Posts

Showing posts from December, 2017

PERANGAI KAUM NABI LUTH

JIKA ADA DI KELILING KITE,TANDA2 KIAMAT HAMPIR TIBA....

Jujur kata,teman tak berapa berani nak kutuk golongan ni,nak komen panjang2 pun tak mampu...
Sebab...teman pun ada kawan2 golongan ni.Teman ada anak,Tak tahu nak kata apa...takut ludah ke langgit kena muka sendiri.
Nak bantu pun tak boleh,golongan ni selalunya ada alasan sendiri.Kite cakap 10 dia balas balik 100!
Satu lagi..
Golongan ni,kalau maki hamun!boleh berpinor mata!mencarut di hujung lidah.Tidak semua tapi ramai macam tu..
Sebagai langkah selamat...lantak kau lah labu!
Sahabat kata tak boleh macam tu....Kena tegur!
OMG!Nak tegur macam mana?mak bapak cakap pun letak kat tapak kaki!inikan pulak kite...
Sahabat kata lagi...kena cuba!u dah pernah cuba nasihat dia?
Teman lupa...ada ke tak ada...lupa betul!yang pasti...cakap kias2 je kot...Tapi,teman tak lupa doa untuk dia masa gi umrah dulu.
Sahabat kata belum sampai masa le tu...

Sejak akhir2 ni,keluarlah 2 orang makhluk TUHAN berposing manja.
Cantik tak?
Pasti cantik!kena ga…

BILA KITE TAK SELESA LAGI DENGANNYA....

TAK SALAH RASANYA KITE BLOCK DIA!

Teman kenal dia dah lama,tapi tetap tak boleh mesra...
Antara sebabnya...dia suka cakap lepas,kadang2 memalukan kadang2 menjengkelkan.
Dalam pada tu,teman cuba bersikap baik,walau 10 kawan yang lain dah angkat kaki.
Teman pun tak le baik sangat,tapi...cuba juga jadi yang terbaik.

Hari demi hari,bulan demi bulan dan tahun demi tahun....
Dia tetap sama...
Cakap lepas,spontan menegur orang,temberang dan banyak lagi perangai negetif dia..
Sahabat kata i dah kata,u tak percaya....
Teman jawap bukan tak percaya tapi malas nak fikir...lantak dia lah!
Sahabat kata lagi..dah tu!sekarang dah faham ke?
Teman diam je....dalam hati,habis nak buat macam mana?tak kan le nak tarik rambut pulak?

Dia suka mengambil kesempatan,suka cakap belakang dan suka reka cerita.
Penat juga layan dia..
Antara kami dah berpesan,seandainya dia menyampai sesuatu,kalau rasa2 tak percaya....tanya!jangan diam2 percaya.Kata2 yang keluar dari mulut dia 10!satu pun tak boleh pakai.
Makanya …

GROUP DECOUPAGE...

TAK TAHU SAMADA BAGUS ATAU TIDAK...
YANG PASTI MACAM2 HAL!

Seorang  dah masukkan teman dalam satu group Decoupage.
Decoupage salah satu cabang seni yang boleh di jadikan sumber pendapat kalau rajin...
Kalau malas....setakat diri sendiri pun dah untung.
Apa je boleh di make over jadi cantik berseri.

Kebaikan group ni,kami berkongsi ilmu sesama sendiri.
Semua orang ada kebolehan sendiri,yang mahir akan beri ilmu percuma kepada ahli baru.
So far so good...
Semua berjalan lancar..
Hinggalah satu hari,tetiba admin nak tutup group.
Katanya..ada orang tak suka...
Ada orang cuba menganggu kesejahteraan group tu..Walhal...baru je teman dok dalam tu..
Tak sempat nak belajar banyak ilmu,tetiba nak tutup..
OMG!bagaimana le kite nak sepakat,kalau baru je nak berkumpul dah ada duri dalam daging.

Teman pelik juga,kenapa le ada manusia macam tu...
Suka melaga lagakan kawan,mengadu domba sesama sendiri..Walhal...seni ni tak ka jadikan kite kaya macam si Vida atau Si lelaki lembek tapi riak tu.
Setakat…

MENGAJI DALAM KUMPULAN

CARA MODEN HARI INI....

