teman bayangkan dapat kepala otak ni.
Dalam usia macam ni,cerita2 ni tak akan masuk dalam list filem wajib di tonton.
Teman hanya akan menonton cerita2 yang lebih mengasyikkan contohnya Tombiruo.
Setakat citer karut ni teman tak akan jejak kaki ke sana.Teman sanggup nonton filem karton sebab teman suka lihat hasil kerja mereka.

Bila lihat hasil komen natizen...teman tahu...BADANG bukan le cerita yang heba…

KWSP DAN LONDON

TABUNGAN DALAM DIAM....
Tahun ni teman masuk 50thn,bermakna boleh keluar sikit duit KWSP. Sahabat tanya u pernah kerja ke? Pernah tapi tak lama.... Sahabat tanya ada banyak duit KWSP? Tak pasti...lama dah tak bekerja.Bawah 50k je kot... Sahabat balas banyak tuuu!boleh le belanja makan. Boleh je...tak keluar KWSP pun boleh belanja.
Dalam hati...orang tua makan tak banyak,perut dah penuh lemak,ruang dah jadi kecik.Banyak pantang pulak tu.
Teruja nak keluarkan KWSP.Dalam diam teman pergi menapak ke sana. Wah!KWSP 2018 serba maju.Kalau dulu beratur lama untuk sebarang urusan,sekarang dah tak serabut,lebih bersistem. Teman tak perlu ke kaunter,teman cuma perlu ke mesin2 layan diri. Macam biasa...teman tanya petugas yang ada... Dia kata...letak ic,letak ibu jari...semuanya akan keluar di skrin.Ikut je arahan yang di beri. Sekejap je... Semuanya dah tertera dan sangat jelas. Jumlah tabung 1 di campur tabung 2  jadilah tabung 3. Teman hanya boleh keluar dari tabung 2.Tak banyak tapi...boleh la…

ANAK DERHAKA

TINGGALKAN IBU SEBAB IKUT KATA BINI

Kali terakhir dia balik rumah emaknya...sekitar hujung 2015.
Hanya kerana salah faham,dia tak balik2 lagi...
Pernah di undang ke majlis kahwin adik,tapi sampai habis majlis batang hidung tak nampak2.

Lama dia menyepi.Dia anak baik..
Rapat dengan emaknya,hanya kerana desakan bini.Dia ikut lari!

Percaya atau tidak...menantu menuduh emak mertua buat anak menantu supaya hidup susah?
Percaya atau tidak...anak yang dijaga sepenuh hati,mempercayai kata2 bini dan ikut pergi.
Percaya tak?
Seorang anak yang sebelum ni amat sayang kat emak,sanggup sama2 menuduh emak dia pengamal ilmu hitam.
Percaya tak?
Logik tak?

Pernah jumpa abang sulung,tapi dia buat2 tak kenal.
Boleh ke?
Selisih bahu pun tak bertegur sapa.Kesian lihat emaknya...
Merenung jauh menunggu anak ke 3nya pulang.
Dah 2 raya dia tak kunjung datang...
Kakak dah tak kisah,kak rasa dia dah lupa keluarganya.Sampai hati...
Sebelum ni kak sedih juga,tapi lama2 kak dah boleh terima.Kalau dia ingat keluarg…

TAHUN BARU YANG SUNYI

KURANG MERIAH DARI TAHUN2 LALU...

Hampir seminggu raya Cina pergi..
Masih kedengaran pang pong pang pong...
Kebetulan jiran tetangga teman bangsa Cina,maka faham le sikit2 keadaan sambutan mereka untuk hari besar ni.

Hias rumah...
Biasa2 je...kalau tahun2 lalu dah macam disko!tahun ni macam kelab dangdut je...samar2 je..
Sahabar tanya apa maksud u macam disko?
Ate...berkelip kelip!lampu kelip,lampu warna warni....kat tanglung pun ada lampu maaaa....
Laaa ni tanglung lama kitar semula.Tak nak membazir mungkin.

Baju
Baju pun sama.....beli asal tidak...
Jiran teman kata...sikit2 maa...untuk anak2

Judi
saya tak main judi ini tahun,kalau main pun sikit untuk suka2 maa..
NAMPAK?
Siapa kata rakyat mewah.Yang mewah tu suku,yang papa tu setengah dari Malaysia ni.

Mercun
Yang ni memang ketara....Sebelum ni pang pong pang pong...
Tahun ni sejuk sikit...tepat pukul 12 tengah malam,baru meriah!esok pagi laman penuh kertas merah.Sampai rumah teman pun macam sambut Tahun Baru Cina.
Sabar.....
Walaup…

SIAPA KATA EKONOMI MALAYSIA DAH PULIH?

