PENGANIYAAN BINATANG

ANJING DAN KUCING....

Sejak kebelakangan ni,banyak betul orang berhati hitam mendera binatang terutama anjing dan kucing.Almaklum...2 binatang ni hidup rapat dengan kite.
Sejak dunia tanpa sempadan,banyak betul kite tahu berita2 gila kat internet.
Anak kucing kena lenyek dengan tumit kasut,pukul bantai jangan kire..
Silap2 haribulan ada kucing kena tendang masuk longkang atau kena campak dalam Laut China Selatan.

Teman ada seorang kawan,tak suka langsung kat kucing.
Pada dia kucing ni patut di hapuskan!pantang kucing lalu lalang depan laman,di tangkap dan dibuang kat tempat yang jauh dari perumahan.
Alasan...kucing tu berak kat atas rumput....
Ada tu....benci sampai sanggup bubuh racun dalam makanan.Lepas 10 minit berbuih mulut kucing2 tu..
Muntah hijo!Mengeletar sebelum mati..Aduhai...sedih betul...
Ada tu campak dari flat,anjing kucing...berterabur gigi menyembah bumi.
Sedih betul..Tak takut dosa gamaknya.

Teman pernah ternampak video perempuan potong kaki anjing hidup2.Bila di tanya kenapa anjing tu gigit tuan tu?
Alasan...anjing taat pada tuan,dia tak akan mengigit tuannya sebab itulah sifat yang ada pada anjing atau kucing.
Teman beri makan ubat kat kucing,walaupun tak suka,kucing2 tu tak pernah keluarkan kuku,tak pernah tunjuk taring pada teman..
Alasan....sebab teman tuannya.

Pernah ternampak video kucing atau anjing kena campak dalam sungai.lepas tu kena baham dengan buaya,yang teman dengar...gelak tawa manusia berakal,tapi tiada ihsan.
Sahabat kata akal letak kat kepala lutut,sebab tu bebal!

Ada orang biakkan kucing atau anjing untuk niaga.Bila tak mencapai matlamat,kucing tu terabai...
Bila tak untung..kucing2 tu akan di biarkan tanpa pengawasan.
Bila kena serbu!macam2 lah alasannya.
Yang pasti...kucing tak boleh di niagakan.Tapi...ramai aje yang berjual beli....
Ramai yang cuba membantu...tapi ada aje agenda tertentu dari pihak yang tak berkenaan.

Ada yang pungut derma untuk kucing2 gelandangan.Tapi...selepas di siasat....
Semua duit derma masuk kocek sendiri.
Akhirnya...kucing2 hidup sendiri,Nak berdikari,hidup dalam sangkar besi.
Bagus orang Vietnam,makan terus!
Teman gi Vietnam,langsung tak nampak kelibat 2 binatang ni...
Bersih dari bau busuk najis kucing dan anjing...
Katanya....kucing sekilo RM60.00 sahaja,anjing hanya di bela untuk jaga kebun,selebihnya di makan sampai ke tulang.
Sahabat kata lagiii teruk!makan terus!
Teman kata elok makan,dari dera....
Sahabat setuju...betul juga,makan labih baik dari mendera.

Semuga kite semua terhindar dari sikap kejam tu...
Semuga kite selamat dunia dan akhirat.




Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

KUIH RAYA