Selalunya kite bertadarus di masjid atau surau secara live.
Masing2 akan datang bawa quran,bawa rehal dan mengaji secara berdepan.
Ada guru atau kawan2 lebih pandai menjaga bacaan kite.
Sekarang tak lagi....
Ada cara lebih moden sedang berkembang pesat di merata tempat.

Beberapa tahun lalu...
Cara ni dah wujud cuma dalam kalangan tertentu..
Kawan2 rapat,sanak saudara dan sebagainya.

Pada hemat teman,apa cara pun bagus.Yang penting semua mengaji mengaji sorang2 atau mengaji ramai2,semuanya bagus.Tiada bantahan bab ni.
Dalam satu kumpulan,mesti ada 30 orang ahli.Seorang mengaji 1 juzuk,habis baca maknanya semua khatam.
Masing2 akan mengaji di rumah sendiri tanpa pantauan.
Dalam kumpulan...misalnya teman kena baca juzuk 11,maka teman akan sudahi juzuk tu,lepas habis baca,maklumkan kat kawan2....okay,saya sudah habis membaca juzuk 11.
Semua ni ikut kejujuran...
Dalam ramai2,mungkin juga ada yang malas nak baca...
Atau tak tahu membaca...
Atau bacaan kurang baik,semu…

KISAH ANAK TEMAN..

TAK SUKA TINGGAL KAT ASRAMA

Anak teman dapat sekolah Maahad.Teman gembira sebab dia boleh belajar agama. Walaupun dia tak suka,teman asak juga.... Pada teman.....pilihan kat hujung jari kite ibubapa. Sebagai anak,dia kena patuh arahan.
Malangnya....setahun berlalu....dia tetap tak gembira.Macam2 hal dia buat. Bukan nakal kat sekolah  tapi demand kat kami ibubapanya. Dalam seminggu ada je bende yang dia buat,teman tak boleh pergi jauh. Ahad hantar balik asrama,isnin selesa....selasa petang dah call minta macam2. Ayahnya kata kamu layan.... Benar...teman layan...nak tahu kenapa teman layan? Sebab dia cerewet makan,kulit kalah,kesihatan pun kurang baik... Bila dia call guna public phone minta hantarkan roti atau sebagainya.. Sebagai ibu yang tak bekerja...teman rasa tak terbeban pun,apa yang teman buat asalkan dia gembira,teman lagi2 lah gembira.
Kemuncaknya,bila dia sakit seminggu sebelum cuti panjang. Doktor kata anak puan kena kencing tikus,HINI,Influenza dan demam berjangkit.Di tamba…

KUCING SAKIT

TEMAN PANIK

Tetiba kucing yang ceria,termenung duka...Lepas KakPong mati,tiada apa yang nak teman fikirkan,sangkar KakPong terbiar sepi.
Biarkan macam tu,nanti senang2 akak kemas...pesan teman pada pembantu.
Sahabat kata kemas lah....nanti kau lupa lah...
Teman tak sampai hati,dalam hati selalu tanya....betul ke cara aku ni?rehatkan KakPong sebelum masanya.
Sahabat kata okay lah tu,paling tidak kite tak seksakan dia,doktor pun dah kata tak ada usaha lagi kan?Doktor kata harapa untuk dia hidup dah tak de kan?
InsyaALLAH,TUHAN maha mengetahui...

Selasa lepas,teman keluarkan kucing2 yang ada...
Rasanya dah lama kucing2 ni melonggo dalam rumah.Tom balik dulu....kat dada ada kesan darah,teman cuci dan cuba pekse mana tahu ada luka.
Tak nampak apa pun!
Esoknya...suami kata kenapa Tom bising bila dia nak dukung.Bawa dia klinik,pesan suami sebelum gi kerja.
Pukul 10pagi,teman pergi bawa Tom jumpa doktor..
Doktor selak bulu yang tebal,nampak kesan 2 lubang kat dada...
Teman tanya kenapa tu dok…

KEGAWATAN EKONOMI

MELANDA DI MALAYSIA LAGI

Pada awalnya teman tak perasan...
Selalu kawan2 kata tahun depan lagi teruk!
Teman tetap tak terbayang apa2,yang pasti....teman rasa terkecuali dari masalah ini.