SANA SINI MASIH RAMAI PENGANGGUR

Baru sat,adik teman call...
Dia  cerita,ada seorang kawan hantar msg pinjam duit dpagi2 bute.
Kawan tu betul2 terdesak.Kawan tu benar2 tak mampu nak adakan duit di saat2 begini.

Teman tanya dia pinjam untuk apa?
Adik jawap tak tahu...
Teman tanya lagi......berapa dia nak pinjam?
Adik jawap 3 ribu je..
Teman kata lagi...3ribu je?
Adik jawap sambil gelak...cukuplah tu,ingat kite cop duit ke....
Betul juga tu,mujur 3ribu,kalau 30ribu?pengsan nak fikir...

Pagi tadi,adik call lagi....ooo dia pinjam sebab rumah yang dia nak jual tu tertunggak 5 bulan,bank dah nak lelong...
Ooooo....gitu citernya.....apa yang kite mampu kata?
Kesiannya.....
Tu je, yang kite mampu kata,mampu cakap untuk mereka.
Bagi ke dia pinjam?teman buka mulut nak tahu..
Bagi le...habis nak buat macam mana?kalau tak bagi lagi susah urusan dia...
Oooo...baguslah,kalau mampu tolong dapat pahala,isyaALLAH dia bayar nanti.
BILA?tanya adik
ENTAH!mungkin tahun ni,tahun depan atau tahun2 akan data…

BAIK BERPADA PADA

JAHAT JANGAN SEKALI..

Sekarang ni tengah hebuh,pasal 2 hamba ALLAH artis tengah gaduh.
Teman ada baca pasal mereka.
Tak tahu sebab musabab...perang dalam alam maya pun bermula.
Yang pasti..usah di layan...
Kedua duanya benggung.Masa baik bukan main lagi!macam nyawa.
Bila gaduh habis semua keluar.
Baik2 orang tak tahu Si Eina tu gigi palsu,laaa ni semua orang tau.
Baik2 oang tak tahu dalaman keluarga Eina...semua orang tahu,Si Eina suka berbomoh.

Ingat lagi satu kes dulu...si Eina buat seorang artis jantan benci emak sendiri.
Masa sidang akhbar...Si Eina ni pun ada sama...
Tup2...berkat doa seorang ibu,akhirnya artis lelaki tu tinggalkan Eina..
Dan tau2 ....si Eina dah berjaya mengurat orang kaya.Alhamdulllah......Senang le hidup.

Teman pernah jumpa berdepan dengan Si Eina ni...makan kat Serai Pavilion.
Dia suami,anak2 kembarnya dan petugas...
Tak nampak lah cacat....biasa2 je...Cantik?alahaiii...budak2,dulu...teman pun cantik juga...
Almaklum...orang muda...mestilah cantik!
Yang pasti…

ISLAM YANG DIHINA

Image
TAPI TETAP JITU DIHATI KAMI


Ini gambar tak tahu ke berapa....Yang pasti,banyak dah gambar2 buruk macam ni di ilhamkan oleh individu sakit jiwa.
Pelik juga...
Tak suka tapi masih ada masa edit gambar2 untuk tatapan umum.
kelakar juga...tak suka tapi masih ada masa fikir tentangnya.
Teman islam....
Teman tak pernah kaji atau ambil tau pasal agama orang lain.
Pada teman...islam teman tu benar.Tiada agama lain yang akan teman anuti dan selalu berdoa agar mati dalam agama kesayangan teman ni.

Bila fikir2 balik...Individu ni tiada pendirian.Nak masuk islam malu kot....hati suka cuma ego tinggi sangat.Nak tunjuk pandai sangat.
Agama orang yang di sibukkan....
Agama sendiri jagalah weehhh!
Agama kami tak payah nak kutuk2,lagi di kutuk...kami lagi benci dengan agama lain.
TUHAN kami tak ajar benda2 kotor macam ni..TUHAN kami ajar perkara yang baik sahaja.
Kutuk mengutuk agama atau pegangan orang lain,bukan cara kami wehhh!minta maaf lah...banyak kerja lain kami nak buat daripada sibuk kutuk ag…

SUSAH KITE,SUSAH LAGI ORANG LAIN..

KITE HANYA MAMPU KATA SABAR.........

Hari ini teman ada tetamu...
Orangnya  cantik,hitam manis,badan sedang2...
Datang bersama suami tercinta dan anak bongsu.
Teman renung muka dia...
Ternyata dia seorang yang cekal dalam menempuh kehidupan..

