Posts

Showing posts from 2018

SELAMAT TAHUN BARU 2019

SELAMAT JALAN 2018

Teman dah tua...
Tak berapa meriah nak sambut tahun baru atau tahun lama.
Yang teman tahu...beralihnya tahun bermakna umur tambah lagi setahun.
2018 teman 50thn
2019 pastilah jadi 51thn.
Angka tu tak menarik hati.Seandainya ALLAH dah tetapkan sejak azali mati teman pada umur 60thn,maka.......dah tolak bagi...baki tinggal 9thn.
Awak semua fikir,teman ada masa untuk happy?
Tidak....
Angka meningkat hati makin berdebar debar.
Banyak perkara yang teman fikir...
Anak2 belum lepas lagi,masih ada yang belajar...
Sahabat kata ALLAH jaga....jangan susah hati.
Benar....ALLAH jaga,tapi....sebagai ibu teman nak juga tengok anak2 menikah,dapat cucu...
Sahabat kata....dah ajal,nak macam mana...
Benar...ajal maut urusan ALLAH,cuma mohon ALLAH panjangkan usia untuk tambah pahala.

2018 teman suka sebab....umur teman 50thn,boleh keluarkan EPF.
Dapat duit siapa tak suka kan?
Amboi...suka benar teman masa tu,duit masuk pada tarikh hari lahir kite,kalau tak pagi petang atau malam.
Yang …

DI LARANG MEROKOK

Image
KEPUTUSAN BAIK UNTUK KESEJAHTERAAN KITE BERSAMA

Dulu...
Suami perokok tegar,sejak dah berhenti,dah lama tak bau asap rokok.
Lupa dah macam mana baunya.

Dulu..
Suami merokok jauh dari kami,cuma kalau travel jauh,takut dia mengantuk,pelawa juga untuk dia merokok.
Bagai orang mengantuk di sorongkan bantal!
Laju je cucuh rokok kat bibir.Laju je bakar hujung rokok hingga keluar asap.
Itu dulu...
Sekarang tak lagi.

Cuma...
Masalah teman,anak bujang dah jadi perokok.
Teman tak pasti sebab tak pernah nampak dia merokok...kadang2 ada bau yang teman pernah hidu beberapa tahun lampau.
Bila ditanya....merokok?
Dia akan jawap TAK!
Okay...teman anggap jawapan dia benar dan jujur..
Kalau di menipu,itu urusan dia dengan TUHAN.

Bila kerajaan perintah dan sekat kebebasan merokok di tempat awam.
TEMAN SETUJU!
TEMAN ANTI PEROKOK!
Kalau hangpa semua dah jadi mak dan bapa..Hangpa semua akan faham kenapa teman suka dengan larangan ni.
Larangan ini buat teman bangsa jadi rakyat Malaysia.
Larangan ni buat tem…

KFC NAIK HARGA

BUKAN KE KFC HARI2 NAIK HARGA?

KFC naikkan harga?
Walhal...teman dah perasan,KFC bukan hidangan murah untuk di makan.
Kadang2 bila teman beli....1 set dinner plate,nugget 2 biji,air gas tukar milo ais jumlah jejak 35ringgit,
Murah ke tu?
Mahal gilla!
Sekarang naik harga pulak?Memang sah2 lah orang kaya je makan KFC,orang biasa2 macam teman...makan ayam goreng berempah je le.
Ayam keluaran orang2 kite..
Nasi ayam berempah,ada sambal belacan dan kuah kari pekat.
Sedap hingga menjilat jari.

KFC naik harga?
Kenapa mesti panik,BOIKOT je...
Tak makan KFC tak mati kan?ayam goreng KFC tak sedap lah...
Tak garing tak berasa.Tak boleh lawan ayam goreng mak kite...Ada bau rempah ratus.
Ayam KFC kembang semacam...bau pulak tu.
Kalau tanya teman....itulah jawapnya.TAK SEDAP!MUAK! tak boleh makan banyak2....mual tekak.

KFC naik harga?
Kenapa mesti kalut?BOIKOT je...
Tak lama lagi dia turunkan harga.Ini semua politik punya pasal!
Sahabat kata mandai je...sikit2 politik sikit2 politik.Harga barang da…

BUKU LATIHAN ANAK2 2019

DAH MACAM GUNUNG JUGA.

