HOMESTAY KUALA SUNGAI BARU

AKHIRNYA TEMAN SAMPAI JUGA DI SITU....

Lama dah teman tahu pasal Homestay ni.Rumah kayu yang cantik buatannya.Biasanya rumah2 macam ni dipahat2 sahaja,maksudnya pasang siap.Boleh di bukak2 dan bolah diangkut ikut suka.
Lama juga mencuba..
Bila beri tarikh...penuh puan...!Sila tukar ke tarikh lain..
Dalam hati..terror gillla tempat ni!

Bila emak kata nak buat Hari Keluarga.Dalam kepala dah fikir Homestay ni...
Cuba beri tarikh...syukur dapat akhirnya...tu pun dah berkali2 menukar tarikh,memandangkan ramai yang minat menginap di rumah Limas ni.
Berapa harga rumah kayu tu?untuk 3H2M?tanya teman
Jawapan tertera...jeng jeng jeng....RM2000.00 sahaja tak masuk makan.
Tanya adik kakak....ON!
Ada makan tak?tanya teman
Kami juga ada menyediakan pakej makan Puan....tulisnya lagi
Pakej makan pagi,tengahari,petang dan malam.Harga lain2,pagi RM7 sekepala,tengahari RM12 sekepala,minum petang RM7 sekepala dan malam RM14 sekepala.Kite juga ada pilihan samada makan malam atau BBQ dengan harga RM40 sekepala.
Lepas berbincang....kata putus di beri..ON!
Makan boleh order ikut kemahuan kite.Contohnya ahli keluarga termasuk kecik beso tua muda 38orang,maka kite boleh order 30 atau 35 orang.
InsyaALLAH...mencukupi.

Sebelum tarikh tu,teman pergi menjejaki Homestay cantik tu...
Rumah kayu sebuah, mengadap Laut China Selatan.Bunyi ombak beralun lembut menghempas pantai.Laman yang luas dengan pokok2 bunga segar ,cuma kurang di beri perhatian.
Rumah bertangga batu seperti rumah orang2 lama.
Keadaan dalamannya biasa2 sahaja.Pada teman...insyaALLAH okay2 sahaja memandangkan tuannya sembang kencang.
Rumah ni boleh 'sumbat' 25orang kecil besar tua dan muda.

Dek teman ramai,sebuah lagi Homestay di sewa.Dengan harga RM900.00
Teman bakal dapat sebuah rumah batu berkaler hijau.Milik pasangan melayu warga emas.
Teman tinjau lebih kurang.Minat atau tidak,duit deposit dah transfer 2 bulan yang lalu.Suka atau tidak....terpaksa suka juga!
Belakang rumah ada itik,ayam dan angsa...
Tak lupa juga kambing.
Senang kata boleh lah....

Sampai harinya,teman bersama adik kakak meredah jalan menuju ke Homestay idaman.
Luaran nampak cantik,jujur kata memang cantik.Laman yang cantik,ada pangkin,ada pondok untuk berbual,ada basikal untuk kayuh keliling kampung.Ada perigi kalau2 teringin nak mandi air sejuk.
Keluar ke belakang duduk santai mengadap laut.
Nyamannya...
Seronok betul....orang2 macam teman tak punya kampung,jadi jakun bila tengok kampung orang.
Dalam kepala otak mesti kata kalaulah aku ada kampung,mesti best!
Jujur kata Homestay ni memang sesuai untuk kite beriadah bersama keluarga tercinta.

Sebaik sampai,teman lihat tuan rumah sedang berkemas.Meja beralas,daun2 kering dah disapu bersih.
Dengan suasana yang sederhana,kami rasa cukup selesa.
Tapi sayang....bila masuk rumah,baru tahu rumah limas hanya ada 1 bilik sahaja..Tiada penyaman udara,hanya kipas di setiap ruang,dibahagian tengah panas dan tak boleh digunakan.Ada TV dan sofa2 lama...
Beranda di tutup dan di buat bilik untuk tido,ada katil 2 tingkat,selebihnya toto2 nipis di bentang untuk kami melepaskan lelah.Sengal badan tak tertanggung!

Malam....sajian pertama...
Dengan RM14 sekepala,kami di di sajikan asam pedas daging tetel,nasi,ikan cencaru goreng,telo dadar,sayur kobis masak kicap,sambal belacan dan pengaga, mentimun sebagai ulam.Air teh dan kopi bening...
Tanya ahli jemaah...Okay lah...
Malam tu kami borak2 adik kakak....seronok dengan suasana malam yang mengasyikkan.

