SELAMAT HARI LAHIR KE 50 BUAT KAWAN2

JANGAN LUPA 7hb APRIL 2018

Kami kawan dah lama...
Ada yang dari  1981 hingga ke hari ini...
Dari umo 13thn hingga ke 50thn.Lama kan?Hampir seabad lamanya.
Tapi...makin lama,kami makin memahami di antara satu dengan yang lain.

Gaduh?
Tak pernah lah,mungkin sentap tu ada le sekali sekala...
Kadang2 bergurau terkasar,terkutuk terngata....semua tu lumrah hidup.
Mana ada orang nak tegur terang2 kalau tak puashati selalu kite cakap belakang2 kan?
Apa nak buat...jaga hati kawan2...

Zaman sekolah,sama2 nakal,sama2 kaki borak.Kelas tak sama....
Ada yang A ada yang B..
Apa2 pun waktu rehat tetap sama2 ke kantin.Ingat lagi...makanan utama kami hanyalah kopok lekor cecah sos.Air minum kongsi2...
Ada antara kami anak yatim...bila dah tua2 baru sedar...
Kau selalu bagi aku duit,kalau tak...aku tak makan...
Oooo...lupalah,aku tak ingat aku sebaik tu...apa2 pun...syukur kawan2 tetap menghargai walaupun tak seberapa sen duit tu.
Aku pernah raya kat rumah kaulah!
Teman termanggu ya ke?lupa lah...
Ya!masa tu sepupu aku balik kampung,aku tak tahu nak kemana,aku gi rumah kau raya sama2 dengan kau...
OMG!lupa betul!adakah sebab teman dah tua?
Dalam usia 50thn....sah!teman semakin tua...

Nakal kami bukan senakal budak2 sekarang...nakal kami cuma gitu2 je...Tak terlibat dengan gejala sosial yang bukan2..
Sekadar nakal2 remaja biasa.Bising dalam kelas,nyakat kawan2 yang lain..
BF?
Tidak seorang pun yang mudah jatuh cinta...
Semua ungkal maakrip!
Kawan lelaki takut nak ngurat,kalau minat pun....mereka sanggup simpan dalam hati.
Bak kata kami ni jinak2 merpati,nak di tangkap terus lari!

Kawan 2 lain?
Tak ada serapat ini,yang lain hanya hai2 bye2 je..
Tak serasi bersama...susah nak cari kawan2 yang baik...
kalau ada pun makan masa nak rapat.Bila jumpa semula...
kami tetap tak boleh ngam,kami tetap tak sejiwa..
Cuba juga nak rapat,tapi....ada je halangan..
Makanya...kami terpaksa akur,yang kami tak boleh terima orang lain masuk group kami.
Yang ada tu....patut rasa bertuah,sebab kami bukan perempuan tepi jalan.Kaki gossip,kaki tipu...
Kami semua wanita2 solehah...
Tak pernah buat onar dengan kawan2,tak pernah ikut cinta lama gi Genting,tak pernah tipu2...
Kami kawan2 baik2,kami tak pernah mengkhianati di antara satu dengan yang lain.
Sebab tu...
Kami tetap setia hingga sekarang.

Semuga kami tetap bersama hingga bila2...
Semuga persahabatan kami terus jujur dan ikhlas.
Semuga ALLAH memberkati persahabatan ini.

Jangan lupa janji kite!teman belanja makan sedap2 sempena ulangtahun kite yang ke LIMA PULUH TAHUN!



Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

APA HUKUM GUNA MINYAK PENGASIH PADA SUAMI?