MENGAJI DALAM KUMPULAN

CARA MODEN HARI INI....

Selalunya kite bertadarus di masjid atau surau secara live.
Masing2 akan datang bawa quran,bawa rehal dan mengaji secara berdepan.
Ada guru atau kawan2 lebih pandai menjaga bacaan kite.
Sekarang tak lagi....
Ada cara lebih moden sedang berkembang pesat di merata tempat.

Beberapa tahun lalu...
Cara ni dah wujud cuma dalam kalangan tertentu..
Kawan2 rapat,sanak saudara dan sebagainya.

Pada hemat teman,apa cara pun bagus.Yang penting semua mengaji mengaji sorang2 atau mengaji ramai2,semuanya bagus.Tiada bantahan bab ni.
Dalam satu kumpulan,mesti ada 30 orang ahli.Seorang mengaji 1 juzuk,habis baca maknanya semua khatam.
Masing2 akan mengaji di rumah sendiri tanpa pantauan.
Dalam kumpulan...misalnya teman kena baca juzuk 11,maka teman akan sudahi juzuk tu,lepas habis baca,maklumkan kat kawan2....okay,saya sudah habis membaca juzuk 11.
Semua ni ikut kejujuran...
Dalam ramai2,mungkin juga ada yang malas nak baca...
Atau tak tahu membaca...
Atau bacaan kurang baik,semua tu hanya ALLAH yang tahu...
Nawaitu....semua orang mesti habiskan 1 juzuk setiap seorang dan kaedah ni di kira LULUS!

Selalu di pelawa dek kawan2...Nak tak tadarus?selalu teman abaikan soalan tu,bukan apa....
Teman tak le pandai sangat mengaji.Setakat untuk diri sendiri okay lah...
Kalau dah sampai untuk orang lain,tanpa pantauan...rasa2nya tak ada keyakinan lagi.

Sahabat kata tak pe lah,belajar...
Teman jawap belajar mesti ada guru.....
Sahabat kata lagi tak pe...ALLAH tahu...
Teman jawap ALLAH tahu,tapi kite tahu pencapaian kite.kalau kite 'tukang' baca tak yakin betul atau tidak bacaan....payah juga tu...
Sahabat kata....okaylah tu,paling tidak sebaris mesti betul...
Dalam hati...pulak!boleh gitu?

Teman tahu,cara apa pun!kalau untuk quran,teman sokong...
Berani nak bantah?OMG....sia2 saja hidup kalau kite membantah.
Quran kalam ALLAH bacalah walau sebaris setiap kali kesempatan.

Apa2 pun...teman mengatur satu senarai,suku sakat untuk mengikut jejak kumpulan2 ini..
Teman bagi setiap nama satu juzuk...
Nampak macam berjaya...tiada bantahan.Nampak gaya keluarga teman juga di kalangan orang2 beriman.Yang tahu....
Quran itu penyinar hidup

Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

KAHWIN LAGI