Tang tido....terasa lemah.
Tiada bilik,jadi kena tido bergelimpangan.Rumah ni sebenarnya cantik tapi tak berkemas,kalau kemas pun asal boleh...bawah katil penuh barang lama,beg2 lama...mungkin tuan rumah sayang nak buang,makanya jadilah homestay merangkap stor untuk barang2 lama pusaka nenek moyang.
Langsir2 lama tak berbasuh,mungkin 5thn sekali tukar.Pendek kata tak kemas dan banyak habuk.
Kami renung siling....letak tangan kat dahi...Kami ni penat kerja,nak cuti...tapi bila tido tak selesa...Bantal busuk,alas2 tido tak di jaga dengan baik,kaki terasa berpasir sentiasa.
RIMAS!
Terpaksa alas kain pelikat suami,untuk tutup bau hamis bantal.Terpaksa masukkan kaki dalam jubah untuk elak dari sejuk.Gebor pun berbau tak berbasuh.
Pendek kata...semua okay tapi tak berpuashati tang kebersihan....Hancur!
Walaupun orang kata rumah kampung sejuk,tapi teman rasa bahang!susah nak lelapkan mata.Tidolah mata...mungkin subuh baru rasa sejuk kampung.

Merungut jugalah...ahli jemaah yang lain..
Bayar mahal,DUA RIBU RINGGIT hanya untuk INI?
Habuk sana sini,bau hapak sana sini...terasa bebal kejap.
Ada yang kata sabo lah...Kata nak rasa balik kampung....inilah kampung!
OMG!
Tapi kampung ni bukan free!kite bayor wehh!

Esok pagi sarapan kami di hantar agak lewat.
Dengan RM7 sekepala kami di hidangkan:Nasi goreng (kami cadangkan memandangkan nasi semalam banyak lebih) roti canai 35 keping sahaja (ikut tempahan kepala) cecah asam pedas semalam (pihak homestay dah beritau awal2)
Dek tak pernah makan,terkulat2 juga le...Biasa makan dengan kari dal,hari ini makan dengan asam podeh!
Ahli2 kata...belajar le...makan saja le...
Roti putih dengan kaya,air teh o dan kopi o.
Selesai menu pagi...

Selesai berpesta,kami di sediakan makan tengahari lepas zohor...
Dengan RM12 sekepala kami dapat nasi,ayam kurma,ikan kering,sayur dan ulam2.Air teh o dan kopi o jadi menu wajib...Tiada pujian untuk kopi o...sebab kopi o dengan teh o sama rupanya.Tiada beza.
Masih boleh di terima....ringkas walaupun tak berapa menyengat selera.

Petang....dengan RM7 kami di beri satu tray pisang tanduk goreng cecah kuah kicap,air teh o dan kopi o.
Cukup ringkas sampai tidak dapat menampung permintaan ahli yang lain.
Kat sini kesabaran mula di uji.Teman rasa sakit hati.
Orang 35 goreng pisang hanya 50keping(katanya)Cer bayangkan....kami di sediakan goreng pisang 50keping untuk 35orang?
Apalah punya kedekut!
Bukan murah,mahal!RM7 sekepala,kami book untuk 35orang.Jumlah RM245.00 hanya untuk 50 keping pisang tanduk?
GILA dan melampau lampau cekik darahnya.
Kesabaran teruji...
Tak boleh tahan lagi....
Teman beri pesanan ringkas luahkan apa yang terbuku di hati.Harap mereka buka mata,kami bukan bingai sangat nak dibodoh2kan.

Kata maaf di pinta,itu je yang mampu mereka kata...dengan alasan,anaknya ada beritahu,kalau tak cukup beritahu.
Sekali lagi terasa mereka GILA UNTUNG!teman tak dengar pun pesanan tu...
Yang di kabo kat teman....pisang goreng ni,cukup terkenal di pekan ini.Dia order pukul 2 ptg dapat pukul 4 ptg.Tu je yang teman dengar,lain tak ada...
Alahai manusia...pusing cakap sana sini.Kalau kau lebih ambil hak aku....tak halal!nasib aaarrr

Malam dengan RM40 sekepala,kami di sediakan:
5 ekor ikan siakap
Ikan cencaru tak dapat di anggarkan kilo sebab kecik2 dan di potong 2
Coslow karot semangkok besar
35 Nasi lemak bungkus
4 bungkus hotdog
Ais kosong
100 cucuk satay penebus dosa
Jumlah keseluruhan hanya RM1400 sahaja.
Sangat2 simple..dan mahal!adik kakak geleng kepala...teman hanya mampu tahan malu.Trip kali ni tak memuaskan hati semua.