Dari anak 1 hingga 5,setiap awal tahun...dah  jadi rutin ,sampul buku.
Sahabat kata suruh je anak tu!
Boleh je....alamat tak sampul atau sampul tapi tak kemas.
Sahabat kata manjakan sangat anak2 tu.
DAMM!
Bak sembilu menusuk ke kalbu.Bukan manjakan tapi malas nak layan kerenah mereka.
Jika tak bantu,sampul ke mana,buku ke mana..hasilnya...mereka bercekau!
Sahabat kata garang sikit,jangan lembek2.
Yalah tu.....

Setiap tahun,buku latihan baru di beli.Walhal...buku latihan tahun lepas masih ada lagi.Tiada pilihan..
Masa beli buku,bayar sekian dapat 1 pack buku yang dah di plastikkan dengan kemas.
Tiada pilihan...
Sahabat kata u tak bagitahu,cuba lah ringan mulut bertanya..
Entahlah....
Anak sulung dah 26thn,anak kedua 23thn anak ketiga 22thn ...itulah pemandangan yang teman nampak.
Dah pack tiada pilihan.

Tak mengapa...
Mungkin tahun ni, last guna buku,tahun depan...insyaALLAH dah pakai komputer riba.
Sahabat kata yalah tu.........nunggu sampai kucing bertanduk le.

GARA2 RM10,AYAH SIMBAH AIR PANAS PADA ANAK

HINGGA MELECUR!

Baca tajuk....
Tak patut ,tak patut....
SEPULUH RINGGIT sahaja,sanggup simbah anak dengan air panas?
Merepek betul!
TAPI....
Kite kena fikir banyak perkara sebelum jatuhkan hukuman kat ayah tu.
Dalam masyarakat kite ada golongan kaya,sederhana ,miskin dan termiskin sekali.
Keluarga ni bukan dari golongan selesa,mereka mungkin dari golongan paling hujung iaitu TERMISKIN.
Orang kaya,orang sederhana dan orang miskin akan kata...bapa apa macam ni,10 ringgit sampai sanggup jirus anak dengan air panas?
Melampau!
Tapi...
Hanya orang termiskin sahaja  tahu nilai 10ringgit tu.
Jumlah tu sangat bernilai.Jangan kite nak membawang macam2.Kite kena pandang dari satu sudut lagi...iaitu anak tu sendiri.
Mungkin selalu mencuri,mungkin mencuri untuk beli yang bukan2.
Maklum budak2 sekarang ramai yang tak sedar diri,yang selalu buat ibubapa stress.
Kite tak tahu apa sebenarnya yang berlaku.
Salah anak,salah ibubapa atau salah kerajaan?
Sahabat kata apasal kerajaan?
Yalah...kerajaan tak …

ALLAH AKTIFKAN GUNUNG GANANG DI INDONESIA

Image
KERAP MELETUP DI SANA SINI

Kite bersyukur,Malaysia luar dari lingkaran api Pasifik.
Kite selamat dari letupan gunung berapi yang pasti mengerikan.
Kite selamat dari bencana alam yang amat sengsara.
Tapi...
Kite jangan suka sangat,tiada yang mustahil bagi ALLAH.

Baru2 ni Pakar jumpa gunung berapi dalam laut setinggi 4km.
4km?
Oh TUHAN semuga kite semua selamat.Rasa2nya kalau meletup mahu merecek tinggi air laut.
Gunung sangat besar dan tinggi,di daratan tiada gunung setinggi ini kecuali Gunung Jayawijaya di Papua kata Pakar lagi.
Ke aktifan gunung tu Pakar belum tahu lagi,yang pasti....Gunung berapi dalam laut lebih bahaya kalau banding gunung di daratan.
NAMPAK?
Penemuan baru yang tak boleh buat kite tido lena.
Sahabat kata...bukan kat negara kite.
Aduhai...tak sensitif langsung.Kan dah kata tadi...Tiada yang mustahil bagi ALLAH.

Jika meletus,tsunami pasti kata Pakar lagi...Malah lebih hebat lagi...
Kepada kawan2 di Indonesia,bertahan lah...
Sepatah kata Pak Jamal....Mengapa mesti tak…

BILA KITE TAK FAHAM KERJA NURSE

JADILAH MACAM KES LINDA RAFAR

Sebenarnya teman tak faham apa yang berlaku.Dengar2....Linda minta tukarka cadar yang terkena najis dari pukul 3pg.Malangnya sampai waktu melawat,permintaan Linda tak di layan.
Sebut hospital kerajaan....
Dalam otak kepala ni dah tahu apa yang Linda maksudkan.

