CERITA KAWAN YANG DI NGURAT ANAK IKAN

KELAKAR TAPI SANGAT MENAKUTKAN

Kawan teman ni simple je orangnya,tapi gaya macam orang ado ado.
Pada satu hari di ke klinik berhampiran tempat tinggalnya.Klinik yang selalu dia kunjungi yang selalu dia datangi bersama keluarga.
Suami,anak2 semua akan ke klinik tu sebab dekat dengan rumah.

Sekian lama dia berurusan,sehingga dia kenal dengan semua staff yang ada.
Apa2 pun....staff tu dia anggap macam anak2 dia je...
Muda2 dan sebaya anak2 nya.

Keesokkannya,dia dapat satu pesanan ringkas dari salah seorang staff klinik tu,dia layan tanpa fikir yang bukan2.
Berbalas msg bukan bermakna dia suka...
Tapi menghormati staff lelaki tu sahaja.
Teman kata kenapa kau layan?
Laaa dia tanya aku baik2,aku jawap le baik2...
Tu je....

Tak habis kat situ,msg beberapa hari kemudian datang lagi...Kali ini lebih serius.
Pujian melambung lambung,sampai kawan tu lemas dan geli geleman.
Kenapa?
Staff tu budak muda,lepasan SPM rasanya,sedangkan dia seusia dengan teman.
Budak zaman sekarang dah gila2 belaka.Tak tahu apa yang dia nak dari kite.

Kawan tu tak layan...dia merenggek minta perhatian,macam2 dia katanya..
Dia kata bila nak datang klinik?
kawan tu jawap tak sakit,tak payah lah gi klinik.
Dia kata lagi...datang lah,saya nak tengok muka Puan...
Kawan jawap kenapa pula nak tengok muka saya?
Nak tahu dia jawap apa?
RINDUUU....
keh keh keh....rasa nak pengsan kawan tu membacanya.Geli geleman anak tekak aku baca msg budak tu,aku bagi kat Farid,dia gelak je...jangan layan!budak2 tu...
Betul...budak2 kite jangan layan..Tapi menyusahkan kite!lepas ni jangan harap le aku gi klinik tu lagi.

Persoalannya.
Apa yang dia nak dari aku?kata kawan tu
Aku orang tua,sebaya dengan mak dia,apa yang dia nak dari aku?cuba kau orang fikir....
keh keh keh...
Dia nak KAU LAH!dia ingat kau orang kaya....dia ingat kau sunyi,orang kaya kan selalu sunyi,suami outstation.
GILA!
Dia tak tahu...kite dah nak manopouse!kalau dia tahu.......mesti cancel!
Teman kata aku rasa dia bukan nak kau,dia nak duit kau je..Budak sekarang nak tumpang senang.Kalau dulu budak perempuan kaki cukur,sekarang ni...budak jantan pun nak jadi kaki cukur!

Tulah kan....
Masyarakat kite makin rosak,makin teruk di akhir2 zaman ni.
Budak dah tak kenal orang tua,orang tua pun dah tak kenal budak2..
Alahai.....


Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

APA HUKUM GUNA MINYAK PENGASIH PADA SUAMI?