CELOTEH ANAK

PEMBELAJARN DALAM BAHASA ENGLISH

Anak teman masuk umo 11thn.Seorang yang petah,keletah dan spontan bila berkata.Dia kata...ibu setuju tak pembelajaran dalam Bahasa English?
Teman jawap okay je...pada teman,bagus untuk dia juga...
Baguslah,kite digalakkan untuk belajar 3 bahasa.BI salah satu lah...
Dia kata..saya tak setuju!ada kawan2 yang tak tahu bahasa English akan terus bodoh,ketinggalan dalam pelajaran.Ibu tau tak?ada kawan saya stupid pun tak tahu!dia tanya  cikgu...
Teman tanya balik....cikgu kata apa?
Cikgu kata bodoh!
Kelakar tau ibu!stupid pun tak tahu!
Teman umpan lagi kenapa adik tanya soalan tu?
Dia jawap saya tengok,ada kawan saya tak faham....terus tak buat soalan tu,saya pun kesian...Orang bodoh akan terus bodoh.Orang pandai akan terus pandai...
NAMPAK?
Budak kecik je yang beri pendapat.Mungkin orang bandar dah biasa speaking,orang kampung...
Haram nak cakap omputih!
Sebab dah bercakap melayu dari kecil sampai tua!

Harap2 PPD tak perlulah sibuk mengkaji bagai!sistem yang ada ni di baik pulihkan...
Dan di guna pakai hingga akhir hayat.kalau nak peningkatan sekali pun...tak perlu jauh sangat dari sistem yang ada...
Ubah sikit2...
Yang penting!
Akhlak di bentuk dulu...baru buat benda lain...
Yang penting!
Anak2 bahagia bukan derita bila ke sekolah.
Biarlah anak2 kite mencorak diri mereka dengan bimbingan...Bukan memaksa anak2 jadi robot!
Bahasa English tu bagus.Untuk kehidupan harian.Untuk pertuturan dengan orang asing.
Tapi...tak semua baik untuk kite mungkin malang bagi mereka.

Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

APA HUKUM GUNA MINYAK PENGASIH PADA SUAMI?