Dari pukul 3 pagi,Linda minta cadar baru untuk ganti cadar yang terkena najis.Malangnya....tiada nurse yang memberi respon membantu.
Linda....
Saya nak ingatkan awak,Hospital Kerajaan bukan seperti Hospital swasta.Beza antaranya sangat ketara,
Saya pernah jaga abah saya di Hospital Kerajaan dan Swasta.Beza bak langit dengan bumi.
Nak tahu kenapa?
Swasta berbayar..
Kerajaan FREE..
itu je...
Swasta....semua benda yang kite minta tu bukan FREE,cadar yang dibawa dari Operation Room bukan atas permintaan kite ,bila tengok bil RM30.00 sahaja.
Cawan comel untuk letak ubat...RM4.00 sahaja.
Tilam extra untuk kite lunjur kaki....RM53.00 semalam.
Itu belum lagi benda2 lain....semua bukan FREE....
Semua berbaya…

KAWAN SAKIT TIBA2

SEDANGKAN BARU JE PINJAM 3 RIBU

Adik teman ada pinjamkan sikit duit pada kawannya.
Duit tu untuk kahwinkan anak.Nak buat majlis tak cukup duit katanya.
Entahlah...teman tak berani komen,hidup ni adakalanya tak pernah ikut acuan.Ada saja perkara yang tak di rancang keluar di saat2 akhir.
Kawannya nak kahwinkan anak.Puas cari duit tetap tak mencukupi.

Anak lelaki....
Patutnya tak payah buat majlis pun okay je..
Maklum...lelaki boleh kahwin 4 kali.Kahwin pertama tak meriah,InsyaALLAH kahwin kali ke 2 boleh meriah dan seterusnya.
Tapi...
Dengar2 bakal menantu MUA suam2 kuku kat Kolompo.
Demand macam2,maklum....MUA,mestilah buat majlis meriah.
Mangsanya...bakal suami anak kepada kawan adik tu.Biarlah teman tukar nama dia sebagai Kak Mas sahaja.

Kak Mas kerja kerani,dok tengah2 bandaraya Kolompo.
Masalahnya...majikan Kak Mas tak suka bayar gaji.Kerja dah bertahun tahun,tunggakan gaji dah bertimbun.
Bila tahu cerita ni mesti orang akan kata...kalau tak bayar gaji,kenapa gi keje?berhenti je l…

HANTARAN ZAMAN SEKARANG...

MERAPU RAPU...

Kalau dulu,hantaran biasanya sepersalinan pakaian,aksesori untuk solat,kasut,bag tangan buah2 dan manisan.
Bila zaman makin maju...
Hantaran dah jadi pelik2.Ada letak games PS4,helmet,hp dan lain2 benda yang mereka rasa sesuai letas dulang walaupun dapat bantahan dari keluarga.
Dan...jangan pelik,PS5 dah nak maiii....harap2 kotak tak besar sangat,muat2 dulang hantaran.

Baru2 ni,anak sedara teman nak menikah tengah bulan ni.
Bab hantaran kami makcik2 dia akan rewang buat sama2.Bila di minta barang2 yang nak digubah.Anak sedara tu pun bagi le...
Ada 9 semuanya termasuk sirih junjung,manisan dan buah2an.
Bila buka kotak kasut....subhanaALLAH!boot Timberland.
Bag tangan feminin,kasut?
Boot!
Nak ke mana le dangan kasut tapak tebal tu?
Biasanya orang letak kasut2 runcing tumitnya.Sesuai le dengan acaranya.
Kalau boot,sesuai untuk hadiah harijadi ke...hadiah untuk hari2 istimewa ke...
Kalau acara kahwin2 ni,beli le kasut Jimmy Choo ke...atau jenama handal yang lain yang lebih …

RUTIN HARIAN SEORANG EMAK..

KE PASAR....CELIK MATA INGAT PASAR.

