KISAH BENAR

SCAM YANG MEMBAWA PADAH.

Pagi2 suami kata...kakak masuk hospital.
Teman balas...okay....bila sedar sikit dari tido teman tanya kenapa?
Suami jawap entah!

Whatsapp hari ini riuh rendah!berita terkini tentang kakak di up date dek saudara mara kami.
Dalam ramai2 adik kakak...hanya kami yang jauh beratus batu,yang lain sekitar Kuala Lumpur saja.
Kakak tenat!kata suami...
Terkedu teman....tak ada angin bertiup tiba2 dahan pokok patah!
Kelmarin teman ada berbual dengannya...
Tak nampak dia sakit atau susah hati.
Macam2 cerita keluar dari mulut tuanya....teman melayan sebagaimana selayaknya.

Petang tadi,anak teman merangkap wakil keluarga cerita...
Mak cik susah hati,dia kena scam!
Teman hanya mampu kata ooooo patut le...Mak Cik mana boleh susah hati.
Itulah pasal!orang tu kata dia ada hutang.Dia melayan orang tu berhari hari!
Teman  tanya Mak Cik bagi duit tak?
Anak jawap tak sempat....dia pergi bank nak transfer tapi tak pandai,dia minta tolong pegawai bank,dia orang yang sedarkan dia yang benda2 ni semua tipu.Nasib baik dia tak tahu transfer,kalau tak....habis lah...

Dah selalu sangat cerita ni,nak jadi cerita...kakak teman tu warga emas,mana lah dia ikut cerita2 macam ni...Sebab tu dia tak tahu!
Dato Vida baru buat report sebab dia nyaris2 nak kene scam.
Mujur peguam datang rumah dia...semua terhalang.Kalau tak...habislah duit Dato Vida,tak dapat le dia berlaram baju tudung beratus ribu ringgit

Kakak teman antara orang tua yang tak ambil kisah semua ni.Hidup dia dirumah,solat,buat amal....
Bila orang kata dia ada hutang!mestilah panik.
Lagi2....bila orang jahat tu kata.....Kakak teman ada hutang yang banyak!kemuncaknya bila dia kata....dek kesalahan ni,duit Puan akan di bekukan.Untuk mengelakkan duit tu beku .Sila Puan masukkan duit ke acc yang dia beri.
Orang tua selalu jujur....kakak teman pergi bank dan semuanya terbongkar.Nasib menyebelahi dia...

Sampai rumah hati tetap tak tenteram,dia takut orang jahat dapat cari dia...
Sebagai langkah berjaga jaga...dia tak keluar rumah!berkurung 24jam dalam rumah.
Kami tak tahu...sebab dia tak berkongsi cerita dengan kami.
Selalu memang dia tinggal sendirian.Tak ada orang teman,tapi ada 2 orang penyewa duduk bawah rumahnya,dia selalu kata I okay,don't worry...Dah biasa duduk sorang2.

Nasib menyebelahi dia,malam tu dia sempat minta tolong dengan penyewa untuk hantar dia ke hospital.Sebaik sampai,terus masuk ward.kesihatannya betul2 teruk!
Dia kena serangan jantung.
Bayangkan?Seorang warga emas kena scam terus masuk ward?Ini bukan main2,ini betul2 melampau!
Tak ada belas kasihatan,nak curi duit tanpa fikir masalah orang lain.

Teman kata kenapa tak buat report kat polis?
Besan Mak Cik kata tak payah sebab duit tak keluar.....kata anak teman.
Alahai......polis dah nasihat  macam tu,patut le makin banyak mangsa scam kat Malaysia ni...
Nak kerja senang,tak payah buka banyak2 fail...
Cukup2 le yang ada2 tu.....dalam hati...mungkin gitu maksudnya.

Teman redah jalan melawatnya...
Alahai...kesian....penuh wayar kat badan,nafas pendek turun naik,tak pakai2 wayar kat hidung,terus pakai topeng penuh semuka.Dengarnya...tertanggal topeng tu terus boleh bawa maut.
Makanya...berhati2 tak kala berbual atau beri makan,topeng tu tak boleh lama tertanggal...
Sekejap sekejap......insyaALLAH selamat.

Hari sabtu keadaannya bertambah baik,anak tanya ibu nampak mesin tepi mak cik tu?
Teman jawap nampak!kenapa?
Anak teman jawap separuh berbisik...mesin tu umpama buah pinggang Mak Cik...
Teman pelik dengan jawapan tu....teman tanya kenapa?
Anak teman jawap buah pinggang mak cik dah rosak teruk!
Mak aiiiiii!sebelum ni sihat,dek scam tu,terus jadi lagu ni?
Melampau!sampai masuk hospital orang tua ni di kerjakan.Sampai berselirat,wayar wayar kat badan...

Hari ini baru teman dengar....
Anak2 sedara dah buat laporan polis,nombor yang call kakak teman talian tetap.Makanya....harap2 penjenayah tu bersabar,tak lama lagi polis mai depan pintu.
Polis Malaysia ni bagus2 belaka....
Kes2 tak masyarakat macam ni cepat dapat keputusan,kecuali kes2 yang melibatkan orang2 politik...
Sampai ketua le kite nunggu...
Mana maunya selesai...kecuali....mereka tak lagi berkuasa.

Dunia...Dunia...Dunia....


Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

KUIH RAYA