RAUDAH

BILA RINDU DATANG....RASA NAK TERBANG JE.....



Kali pertama teman menjejakkan kaki ini ke RUADAH pada 1hb April 2013.Teman bawa bersama anak2,suami dan emak.Teruja sangat!
Teman sampai di Madinah lebihkurang pukul 12 malam.
Dari jauh dah nampak cahaya menerangi segenap ruang.Wah!hebatnya masjid Nabawi.Cantik betul!

Esok pagi,kali pertama subuh dia sini,Alhamdulillah....Lepas sarapan,kami ikut mutawif susuri pintu 25 untuk ke RAUDAH.
Masjid Nabawi sangat luas!sangat besar!....
Ada laluan ke RAUDAH,kite hanya ikut sahaja arahan yang di beri.

Sebaik sampai,kite akan nampak notis Bahasa Malaysia.Kite yang berBahasa Malaysia dan Indonesia akan tunggu turn sebelum dapat masuk ke RAUDAH.
Perhentian pertama....masa yang di perlukan 1JAM!kesempatan ini,kite gunakan solat sunat,mengaji atau berselawat keatas NABI.

Perhentian ke dua juga ....1JAM!
Sambil menunggu sambil berselawat.Atau duduk diam kuis karpet.
Pendek kata...
Ikutlah apa yang kite mahukan...
Teman nak muntah masa kat perhentian ke 2,teman keluar,penjaga suruh duduk balik...
Teman beri isyarat minum,baru mereka diam.

Perhentian ke TIGA....1 JAM!Kali ini betul2 depan RAUDAH.Penantian satu penyeksaan...
Bila penjaga RAUDAH beri signal ....MASUK!
Semua berebut rebut!tolak menolak.....yang pasti nak solat sunat,ikut sempat.Salah haribulan sujud dalam kain minah arab.
Tau2 gelap gelita...tak nampak apa pun..
Dalam hati...okay ke?berebut rebut,tolak menolak diantara satu dengan lain.
Tapi...dah itu caranya...ikut je le..

Kali pertama,dapat juga solat sunat 2 rakaat tapi cepat2...Tak sempat nak doa panjang2,orang terus berasak di antara satu dengan lain,masing2 nak dapat keberkatan RAUDAH.
Macam mana tau itu kawasan RAUDAH?Karpet hijau...Kawasan lain karpet merah,hanya RAUDAH karpet hijau berbunga bunga.
Suami tanya kenapa kawasan perempuan huru hara?
Nak tau kenapa?
3 JAM menunggu buat orang hilang pedoman.Dalam tempoh 3 jam,kalau nak terkencing,tahan lah...Kalau terkentut maka tak boleh nak solat sunat 2 rakaat,doa sahaja.
Rugikan?Jadi...sebelum ke RAUDAH,jangan minum banyak2...
Sekadarnya sahaja.

Kite tak lama di RAUDAH,kena gilir....dah dapat solat dan dapat doa...
Beredarlah...orang lain nak masuk juga.Jangan pentingkan diri sendiri.Kalau nak duduk lemak,duduk lah di luar RAUDAH.

Perempuan boleh masuk RAUDAH 3 kali sehari...
Tapi...bukan lenggang kangkung....orang ramai!kena pandai cari masa,kena pandai cari peluang.
Kalau bawa kanak2,rasa2nya...tak boleh ikut kata hati,kena fikir keadaan anak juga...makanya...teman pergi 2 kali je...Selebihnya tak sempat.
Suami kata lelaki ikut suka!tiada halangan.Pagi petang siang malam!boleh pergi ziarah NABI.
Syukurlah wahai para lelaki....kamu istimewa dalam Islam.Boleh ibadat ikut kehendak diri.
Sahabat kata perempuan pun istimewa juga,izinkan suami beribadat pun dapat pahala.
YES!kite sama2 istimewa ...
Lelaki perempuan....sama saja di mata ALLAH.

Teringin nak ke sana lagi...
Sebagai jemaah haji atau sekadar  jemaah umrah.
Yang pasti...Sentiasa berharap semuga ALLAH permudahkan segala urusan,semuga ALLAH menjemput kami lagi...
Amiin...


Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

APA HUKUM GUNA MINYAK PENGASIH PADA SUAMI?