Kenapa teman kata dia cekal?
Suaminya dah lama tak bekerja,bukan malas tapi nasib tak menyebelahinya.Puas cari kerja,tetap tak jumpa2.
Kenapa teman kata dia cekal?
Dia ada anak lelaki,bukan seorang tapi EMPAT orang yang menguji sabarnya.Setiap seorang ada perangai tersendiri.
Kenapa teman kata dia cekal?
Dia usaha untuk bantu suami...berjualan nasi bajet,jual air,jual macam2!
Malangnya nasib tetap tak menyebelahinya.Usaha tak membuahkan hasil.

Masa dia hulur tangan,rasa sasa jari jemari dia..Kalau dulu,mulus,laaaaa ni...terasa macam kertas pasir.
kalau dulu bergaya,dek tak punya duit,dia dah macam anak 10.
Pakai baju asal ada...walhal....dia masih muda.

Suami dia kata...saya kesian kat dia,stress dia lebih dari saya.Kalau saya ada duit,semua duit…

BILA ANAK KATA....

NANTI KELUARGA BF NAK MAIII JUMPA IBU DAN AYAH

Perasaan?
Terkejut!tersentak!
Mak aiii anak teman dah besar!dah ada orang berkenan.

Perasaan?
Takut....
Rasa tak sedia lagi...

Perasaan?
Teruja...
Kali pertama orang datang merisik anak dara...

Perasaan?
Sebenarnya...rasa tak sedia.Anak teman tu masih tak pandai apa2.Masak sekadarnya sahaja.Kemas rumah mungkin tiada masalah,cuma belum sempurna lagi.

Perasaan?
Berbelah bagi...betul ke pilihan dia?
Teman takut anak teman tersalah pilih suami.
Takut2 kaki perempuan ,kaki judi,kaki todi....Ehammm...semuga semuanya selamat.

Perasaan?
Tak tahu nak kata...takut,malu bercampur aduk...
Walaupun bukan sekarang....kedatang itu insyaALLAH pasti.

Perasaan?
Apa nak di jawap..bila mereka tanya hantaran?
Kalau ikut hati....nak letak tinggi2,apa kan daya....bakal menantu bukan anak Menteri.
Bertabah lah bakal mak mertua...
Jangan letak tinggi2...takut nanti lepas kahwin anak menantu jadi papa.Hutang keliling pinggang.
OMG!
Serba salah di buatnya.

Perasaan…

BILA ANAK MUDA MINAT GILA KAT TEMAN

ANTARA SUKA ATAU TIDAK!TEPUK DADA TANYA SELERA

Sahabat kata dugaan u...atau budak muda tu gila.
Hehehe...
Dugaan 50thn...atau benarlah budak tu gila!

Dia tak putus,sehari dia akan cuba call 2 atau 3 kali.
Sahabat tanya macam mana u tau,kata dah block?
Teman jawap....saya dah block,dia call tapi saya hanya boleh tahu bila ada miss call.
Oooo....macam2 hal!kata sahabat.

Baru2 ni dia cuba call lagi,teman msg kat dia...
Nak apa cari saya?
Dia jawap....rindulah...
OMG!bongok betul budak lelaki ni.Umo muda,baru kahwin bulan 8 lalu.
Pelik kan?apa yang dia nak dari teman?teman dah setengah abad!teman bukan remaja lagi,teman sedar diri!teman bukan perempuan tepi jalan okay!
Sahabat kata dia memang suka orang tua kot?
Sahabat kata dia gila kot?
Sahabat kata dia nak jadikan u sugar mami?
Sahabat kata dia nak peras ugut u kot?

Alasan pertama:
Teman tak fikir macam tu,teman bukan bergaya sangat,sejak rajin belajar agama  di masjid,teman ikut gaya2 mak cik2,Jubah atau baju biasa2 je...
Alasan ke du…

MEMANDU SENDIRIAN DARI PERAK KE KOLOMPO

RASA NAK TERCABUT SATU BADAN!

Dah lama jadi mem....
Biasa dok tepi je...Dah lama tak memandu jauh2...
Paling2 kat kawasan taman je...

Bila di arahkan ke Kolompo sorang2...
Dah seriau dalam hati...Jauhnya!Jumpa banyak kampung,jumpa banyak daerah baru sampai ke destinasi.

Kalau dulu...
Teman boleh pandu kereta dari tempat teman ke selatan tanahair,hanya 6 jam setengah.Laa ni...panik kejap.
Lekir,Teluk Intan,bla,bla,bla.....................................keluar highway masuk highway....baru lah sampai....
FUH!
Berpeluh kaki tangan.

