SATU MASA DAHULU..

LAMBANG TANGAN NI JADIKAN KITE BERMUSUH.


Satu masa dahulu..
Teman ada beberapa kawan lama...
Tak tahu mana silapnya,hubungan kami tak baik gara2 sampai menyampai cerita yang tak benar.

Seorang dua  kawan2 mengalami masalah rumahtangga kronik,masing dengan masalah rumahtangga tak ada akhirnya.
Teman sebagai kawan,cuba nasihat supaya mereka akan jadi lebih sukses dalam berumahtangga.
Malangnya....ada sahaja kawan2 yang tak suka kecintaan sebaliknya suka permusuhan.Suka mengadu domba,perkara kecil jadi besar dan meletup bak gunung berapi muntah lava paneih2.

Mereka hanya satu sekolah tapi bukan kawan2 yang mesra seiring sejalan.
Teman jumpa balik sekitar 2011,selepas reunion pertama kami.Dah tua2 macam ni,tiada apa yang membanggakan selain silaturahim berpanjangan.
Beberapa tahun hubungan baik2 aje..sehinggalah salah seorang kawan jumpa cinta FB.Di nasihat berbuih mulut,mati hidup dia nak juga BF Facebook yang tak nyata.
Jalan cerita sama macam cerita2 penipuan dalam Metro muka depan.
Di nasihat ulang2 kali...jawapan tetap NAK JUGA KAHWIN DENGAN LELAKI TU!
Lepas bercerai berai....hidup terumbang ambing...masa ni,baru ingat kawan2.Baru ada akal,baru tau langit tinggi rendah.
Nasi dah jadi bubur....
Apa pun dah tak boleh buat.Suami tinggal pergi,tinggal dia dengan anak2 meneruskan kehidupan.

Dalam berhuru hara....adalah sok sek sok sek....cerita belakang tabir yang tak pasti kebenaran.
Macam biasa,orang sedang di landa kecewa sangat sensitif.Pantang dengar cerita bukan2,hati mudah tersentuh.
Kena pulak batu api pandai main kata2.Yang sabar pun boleh menyinsing lengan.
Kawan baik kawan jahat dah tak kenal lagi..
Pada mereka semua orang tak boleh di percayai.
Maka keluarlah status ini.Jari telunjuk tegak berdiri.Menunjuk ke arah sesiapa yang terasa.
Lepas kejadian ni,masing2 buat hal sendiri.

Beberapa tahun kemudian....
Dia call mohon maaf.....teman okay je...pada teman tiada apa yang perlu di maafkan...
Semua orang buat salah,semua orang banyak helah.
Yang pasti....boleh baik tapi tak akan sebaik dulu...
Tak bergaduh,tapi cukuplah pelajaran yang kite dapat dari kejadian.
Baik berpada pada,jahat jangan sekali.
Semuga semua baik2 aje..
Semuga tiada lagi sengketa di antara kite.
Kepada BATU API....sila meninggal.....
Huhuhu...

Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

APA HUKUM GUNA MINYAK PENGASIH PADA SUAMI?