Sampai masanya,seorang demi seorang rakan taulan kena pencen awal.
Teman tetap tak rasa apa2,dalam hati insyaALLAH....rezeki ALLAH yang beri.
Keluh kesah mula kedengaran.....sana sini,rakan taulan merempat cari duit,untuk bayar hutang rumah kereta belanja anak2 dan lain2 lagi.
Teman tetap tak terfikir jauh...risau tetap ada...tapi...islam mengajar umatnya tawakkal....
Kite dah usaha,kite dah amanah pada kerja,kalau di pencen awal,bukan maknanya kite tak bagus,tapi ekonomi negara yang tak bagus!PM kite gagal beri kite peluang pekerjaan,PM kite atau pihak2 tertentu gagal menjana ekonomi dengan baik.
Tu je.....
Jangan rasa'Jatuh' sebab bukan kite yang 'Jatuh'tapi.....mereka2 yang kite pilih tu sepatutnya yang JATUH ke bawah!
Teruskan hidup macam biasa,doa banyak2.....
Jangan putus harap..…

PERGINYA SEORANG KAKAK

HAJJAH JAMALIAH HJ AHMAD

Beliau kakak ipar teman,kakak suami...
Orangnya cantik,putih dan peramah.Sepanjang 25thn kahwin,teman tak pernah lihat muka dia masam atau marah.
Selalunya dia suka senyum atau gelak sahaja.Jarang nampak di monyok atau buat muka seposen.
Sahabat tanya muka seposen tu mana ghaye nya?
Muka macam ayam berak kapor!gitu le maksud muka seposen.

Hujung bulan Oktober...kesihatannya merosot.Badan lemah,bila doktor pekse...darah hilang.Bacaan O!
sakit apa tu?
Leukemia?
Bukan jawap anaknya.
Pelik bin ajaib.Selalu kalau masuk bab darah2 bagai ni..selalu terkait dengan kanser darah.

Sakit mami pelik,doktor pun pelik..Dah ambil air tulang belakang.Keputusan tetap kabur.
Bila kakak lemah....tambah darah,lepas tu kakak akan sihat macam selalu.
Tak lama kemudian...lemah lagi,masuk hospital tambah darah...okay balik.
Begitulah..rutinnya.

Ahad lepas,teman otw ke Kolompo.Dalam perjalanan...
Anak sedara teman call..auntie kat mana?
Teman jawap kat rumah le...biasa teman bergurau d…

HARI KELUARGA

Image
TAHNIAH ATAS KERJASAMA SEMUA

Emak pencetus idea...
Kata mak,buat hari keluarga,nanti kaitkan semua adik beradik.
Malangnya....
2 ahli keluarga tak dapat bersama atas sebab2 tertentu.

Dalam gawat2 macam ni,paling penting KERJASAMA dan KESEDERHANAAN.
Kumpul dana,planning di buat ikut jumlah duit yang ada...
Semua berjalan lancar.

Kami 9 beradik,yang dapat hadir cuma 7 beradik sahaja.2 lagi....terkilan di hati.Apakan daya...halangan mendatang.Tak dapat nak nolong....Pada teman..Permintaan2 aneh macam ni jarang berlaku,selalu mak mengikut je..
Kali ini dia yang bersuara.Makanya....usaha juga le...

Sepanjang 3H2M...semua yang dirancang berjalan dengan jayanya.
Anak2,adik beradik semua bekerjasama di antara satu dengan yang lain.
Paling penting...Emak gembira.
Alhamdulillah....
Semuga ada kesempatan di lain kali...


KAKPONG

Image
KUCING MALANG TAK BERTUAN..



Teman jumpa dia kat kedai runcit dekat sekolah anak...Masa tu teman singgah nak beli roti.
Masa teman lalu,dia pandang je...
Dengan muka buruk,hidung tak ada...bibir pun tak ada....tinggal gigi je melekat kat gusi.Dia pandang teman sayu...

Kucing siapa?tanya teman kat anak muda berambut panjang sebelah.
Kucing tak bertuan kak,saya jaga bagi makan....jawapnya malu2 kucing.
Teman tanya lagi...kenapa muka dia macam tu?
Anak muda tu jawap...tak tahu le,mula2 ada sikit je kat hidung,saya ingat luka orang pukul atau jatuh.Lama2 jadi besar macam tu.
Teman angguk tanda faham..tak bawa ke klinik ke?
Anak muda tu senyum je...mahal tak kak?
Teman pandang anak muda tu..dalam hati,tak ada duit rupanya...sebab tu tak terbela kucing sekor ni.
Teman jawap tak tahu lah,tapi boleh hantar pekse je..
Kata dia perlahan,kalau mahal,saya tak mampu kak,tak ada duit...
Teman faham,anak muda macam kite juga,baru nak hidup..duit selalu habis cepat.