Mula2 bawa lahan2,macam orang makan angin..
Tetiba otak berfikir...kalau macam ni bila nak sampai?
Laju sikit.....
Tetiba.....TAP!seorang lelaki berpakaian putih,lengkap segala macam lambang dok betul2 tengah highway di celah pokok .
Spontan teman kata...punyalah busuk hati polis2 ni,sanggup dok berdiri tengah jalan hanya nak tempak no plate orang.kalaulah ada ular merayap masuk seluar...baru ada akal!

Sepanjang jalan...teman hanya fikir...cepatlah cepatlah..…

HARGA RUMAH MAKIN MAHAL

SAMPAI TAK TERJANGKAU DEK AKAL

Baru2 ni suami teman kena keKl..
Di tempat lama,kerja kurang,jadi dia antara pekerja yang sedang mencari kerja atau projek baru untuk syarikat.
Dek bajet yang ciput,mereka sediakan studio apartment untuk dia.
Sahabat kata bersyukur.....
Yolahhh....bersyukur...ada juga kerja nak buat.

Apartment tak berbilik ini,di sewa paling dekat dengan opis.Mungkin untuk mudah ulang alik ke tempat kerja..
Apartment tak berbilik atau lebih mudah di sebut studio room.
Di situ bilik,di situ dapo,ruang tamu,ruang makan tanpa balkoni.
Nak basuh baju pun cukup2 6 helai,kalau nak basuh cadar bagai,kena keringkan kat dobi layan diri atau hantar je kat dobi dan bayar.
Tak ada ruang langsung nak sidai baju.Rumah macam ni,kite kena kreatif,jangan banyak sgt perabut.Beli yang patut je..

HARGA?
RM338,000.00 sahaja.
MAHAL KAN?Mahal nak mampus!
Kesian kat anak2,kesian kat generasi kite semua..
Tak mampu nak beli rumah,apatah lagi rumah atas tanah.
Sahabat kata eh!I tengok 380k?
Teman…

SELAMAT TAHUN BARU UNTUK KAWAN PUTIH MELEPAKKU..

2018

Tepat pukul 12 tengah malam...
Bunyi mercun memecah sunyi.Selalunya...mercun panjang bunyi macam nak perang.
Itu tanda bermulanya TAHUN BARU buat semua kawan2 China teman.
Bising?
Tak lah...setahun sekali kot.....
Nak marah buat apa?dah itu kesukaan mereka.

Kawasan teman meriah!pesta mercun sana sini..
Setuap tahun beginilah keadaannya..macam2 bunyi!kalau dulu,akan tunggu...
Sekarang dah tak lagi...
Setiap tahun akan dengar bunyi bunga api mercun bagai,dan akan terpaksa dengar lagi pada 15hari mulai sekarang.
Hari ini sambut tuhan mereka turun dari langit dan 15 hari lagi hantar tuhan mereka balik ke langit.
Itulah kata mereka.

Malam ni makan besar tapi tak semestinya semua ahli keluarga ada...
Esok pagi...Wajib!semua ahli keluarga mesti ada untuk makan sama2.
Orang melayu pergi kubur sedih2,orang cina tidak macam tu,bagi mereka...
Lepas mati ada dunia lain untuk mereka.Sebab tu mati mereka di iringi dengan segala macam harta.Duit,kereta.rumah dan lain2 akan di bakar untuk di gun…

GARA2 MESIN RUMPUT WAKTU PERSEKOLAHAN

SEORANG ANAK MAUT!
2 CEDERA..

Macam mana lah boleh jadi macam tu?
Ngeri dowww...
Terus ingat anak2 teman yang ada kat sekolah masa ni....
Semuga ALLAH lindungi mereka.

Teman terima gambar2 ngeri anak malang ni,otak tercampak keluar,muka jadi senget dek otak dah keluar.
Ngeri....betul2 ngeri...

Gambar bilah sabit pun teman terima,gambar otak pun teman terima....merah otak sebuku terbiar tepi jasadnya.
Teman tak sanggup nak kongsi di sini..
Tak sampai hati....
Anak usia 14thn ni,sama baya dengan anak jantan teman..
Sayu hati...tak dapat bayangkan betapa hancurnya hati ibubapa...Betapa kecewanya hati sanak saudara anak malang ini.
Apa2 pun...dia di pilih ALLAH...
Ada sesuatu yang baik ALLAH nak bagi kat dia...
Dia anak syurga,dosa tak banyak lagi...Banding dengan kite semua.Dia lebih beruntung.