Ahli jemaah kata ...okaylah..Matlamat bukan nak makan sangat,cuma harga yang mereka minta tak sepadan dengan menu yang di beri.
Kami pun bukan kaya raya!sedang2 sahaja.
Malam tu kami sudahi dengan berkaroeke yang mereka tempahkan dengan harga RM300 dari lepas isyak hingga pukul 12malam.
Memadailah....sekadar nak suka2.

Mengadap waktu tido satu penyeksaan...
Badan sakit dek alas yang nipis,,,jangan merungut,Nabi pun tido hanya beralaskan daun pokok kurma,hidung gatal dek habuk...tak boleh buat apa,dah terjebak,makanlah ubat alahan,doa supaya ALLAH sembuhkan,mata sakit sebab nampak banyak barang2 lama bawah katil,celah sana sini,tahan lah mata...sehari je lagi.
Dalam kepayahan....mata tutup juga...
ZZZZZzzzzzzz
Alhamdulillah....

Esoknya...dengan RM7 kami dapat :
35 bungkus nasi lemak
Telo mata lembu
Roti kosong dengan kaya
Sedikit kuih muih
Teh o
Kopi o
Jumlah RM245.00 sahaja.
Kali ini,akal mereka mula berjalan....nampak tak cukup di tambah lagi dengan sedikit mee goreng,ditambah lagi dengan telo mata lembu.Cukup berkira.
Semua makanan2 ni bukan mereka masak tapi di beli kat kedai2 sekitar pekan.
Memberi peluang kat orang kampung katanya..walaupun awalnya tokey kata masakan dari dapo mereka.
Kami tak peduli yang penting!dengan nilai duit tu mestilah berbaloi untuk kami.

Opps!lupa nak cerita banglow satu lagi tu ada bertuan...
Dengan RM900 kami dapatlah persekitaran yang lebih baik sebab 2 bilik yang di beri tu ada penyaman udara.Selesa untuk yang beranak kecik.
Masalahnya!tuan rumah ada kat beranda belakang.Hanya dipisahkan dengan pintu berselak,tuan rumah secara tak sedar di halau keluar rumah untuk beri laluan kat kami.
Masalahnya...kami tak sampai hati.Walaupun berbayar kami tetap tak selesa...
Subuh2 dah dengar pasangan tu kesak kesik kesana ke mari....
Almaklum orang tua tak boleh duduk diam...ada je keje yang nak di buat.Tang ni sekali lagi kami tak puashati.
Masuklah mak cik tido kat dalam....pelawa kami
Mak Cik tu jawap tak pe...mak cik dah biasa duduk macam ni,kalau kami tak buat macam ni,mana lah kami nak dapat duit.Tak apa....masuklah tido...
Ehmmmm......inilah kehidupan....
Kadang2 kite tak mampu nak tolong orang lain,sebab kite pun tak punya...

Apa2 pun....Homestay ni menepati matlamat.Anak2 tido bergelimpangan sesama sendiri.
Sebelum ni berat mulut,2 malam bersama,mula nampak kemesraan terjalin.Aktiviti pun menarik,luas kawasan yang anak2 boleh terokai.Ayam itik berkeliaran,tidak menganggu aktiviti kami.
Tang luaran...Homestay boleh di beri pujian.Komen teman hanya dalaman.Seandainya mereka menitik beratkan kebersihan.InsyaALLAH...Homestay ni boleh di kunjungi lagi.
Masalah air yang kecik,teman yakin tuan Homestay boleh atasi dengan penyelenggaraan yang baik.
Pakej makanan pun masih boleh di atasi.Jangan lah kenakan bayaran tapi tak sepadan makanan.
RM7 di kalikan dengan 35 orang berjumlah RM245.00,tak kan lah...hanya untuk 35 keping roti canai,susunan roti putih dengan kaya,teh 0 dan kopi 0
Tak menasabah kan?
Duit boleh cari,keberkatan tu yang susah.

Semuga Homestay Kuala Sungai Baru tidak berkecik hati,teman jujur menegur.Perniagaan ni bukan untuk setahun 2,tapi untuk kekal hingga ke anak cucu.
Tempat dah cantik!
Hanya tingkatkan kebersihan,pakej makanan yang bermutu,InsyaALLAH anda sekeluarga pasti berjaya.









Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

KAHWIN LAGI