Sebut pasar,teman benar2 tak gemarkannya.
Pasar pekan ni,pasar lama...
Pasar yang berusia beratus tahun,mungkin dari zaman Ching Peng berkuasa.
Pasar yang buruk ,Majlis mungkin tiada hajat nak baikpulih atau nak nampakkan ke ORIGINAL pasar lama ini.
Lopak sana sini...
Kalau teman pii sana,angkat kain tinggi2.Tak boleh pakai kasut tumit tinggi tak boleh catwalk,tak boleh hidung tinggi,kena rendahkan pandangan bukan sebab apa...
Sebab takut kaki terjerlus dalam parit tak bertutup atau penutup yang dah rosak atau terpijak kucing atau terpijak najis binatang.

Sahabat  dari selatan bertanya...
Tak ada pasar2 cantik ke?
Ada...Aeon,TF,Billion,Econsave,Giant OPSS!dah tutup....lupa...sorry.

Sahabat tu tanya lagi...
Tak ada pasar macam tempat kite ke?
Tak ada!yang ada semua pasar busuk....OMG!
Sahabat kata...Oii!pasar memang le busuk!Mana ada pasar wangi...
Ngade2lah ko ni..
Keh keh keh...ya ke tak ada pasar wangi?kalau macam gitu,pasar aku tu kire normal le.…

PESAN SAHABAT KALAU KE THAILAND

Image
JANGAN LUPA KALAU KE HATYAI,JANGAN LUPA POSING KAT IKAN DUYUNG...

Aduhai...plan nak ke hatyai terbatal dengan sendiri.Penat teman mentelaah pasal Hatyai,penat borak2 dengan kawan yang pernah ke sana.
Banyak juga bil phone.masa borak dengan sahabat yang asal dari sana.

Tergiang giang pesannya...
Jangan lupa ambil gambar dengan ikan duyung.kalau tak gambar dengan ikan tu,tak bermakna trip u..
Teman ingat pesan dia...
Ikan duyung tu mercu tanda....S
Sesiapa yang pergi sana,mesti bergambar kat ikan tu,setakat cakap tak ada bukti...
Bolayan!

Tapi...
Baru dapat berita,banyak bom meletup kat kawasan Songkla,Dengar lebih dari 5.
Kenapalah kite perlu bermusuhan.Cuma le hidup sepakat.
Kenapalah nak bom sana sini.Setakat tak puashati....bom le tempat lain.Dok bom tempat2 peranginan macam tu...APASAL?

Sahabat pernah pergi ke sana,jalan jauh sampai ke Krabi,
Dia pergi dengan orang sana,anggota polis Thailand.Kata sahabat....dia tahu tempat2 yang tak baik.
Betullah tu...
Dia kan polis?
kalau polis …

UPKK

UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA

Setiap kali pekse,semua ibu harap yang terbaik dari anak2.
Paling2 dapat le 4A...
Paling2...ada le A
TAPI...
kalau mereka pulang bawa banyak E pun...kite apa  boleh buat.Redha...

Setiap kali pekse,kite doa agar anak2 di permudahkan oleh'NYA'
Dapat jawap dengan tenang lancar,itu dah mengembirakan.
TAPI....
Jika mereka masih dapat banyak E,apa kite boleh buat...Redha juga.

Cuma satu lah....
Kepada ibubapa yang anak2 cemerlang,tak perlu lah gembar gemburkan dalam media sosial.Seksa hati ibu2 yang anak bawa balik banyak E tu,kalau boleh telan,dia telan anak2 tu.
Harap ibu2 yang anak2 cemerlang,sila ambil ikhtibar.
Anda gembira,masih ramai yang berduka.
Anda suka,masih ramai yang menangis sampai bengkak mata.
Maka...
Peka le sikit.
UPKK je kot...
Tak payah suka sangat sampai pamer dalam FB,dalam IG dalam semua media sosial.
Seksa kami ibu2 yang anak2 suam2 kuku.

Sahabat kata biarlah!anak mereka berjaya.
Betul....anak mereka berjaya,mereka gembira tapi ana…

BUDAK MATI KENA DERA LAGI

BILA ORANG BESAR DERA ORANG KECIL....MESTILAH JAWAPANNYA 'MATI'.