Siapa yang salah,kite pun tak tahu...
Benda dah jadi...Setiap kejadian sebenarnya ALLAH nak beri pengajaran pada semua.Lain kali pihak sekolah kena peka,masa anak2 ada di padang,jangan lah sabit r…

GEAR BOX HONDA

4TAHUN DAH HANCUR!GILA BAPAK!

Teman dah bersama kereta Honda putih lebih 4thn.
Setiap ada kelainan,pasti teman akan cepat sedar.Baru2 ni...kereta ni bergegar ketika pemanduan mula laju.
Teman bagitahu suami,dia minta teman hanya ke kedai untuk check tayar.Mungkin tayar mengelembung.Kebetulan teman hantar anak dekat dengan kedai tayar,matlamat cepat tercapai.
Lepas pekerja check keadaan tayar.
Comfirm!
Tayar bengkak sebelah,sebab tu tak stabil.
Teman kata...tayar tu baru je tukar.
Dia jawap baik u pergi kedai tu balik dan minta dia check sendiri.
Tak fikir panjang,teman terus ke kedai tu,dengan harapan tela'an tu salah.

lepas teman bagitahu masalah,mereka buka tayar dan buat apa yang patut.
Sudah!katanya..
Berapa?tanya teman.
RM10 sahaja.Jawap mereka
Apa rosak?teman mula buka bicara
Tak ada apalah kakak....blancing tak betul je..

Teman terasa hati...
Anak cina ni, tak fikir langsung keselamatan kami.
Cina satu kata tayar bengkak,Cina ke dua tak kata apa2.Mungkin tak mahu bertanggun…

JANJI TEMPAT MENGAJI

KADANG2 TINGGI MELANGIT.

Masa teman daftar...dia kata....ngaji sejam untuk teman,1 setengah jam untuk anak bujang.
Masa daftar,dia kata....mula 9 pagi hingga 10 pagi untuk teman,9 pagi hingga 10.30 pagi untuk anak teman kerana hafazan.
Teman bayar daftar RM140.00 untuk 2 orang.
Teman bayar yuran untuk bulan pertama RM260.00 untuk 2 orang.
Duit bertukar tangan,resit di serahkan untuk simpanan.

Hari pertama...anak teman sahaja yang masuk.Masa yang di ambil menepati janji.
Hari ke dua.....anak teman balik lewat juga.Maknanya janji di kotakan.
Hari ke tiga....dek mula dapat sambutan,ngaji 4 helai setiap orang.
Sahabat tanya macam mana u tau?
Teman kata saya tengok sekejap sangat.Tanya anak dia jawap ngaji 4 helai sahaja.
Mana hafazan?Mana lagi masa yang di janjikan tu?
Sahabat kata lebih kurang lah...
Teman jawap tak boleh juga,itu janji dia....

Hari isnin,teman sertai pengajian...
Mungkin kali pertama,kemesraan tak ada lagi.
Semuanya nampak kaku,senyum pun mungkin sekadar menjaga hati.
H…

KORBAN DI JOGYAKARTA LEBIH MAHAL

Image
DARIPADA MALAYSIA,KENAPA?

Teman berhajat nak korban dia Jogya,sempena percutian singkat kami.
Kami akan ke sana pada Hari Raya Korban,
Mengapa Hari Raya tak pergi hari lain?
Sebab......hanya hari raya itu sahaja cuti panjang,kami boleh pergi dengan keluarga tersayang.
Sebab......cuti sekolah jatuh pada Hari Raya Haji...
Sebab.....ahli keluarga yang bekerja tak perlu ambil cuti lama2.
Sebab.....anak teman yang pilih sempena Hari Ulang Tahun kami....
Tu dia!list alasan2 menasabah untuk teman beri pada yang bertanya.

Kami akan ke sana pada pagi 22hb Ogos 2018 pukul 6.30 pagi.Dan akan pulang ke tanah air tercinta pada 26hb Ogos 2018.
Bawa emak?
Teman jawap kami dah tanya emak...nak ikut kami atau nak raya di Malaysia?
Emak jawap tanpa di paksa....Mak Ikut!
3 kali teman tanya....3 kali juga emak jawap tanpa berubah jawapnya.
Makanya....muktamad kami bawa emak sama...
Ada bantahan?
Kalau ada..usullah pada emak,kami okay je...
Suka tak suka...tukang tanya terkedu...
Apa nak buat,emak sendiri …

ALHAMDULILLAH..

ALLAH KURNIAKAN KESIHATAN BUATNYA.

