15hb JANUARI 2018

ANAK TEMAN SAH PEGUAM MALAYA

Lepas SPM,anak teman kata tak nak lagi ada kaitan dengan kire mengire ,formula bagai!
Kite tak nak ambil bidang yang ada kire mengire..
Spontan ayah kata ambil lawyer.
Keputusan ayah dia ikut,dia mengorak langkah sebagai mahasiswi dia UIAM.

Dek anak pertama....dia sangat istimewa.Semua cuba kami sediakan.Semua kemudahan di beri agar dia selesa.Pantang sebut!semua pasti dihantar.
Ibu...panaslah....esok lusa sampai kipas
Ibu...susah tak ada printer...esok lusa printer sampai.Pendek kata..pantang sebut!pasti cuba kami adakan.
Asasi di PJ setahun setengah,setiap 2 minggu teman MESTI datang.Kalau dia tak balik rumah,teman pasti redah jalan jumpa dia...
Lepas asasi dia ke UIAM Gombak..
Lawatan tetap sama....
Dia teristimewa hanya kerana dia anak pertama yang duduk di luar.

Lepas dia,anak ke 2 dan ke 3 keluar tinggalkan teman dan ayahnya.
Sedih?
Mula2 dulu sedih,lepas pengalaman pertama teman dah tak sedih lagi..
Bagi teman...terpaksa!tiada pilihan.

Anak teman bukan ketegori genius,biasa2 je...teman hanya pesan,tak dapat anugerah DEKAN tak mengapa,asalkan tak mengulang.Jangan buang masa mengulang ngulang subjek.
Jalan terus!
Teman selalu beri amaran...kalau nak main2 balik kerja kat kedai runcit di pekan.
Teman tak suka anak yang main2 atau tak menghargai peluang yang ada..
Satu pujian buat dia....walaupun bukan bidang dia,tetap sukses!
Semuga dia akan terus berjaya di masa akan datang....

Pada 15hb lalu,dia dengan rasmi di terima sebagai peguam.
Di sarungkan jubah hitam oleh mentornya...
Alhamdulillah......anak teman kini bergelar peguam.
Satu anugerah yang hebat.Hasil usahanya sendiri...
Teman selalu pesan....ibu bising2 tapi faedahnya kau orang yang dapat.Bila naik pentas,ibu hanya jadi tukang sorak.Tapi yang berjalan gagah di pentas kamu semua bukan ibu atau ayah.
Bila dapat segulung ijazah,nama kamu2 yang tertera kat atas tu,bukan ibu atau ayah...
Maka sebab itu....
Hargailah peluang yang ada.....

Ucapan penghargaan yang dibaca,buat hati teman dan suami sayu....
Dalam diam...teman tahu dia sedar kami amat menyayanginya dan inilah buktinya.
Dia berjaya buat kami gembira.





Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

MAJLIS KAHWIN