Berlaku di Johor Darul Takzim,negeri teman yang indah.
Sayangnya....manusia dalam negeri tak seindah namanya.Jahat sangat!
Setiap hari ada je kes budak kena dera.Sampai mati pulak tu!setakat pukul bantai...itu normal.Maklum....budak2 kadang2 mencabar iman.
Tapi...
Jangan le sampai patah riuk,sampai mati..
DOSA bunuh orang ate anak sendiri.Budak2 tu tak salah,kite yang salah....kalau mereka tau,mereka jadi beban....insyaALLAH dari dalam perut mereka akan minta ALLAH cabut nyawa.
Tak sanggup bebankan ibubapa mereka.

Kali ini ayah betul.ibu sahaja yang tiri.
Kelmarin ibu betul,ayah pulak yang tiri.
Atau....
Ibu betul.....ayah?
Sekadar hanya teman lelaki ibu.Begitu sebaliknya.
Sayangkan?
Anak kecil ditimang di puja,bila dah besar di pukul bantai sampai mati.
Kesian anak2 tu,kesian lagi ibubapa tu....
Mati anak,maka berakhirlah kebebasan mutlak seorang manusia.Bersabit kesalahan penjara jawapnya.
Kesian kan?
Apa lah m…

ISTERI JANGAN HALANG SUAMI LEPAK..

KALAU NAK RUMAH TANGGA BAHAGIA.

Macam tak kene je tajuk ni kan?
Catatan dari seorang isteri yang menyokong hobi suaminya sebagai pelepak tegar.Hari2 dia sokong suami dia melepak
Alhamdulillah,sejak kahwin sampai sekarang,suami teman tak suka melepak.WALHAL!suami teman pernah diketegorikan pelepak tegar.
Itu dulu...
Zaman bujang2...
Bila dah kahwin,suami teman buang semua tu.Dari awal kahwin,suami teman tak keluar melepak lagi.
Bukan sebab dia takut bini,tapi....mungkin lah dia dah jemu untuk melepak apatah lagi dia di kelilingi oleh kawan2 lebihkan keluarga dari kawan.
Dah nak masuk 27thn,dia tetap tak akan melepak kecuali jika ada keperluan atau saja2 nak jumpa kawan2 yang datang dari jauh ke pekan kami.

Teman dok dekat dengan Pulau Pangkor.
Bila kawan2 datang ke mari,insyaALLAH mereka akan luang masa dengan kami.
Tak kire jumpa di mana,asalkan dapat jumpa.
Istilah melepak bukan kemestian.Ada masa....kami melepak sama2.Ada masa teman lepak dengan kawan2 sejantina,dia pun begitu juga.…

BILA ANAK TINGGALKAN KITE

JANGAN SEDIH,ALLAH SENTIASA ADA UNTUK UBAT HATI KITE YANG LARA

4 tahun lalu,anak dia tinggalkan dia hanya kerana cakap2 orang.
Cakap2 orang yang kata emak dia buat dia sampai jatuh miskin.Bila kite yang waras dengar...
Mesti akan kata tak menesabah!mana ada emak buat anak?
Mana ada seorang emak amalkan ilmu hitam untuk rosakkan rumahtangga anak2.
MANA ADA?
Kalau ada.....mesti emak tu sudah GILA!

4thn lalu,si emak menangis hari2.Pantang sebut nama anak,mesti meleleh air matanya...
4thn , kami juga terputus hubungan dengannya.Marahnya pada keluarga sendiri tak ada ubatnya.
Tapi...
Sejak bulan 8 tahun lepas,dia mula berbaik baik dengan anak sedara kami yang seorang ni.
Mula2 dulu...
Dia teragak agak nak cerita mengenai keluarganya.
Dek anak sedara seorang ni pandai simpan rahsia..Dia mula rajin bercerita.
Aku marah sebab adik aku selalu up status kat IG.Bini aku tak sanggup baca...
NAMPAK?
Up status bukan penyelesaian,tapi beban tak tertanggung.
Aku marah keluarga aku sebab....emak aku b…

SELAMAT PENGANTIN BARU

SEMUGA KEKAL KE ANAK CUCU

Kelmarin,teman di ajak emak ke majlis kahwin sepupu sebelah mak.
Teman di ingatkan supaya bawa baju kurung,sekaligus tak ada alasan untuk tak pergi ke majlis tu.
Teman sampai ke pekarangan masjid lebih kurang pukul 9 pagi,ketika majlis sedang bermula.
Teman perhatikan pengantin perempuan..
Ringkas dan tak berlebihan.