Seharian teman menemaninya.
Dari pukul 8 pagi keluar rumah,sampai rumah pukul 10 malam.
Fuhh!penat tak terkata!
Teman panggil uber untuk hantar kami ke Ipoh.
Sampai hospital ,kami terus ke klinik Doktor.Semua dah tersedia,Doktor dah maklum pada staff atas kedatangan kami.

Turun bawah,buat bayaran deposit RM500.00 sebelum urusan di teruskan.
Doktor dah maklumkan apa yang patut dia buat.CT Scan,darah,jantung dan lain2 lagi.
Semuanya itu untuk memastikan dia benar2 bebas dari kanser.

Sepanjang hari dok menunggu,teman minum kopi cair 4 cawan.Minum air suam 4 cawan!mee bodoh sepinggan,bekal nasi dengan asam pedsas,roti cecah mushroom  sup.Semua hidangan tu bukanlah bagus sangat,tapi harga subhanaALLAH!mahal gila2.

Masuk ward agak lewat sebab,ward penuh dengan pesakit influenza a.
Teman tanya bilik seorang,penuh Puan...tak ada bilik single sekarang.
Anak teman bising bukan main!bla bla bla....
Lain kali tak nak buat kat sinilah!sepatutnya dapat bilik...
Ib…

BEKAL KE SEKOLAH

JADI TREND TERKINI.

Dari anak pertama,teman dah biasa bawakan bekal.
Isinya...benda2 segera dalam peti sejuk,roti atau nasi goreng.
Anak pertama sampai ketingkatan 5,masih suka bawa bekal,tak rasa malu....muka selamber je...
Anak ke 2 jarang bawa bekal,banyak sangat alasan hingga teman tak minat nak bekalkan makanan pada dia.
Anak ke 3,anak lelaki yang ego,mana maunya bawa bekal.Pada dia bawa bekal sifat Poyo...Tak tahu makna poyo tu,yang pasti teman pandai nyebut je.
Anak ke 4...bawa bekal roti sapu Nutella...hingga dapat gelaran budak roti.Dek makan cerewet,bawa bekal roti dari hari pertama sampai hari terakhir sekolah kebangsaan.
Naik sekolah menengah dah tak nak bawa bekal lagi.
Anak ke 5,banyak cekadak macam anak ke 2 dan ke 3.Suruh bawa bekal macam nak kena kahwin paksa!
Susah betul...ada je alasannya.

Sejak dia menjak ni...dia dah mula bayangkan kalau dia bawa bekal.Teman tanya kenapa pula tetiba cerita pasal bekal?
Dia jawap tak ada apa2.....
Perbualan tu berlalu pergi,teman t…

MILO TIDAK ELOK UNTUK KANAK2?

Image
BERITA TERGEMPAR LAAA NIII....



MILO...
Sebut MILO,kite pasti terus menangkap warna hijonya,lambangnya,jenamanya...
Automatik,semua tu terpampang depan mata.
Dari kecik hingga separuh abad,MILO tetap serasi bersama.
Cakaplah apa pun!MILO tetap teman guna sebagai minuman harian anak2.

Sahabat kata tukarlah jenama lain.
Bukan tak nak tukar,tapi MILO dan kami telah bersatu selama lamanya.
Sahabat kata dengar je le,kajian terkini tu...MILO tak baik untuk kesihatan.
Entah...macam2 hal!kata MILO untuk badan cergas.Sekarang promote lain pulak.
Anak2 teman minum MILO sejak berhenti minum susu formula.
Dalam lingkungan 8thn,mereka mula minum MILO yang di bancuh dengan susu F&N susu pekat berkrim.
Sahabat kata susu tu pun tak elok lah...
Yalah..meman tak elok,tapi saya letak sikit je....
Sahabat kata degil!tak mahu dengar.
Bukan tak nak dengar,tapi...malas nak dengar.Iklan kata lain,hakikatnya masih boleh minum MILO,cuma perlu  berpada pada.

MILO tak elok untuk kanak2 bawah umur 7thn.Benar a…

PRODUK KESIHATAN UNTUK BAYI

Image
DI PERKENALKAN OLEH NEELOFA.

Kawan2 tanya...kau baca tak pasal produk kesihatan bayi tu?
Teman jawap tak...apa bende tu?
Neelofa ada perkenalkan satu produk untuk tambah kesihatan bayi.
Aah?apa tu?soal teman tak faham.
Produk untuk anjalkan kulit dan kurangkan kedutan kat bayi ,kanak bawah 12thn dan remaja.
Teman tercopong mulut....ooooo...ada ya?tak tahu pulak!maklum....aku ni mana ada anak kecik  lagi,semua dah beso panjang.Tapi....kalau ada pun,aku tak beli kot...tak percaya lah!kite tak boleh beri makan sebarangan kat budak2,bahaya!,Neelofa ni asal boleh je....
Sahabat jawap tulah!asal boleh minah tu....Semua benda nak di niagakan.Dah kaya nak tambah kaya lagi.