Selepas sepupu teman berjaya melafazkan akadnya.
Teman lihat pengantin perempuan menangis tersedu sedu.
Dengar2 kelilingnya hanya adik beradik dan emak sahaja.
Dengar2 ayahnya dah meninggal dunia,yang ada hanya keluarga terdekat.
Dengar2 ibunya buta akibat sakit yang teman tak jelas.

Aduhai....
Jika kite susah,masih ramai orang yang lebih susah daripada kite.
Jika kite sedih...masih ramai orang yang lebih sedih daripada kite.
Muhasabah diri wahai kawan2..

Masa bersalam salaman...
Dia datang ke arah teman dan yang lain.
Masa gesel pipi,teman terhidu bau tak enak di hidung.Biasanya...pengantin mesti wangi tapi tidak dia...
Bau dia tak wangi,bau dia…

BAPA BERCERAI WAJIB BAYAR NAFKAH ANAK2

SEMUGA ANAK2 MANGSA CERAI TERBELA

Cadangan yang baik.Elok2 benar tu.Ramai sangat bapa2 tinggalkan anak2 yang macam tangga terbiar merana.Kite yang tak de kene mengena yang kena ambil tahu.
Letih bila dapat tahu,kawan2 susah gara2 bercerai berai.
Terbaru...
Seorang kawan di tinggal suami gara2 si suami sedang bercinta dengan perempuan Indonesia.
Pada mulanya dia tak tahu skandal suami,bila tahu je,suami dia BLAH macam gitu je.
Suami terus hilangkan diri,lebih parah.Semua akaun di block,telepon pun block.
Hamba ALLAH ni nak makan pun tak ada duit.
Mula hari tu,tinggallah dia dan anak2 meneruskan kehidupan yang semakin sukar.

Kalau dulu,dia dan anak2 di tatang bagai minyak yang penuh.
Laa ni.....minyak dah tertumpah ke lantai gara2 suami dah leka dengan cinta baru.
Mangsa?
Teman ni ahhh!
Kiteorang main kutu,turn dia dah sapu habis!laa ni turn orang lain,dia sapu bersih!gara2 suami tinggalkan dia sehelai sepinggang.
Dalam hati..kenapalah si suami tu tak buat perangai lepas kutu kami habis…

PILU HATI SEORANG ANAK...

YANG JARANG KITE TAHU....

Semalam,teman habiskan masa bersama kakak dan anak perempuan di kedai urut.Bukan kedai urut haram tapi kedai urut halal dari segala segi.
Sebelum tu,kakak kata dia sakit kepala
Dia kata...badan dia pun sakit2,Jom teman aku gi urut.Badan aku sakitlah...
Teman okay je,maklum...sesekali balik kampung.Banyak tempat teman tak teroka lagi.
Teman membesar di bandar tu selama 39thn,tak pernah keluar2 ,bila balik sekali sekala....terasa macam kat kota London.

Masa teman sampai,anak belum ada lagi.Bila dia tanya...kat mana?
Dia akan jawap on the way...
Terpulang lah anak.....asal kan kau bahagia.
Kedai itu ada macam2 pakej...urut 1 badan ada...,setengah badan pun ada.Urut kepala pun ada,urut bahu pum ada...
Pendek kata....setiap anggota ada urutan tersendiri.
Sahabat kata orang cina berniaga,semua boleh!padahal sama je urutan dengan orang melayu.
No komen....hehehe

Urutlah aku belanja..kata kakak kesayangan.Begitulah selalunya,dia akan bayar sebab dia kaya.Banyak duit,…

TAKZIAH BUAT KAWAN DI INDONESIA

Image
BERTABAHLAH DENGAN DUGAAN DARI 'NYA'

2018 tahun dugaan untuk kawan2 di Indonesia dan kite di Malaysia.
Dugaan kite dari segi ekonomi dan politik
Dugaan mereka menyeluruh!
Politik,ekonomi dan bencana alam.

Kite hanya mampu doakan yang baik2 buat mereka TAPI.....mereka lebih cekal mengharungi semua.
2017 teman ke Bandung
2018 teman ke Jogyakarta dan Bali...
Walaupun ramai tanya...kenapa pergi Indonesia?sekarang kan banyak gempabumi.
Sebenarnya....soalan tu tak patut di tanya,kite kan percaya qada dan qadar?kite kan percaya takdir,maka......tawakkal pada ALLAH.
Malapetaka.bencana semua tu urusan ALLAH.
Kite bak boneka di muka bumi ni,jalan sahaja....solat dan lakukan perkara yang baik2.Selebihnya....itu bukan urusan kite.

Teman dah pergi 3 tempat...
Rata2...kite tak nampak mereka cemas.
Mereka jalani kehidupan seperti biasa.Mereka tak terusik dengan gempa ate.....teman berada di sebelah gunung Batur yang berasap.Yang lerengnya masih ada kesan2 lahar,penduduk tetap macam biasa,kel…

KISAH RUMAHTANGGA...

SUDAH JADI RESAM DUNIA....POLIGAMI SATU YANG MENYAKITKAN..

Teman telefon seorang sahabat di selatan tanahair.
Saja saja....
Tujuan asal sekadar tanya khabar,tapi macam biasa....
Banyak sangat isu semasa yang perlu di bincangkan.
Sahabat kata itu bukan berbincang tapi membawang.
Keh keh keh..
Membawang membawang lah.....yang pasti jangan sebut nama.

Sahabat tu kata....si polan dah kahwin dengan kawan lelaki kite.
Mula2 dapat bantahan.tapi dek jodoh panjang segala rintangan dapat di atasi.
Teman tanya rintangan apa?Kawan perempuan tu kan janda dah lama,yang lelaki baru bini satu,kosong empat kan?
Sahabat kata senang le kau cakap!huru hara!

Biasale...
Poligami bukan macam makan mee...
Poligami sesuatu yang digalakkan tapi tak di sukai perempuan.
Tapi apa kan daya,kalau suami dah kepingin sangat,apa nak buat....Redha je le...

Sahabat cerita lagi...
lepas 1 bulan kahwin,sipolan sakit.Puas berubat sana sini.Sangkanya dia kena buatan orang.
Tapi tak tahu siapa.
kebetulan dia bermadu,dan past…

KAWAN KECILKU DAH PERGI...

Image
PERGI TAK LAGI KEMBALI...

Teman kenal dia dari zaman sekolah kebangsaan.
Orangnya tinggi lampai.
Lepas pindah sekolah tahun 1981.Teman tak jumpa dia lagi.
Hingga beberapa tahun yang lalu,baru teman jumpa kembali.
Dia tetap sama....
Kurus,tinggi dan kulit sawo matang.
Orangnya kreatif,pandai menjahit,memasak dan pasang labuci.
Walaupun tak rapat dek lama terpisah...Teman kenal dia dalam ingatan.
Dewi Jamilah...nama unik di Malaysia.

Tak lama kemudian,teman dengar dia menikah lagi dengan kawan kami.
Tak lama kemudian,teman dengar dia sakit2.sangkanya sakit buatan orang.
Puas berubat sana sini..
Akhirnya dia di sahkan Kanser payudara tahap 4.
Buah dada membengkak tinggi.Apa kan daya...semuanya dah lewat.Doktor hanya manusia biasa,dalam pandai,kadang2 tak semua mereka tahu.
Lepas pecah....baru tahu kanser dah menjalar ke seluruh anggota badan.

Awal pagi ni,teman nampak status kawan2 menunjukkan kesedihan dengan kehilangan seseorang.
Teman cari akal...siapa yang dia maksudkan.
Ooo...rupany…

BALI

Image
PERJALANAN MENARIK DI BALI

Teman plan saat akhir.Anak dara teman yang urus semua.Tau2 semua dah tersedia,walaupun punca wangnya dari kocek ayahnya dan bukan dia.
Sebelum pergi...
Hati berdebar debar juga...
Emak teman bising,dia kata...Indon gempa!buat apa pergi sana?
Teman cuma kata...
Emak kite dah tanya pemandu pelancong itu tu.
Dia soal kite balik...
Ibu takut gempa kah?usah takut ibu...kite kan ada ALLAH.InsyaALLAH ,ALLAH akan jaga kite.
Fuhh!berpeluh kepala,merah padam muka..
Yang pasti...teman hanya doakan agar perjalanan ini selamat.
Aminn..

Kami bertolak  pada pukul 10.30 pagi,perjalanan memakan masa selama 3jam.Doa baca setiap kali teringat,bukan apa...takut menjunam macam Lion Air.
Ngurah Rai International Airport mengalu alukan kedatangan kami.
Dalam hati....besar juga airport Bali,cantik dan bersih walaupun tak secanggih KLIA kite.
Petugas2nya pun baik2 belaka,permulaan untuk satu perjalanan dinegara orang.