Teman mula cari pasal produk tu,selak muka buku,selak muka goggle...
Wah!banyak orang komen,rata2 orang tak minat.Rata2 orang tak setuju.Teman pun sependapat dengan Wardina,jangan berani2 beri makanan selain dari susu ibu atau susu formula.
Pernah seorang Dr nasihat teman...kalau anak2 deman atau nampak tak sihat,cuba ikut…

KADANG2 REZEKI YANG KITE DAPAT BELUM TENTU KITE YANG PUNYA

KAN?KITE MERANCANG TUHAN JUA YANG MENENTUKANNYA.

Minggu lepas...Suami pii Wisma Yakin beli baju melayu untuk acara pinang anak orang.
Dia seboleh boleh nak pii kat kedai kawan dia..
Teman ikut je,pada teman...apa pun okay,sebab baju melayu memang banyak kat kawasan tu.

Sampai kedai...
Ngam2 kawan yang dia maksudkan ada dalam kedai.
Salam peluk bagai.Maka belilah sepasang baju melayu lengkap bersamping.
Selesai semua...
Kami pun balik,itupun selepas suami berpeluk bersalam dengan kawan lamanya tu.

Semalam...
kawan lama dia call..Suami dengan ramah melayan.Almaklum kawan lama.Mesti banyak cerita nak di bualkan.
Lepas bertanya khabar,kawan dia tanya...boleh tak aku pinjam duit sikit?
PANG!bagai di tempeling!
Suami blur....mak aii...lama tak jumpa,tetiba nak pinjam duit?
OMG!senang betul manusia zaman ni.
Tak ada duit boleh main minta2 dengan kawan.Walhal dia tak tahu kawan2 tu pun punya 1001 macam masalah.

Pinjam tak banyak,tapi....harapan pasti tinggi melangit.
Seorang lagi...nak pinjam…

TEMAN DAH JUMPA TRAVEL AGEN KAT JOGJA..

HERU  HERIYANTO

Teman tak pernah berurusniaga dengan dia,tapi anak dara teman kata okay sangat2.
Sebelum jumpa dia,ada juga cuba2 tanya travel agen lain...
Kos mahal sikit dari dia...
Travel agen pertama...masih mengira ngira...
Jawapan masih kabur.
Travel agen ke dua....Itinerary sama, sekepala RM450.00 tak termasuk makan dan flight.
Travel agen ke tiga....Itineraty sama....sekepala RM330.00 tak termasuk makan dan flight.
Harga ni termasuk hotel,transport (bus mini),sarapan pagi,minyak,tol,parking,supir dan bayaran2 untuk mana2 tempat kite nak masuk kecuali....Candi Borobudur.
Dengar2 tiket masuk candi Borobudur mahal.Maka yang mahal tu kite kena tanggung sendiri.

Itinerary....penuh!
Dah tersedia jadual untuk 5hari 4 malam.
Dah tersedia ..........jadual yang patut kite pergi.
Tapi teman tahu.....jadual tu hanya tulisan atas kertas.Hakikatnya...tak kemana pun...
Pasti sesak baghat,jalan sempit dan banyak orang...
Yang pasti teman kata...sila susunkan jadual ketempat2 paling baik,dah s…

BILA ISTERI PERTAMA DI CERAIKAN...

GARA2 ADA BF....

Masa kakak sampaikan cerita ni...dia pesan,jangan beritahu orang lain tau!
Teman jawap okay!
Dia cerita tapi tak beritahu nama sipolan.Katanya rahsia.
Teman jawap oaky!
Dia cerita untuk bagi contoh kat teman...
Katanya....jangan ikut perangai si polan tu.
Teman jawap okay!

Sipolan ni,pernah kecuh satu masa dulu..
Suami pasang makwe baru.Masa tu kecuh juga...bergaduh siang malam.
Tapi...nawaitu suami mungkin baik,segalanya jadi baik2 juga.
Masa kecuh dulu,bergaduh kejar mengejar satu kedai.Menjerit satu taman.
Tapi tu dulu....
Masa tu masing2 ego tinggi daripada kepala.

Lama2 hubungan mereka tambah baik.Lelaki berkebolehan sahaja boleh selesaikan kes2 poligami ni.
Sipolan janda,kahwin dengan bujang....
Syukur sibujang boleh terima anak2 tu dengan baik.
Beberapa tahun berkahwin,si bujang tadi jumpa janda juga.Maka berkenalan dan bercinta penuh perasaan.
Bila si polan tahu..bergaduh sakan!
Apa2 pun....perempuan macam kerak nasi,rendam semalaman....lembut le dia...

Kata s…

LANJUTAN KES NUR AINA NABIHAH

MAKIN KUSUT MASAI JADINYA...

Mungkin le setelah di soal siasat,maka keluarlah segala macam cerita.
Antaranya...Nur Aina Nabihah yang malang ada saka.
Masalahnya..
Budak kecik macam tu,saka apa juga yang melekat.kalau ada pun sekuat mana lah saka tu..
Ish!ngarut betul!

Kata ayahnya....dia pukul Nur Aina Nabihah  dengan kekuatan jantan.Dia pijak Nur Aina Nabihah sampai terkencing kencing.Dia sesah Nur Aina Nabihah guna tali pinggang askar.Teman tak dapat nak bayangkan tali pinggang tu,yang pasti tali pinggang tu lebih besar dari biasa kot.Yang pasti tali pinggang tu lebih lebar,lebih berat...
Sekali singgah kat badan budak umur 9thn,rasanya memang boleh mati!

Dia didik Nur Aina Nabihah dengan cara2 askar berlatih...
Pendek kata....penuh kekasaran.Walhal Nur Aina Nabihah seorang budak perempuan yang pastinya kecil molek orangnya.
Sahabat kata bukan budak tu yang bersaka,tapi bapak dia tu yang ada saka.Sebab tu ganas semacam je..
Sahabat kata lagi....mak tiri dia tak buat apa2 ke?
Teman a…

BILA ANAK DARA TAK TAHU MASAK.

TAKPERLU RISAU,SILAP2 DIA LEBIH PANDAI DARI MERTUA.

Sebelum kahwin,teman bekerja.Pagi balik malam.Kadang2 ahad pun keje.Pendek kata....selagi ada nyawa kat badan,keje,keje dan terus keje.
Pandai masak?
Tak pandai......
Jawapan paling jujur dari seorang anak dara.

Bukan tak pernah bantu emak kat dapo,tapi keje kami hanya siang segala bagai.
Apa tu siang?
Siang tu maksudnya cuci ikan,cuci sayur....
Bawang?
Bawang orang Joho tak panggil siang,tapi kopek bawang,kopek bawang putih dan lain2.
Teman dan adik beradik yang lain layak di panggil pembantu tukang masak.
Kenapa?
Sebab...emak teman buntu kalau ramai2 sangat kat dapo.Lagi2 banyak tanya...
Cepat le kena halau dari dapo.
Emak....masak ni bubuh apa?
Emak....siang ikan macam mana?
Dek soalan yang bertubi tubi...emak naik angin dan semua orang kena halau dari ruang dapo.
Alasan!kata sahabat...
Ya.......gitu lah emak saya....semua rencah dah siap,dia cuma masak je...

Bila kahwin....teman ikut suami pindah rumah sendiri.
Goreng ikan pun su…

TRIP AKAN DATANG!

JOGYAKARTA INDONESIA.

Mulanya anak dara teman nak beri hadiah ulangthn perkahwinan ke 26thn.Dia tanya teman..
Ibu nak kemana?dia nak belanja tiket kapalterbang.
Teman jawap tak payahlah...membazir je.
Dia kata tak pe le... dia memang nak belanja tiket kapalterbang je,lain2 ibu tanggung sendiri.Sebenarnya,teman tak kisah sangat pun semua ni,teman tak terfikir pun nak makan duit anak2.Bagi teman..mereka bahagia,itu sudah mencukupi.

Dia tanya lagi ibu sebut je nak pergi mana?
Teman jawap murah2 sudah lah....
Dia kata dekat2 gi mana?ibu sebut je..
Teman terus teringat Jogyakarta.Dekat dan murah.Sepatah kata suami pergi tempat yang mudah kite nak makan,nak solat.
Dia kata ibu pergi dengan ayah je tau?
Mak aiii!teman nak pergi makan angin berdua je?wehh!adik sape nak jaga?
Dia kata pandai lah kami nanti.
Teman  tak boleh terima,berjalan berdua dengan suami,anak2 tinggal tak tahu di mana.
Teman kata beli untuk adik sekali,nanti ibu bayar...
Bagi teman...bila nak jalan2 keluar negara,anak2 pa…