Perjalanan ini di uruskan oleh seorang lelaki yang hanya dikenali…

BRIDESMAID @ PENDAMPING PENGANTIN PEREMPUAN

GROOMSMAN @ PENDAMPING PENGANTIN LELAKI

2 watak ni terlalu asing bagi teman
Dulu....semua ni tak ada,yang ada cuma Pak Andam atau Mak Andam dan pembantunya.2 orang sahaja.Kalau ada watak tambahan,cuma petugas2 yang mundar mandir pasang pelamin.Itu sahaja.
2 watak ini hanya ikutan ,maklum kite memang suka mengikut.
Tapi....
Selagi tak ganggu akidah,teman okay je.

2 watak ni membawa peranan sebagai pengiring mempelai.
Dulu....hanya Mak Andam atau kawan2 baik jadi pengiring.
Selalu kawan2 rapat yang sudi duduk tepi kite,mengipas kite supaya selesa.
Masa teman kahwin dulu...
Tak ada ni semua....sendirian duduk atas pelamin.Sendirian berposing sakan.

Sekarang lain..
Setiap kali anak2 sedara naik pelamin,mesti ada bajet untuk pendamping pengantin.
Baju sedondon mengikut tema.
Bagi teman,pendamping sekadar meriahkan majlis,mambantu sekadarnya.
Tugas mereka bukan menyeluruh tapi selagi mereka suka melakukannya.
Tukang angkat kain,tukang tangkap bunga....pendek kata...sekadar melukut di tepi g…

REUNION SEKOLAH

KALI KE 50THN

Kawan2 plan nak buat majlis pada hujung tahun ni,kawan2 ramai yang hadir...
Kau tak pergi?
Teman jawap tak..
Jom lah!last....mana tahu lepas ni tak jumpa lagi.
Teman tetap jawap tak lah....aku ada hal.
Jom lah!ramai yang datang...
Teman tetap jawap taklah...aku ada hal....
Muktamad!teman tak dapat menyertainya.

Kawan2 tanya kenapa ?jom lah....
Teman hanya mampu kata...aku ni jauh,rasa tak tercapai akal nak datang sebab pada 12hb,17hb January  dan pada 9/2 aku kena balik kampung lagi.
Kawan tanya kenapa?
Teman jawap lahan anak2 sedara aku kahwin.
Kawan2 baru faham....ooo..patut le....
Teman ucapkan selamat ber REUNION  buat semua kawan2 lama,semuga silaturahim terjalin mesra.

Teman dah sambut 50thn dengan kawan2 paling rapat.
Teman cuma harap kami di kurniakan kesihatan yang baik untuk berjumpa lagi.
InsyaALLAH pada hari anak teman kahwin!


EMAK JATUH LAGI

Image
ANTARA SEBAB EMAK2 KITE TAK BOLEH DOK SORANG2

Dalam tahun ni 2 kali emak jatuh.
Kali pertama awal bulan 7 kelmarin.Mujur tak ada yang patah atau retak,tapi lebam juga lah badan tu.
Emak teman dah tua,lahir 1941,zaman Jepun mai Malaya.
Tahun ni bermakna umur emak teman 77thn
Kesihatan tak berapa baik...kencing manis,darah tinggi.semput semua ada.
Ubat mak satu bag!
Jujur teman kata...hanya emak sahaja yang tahu pasal ubat2 tu.
Maklum tak duduk serumah,maka....semua tanggungjawap dipikul oleh kakak atau adik beradik yang berdekatan dengan emak.

Semalam...
Dia jatuh lagi.
Katanya emak bangun nak tengok jam,tau2 emak jatuh.
Orang Johor panggil gayang.....atau perkataan mudah iaitu gelap mata.
Katanya lagi...emak nak solat tahajjud,nak tahu waktu je..
Dia rahsiakan dari anak2..
Tapi...mengadu dengan jiran sebelah rumah.
Semalam Mak Cik jatuh.Jiran pasang telinga.Memerhati dan mendengar sahaja butir bicara emak.
Sebaik mak balik...
Dia masej kakak dan bagitahu semuanya.Konon tak nak susahka…