Ginilah,awak pergi bawa dia ke klin…

IMAMS

CUKAI LAGI..

Kerajaan dah tak ada duit,dah pokai!
Kenapa mengapa?Hanya Tuhan je yang tahu.
PM,menteri selalu cakap yang bukan2...
Dah terang2,kerajaan gagal pulihkan ekonomi...
Blahlah!bikin semak apasal?

Dengar2...ada satu agensi baru nak kelola para jemputan umrah.IMAMS akan jadi satu2nya  akses rasmi  untuk mohon visa Umrah.
Kenapa mesti ada IMAMS?
Untuk elak jemaah kena tipu oleh agensi2 swasta.
Betul ada kes tipu2 ni,tapi tak de le beribu.Kadang2 40 orang je...itu pun kadang,kadang......
Sistem ni dapat sokongan penuh dari pihak Kedutaan Besar Arab Saudi Kuala Lumpur.

IMAMS akan berkuatkuasa SEKARANG!
Sesiapa nak gi umrah mesti guna sistem ni dengan kadar bayaran hanya RM45 INGGIT sahaja!

Dengan sistem ni,pihak berwajib akan pastikan jemaah ada insurance.
IMAMS menawarkan insurance takaful sebanyak RM40 sahaja.Insurance ni wajib di ambil oleh setiap jemaah.
Ini semua untuk elak dari kena tipu.

Tolak bagi....total IMAMS kepada para jemaah hanya RM90.10 sahaja. termasuk GST sebanya…

HOMESTAY KUALA SUNGAI BARU

AKHIRNYA TEMAN SAMPAI JUGA DI SITU....

Lama dah teman tahu pasal Homestay ni.Rumah kayu yang cantik buatannya.Biasanya rumah2 macam ni dipahat2 sahaja,maksudnya pasang siap.Boleh di bukak2 dan bolah diangkut ikut suka.
Lama juga mencuba..
Bila beri tarikh...penuh puan...!Sila tukar ke tarikh lain..
Dalam hati..terror gillla tempat ni!

Bila emak kata nak buat Hari Keluarga.Dalam kepala dah fikir Homestay ni...
Cuba beri tarikh...syukur dapat akhirnya...tu pun dah berkali2 menukar tarikh,memandangkan ramai yang minat menginap di rumah Limas ni.
Berapa harga rumah kayu tu?untuk 3H2M?tanya teman
Jawapan tertera...jeng jeng jeng....RM2000.00 sahaja tak masuk makan.
Tanya adik kakak....ON!
Ada makan tak?tanya teman
Kami juga ada menyediakan pakej makan Puan....tulisnya lagi
Pakej makan pagi,tengahari,petang dan malam.Harga lain2,pagi RM7 sekepala,tengahari RM12 sekepala,minum petang RM7 sekepala dan malam RM14 sekepala.Kite juga ada pilihan samada makan malam atau BBQ dengan harga RM40 seke…

JIRAN TEMAN MATI

TAK TAHU BILA NAK TANAM....

Beberapa hari lalu...
Ada orang pasang khemah.Orang cina kalau hari bahagia,kain kat khemah kaler merah.Kalau hari muram.....kat khemah pasang kain putih.
Tapi....
Kat pokok kat pagar2 rumah jiran di pasang kain merah tanda......terima kasih dan maaf jika mereka menganggu ketenteraman jiran.

Beberapa hari lalu...
Khemah terpasang sunyi...tau2 dah menghalang laluan...
Teman kena lalu pusing keliling.Tak boleh lalu tempat biasa.
Demi jiran...boleh je...tak kisah pun....

Beberapa hari lalu...
Rumah jiran tu ramai orang maii datang...
Teman tahu kat rumah tu ada seorang wanita tua...Dulu ada suami tapi mati beberaoa tahun yang lalu.
Mungkin dia kot yang mati?
Mungkin le...

Kalau dulu sebut orang mati,seluruh badan gigil.Laaa ni...sebelah rumah mati pun!tak rasa apa2.
Anak teman tanya bila dia nak tanam ibu?
Teman jawap entah!selagi tak ada opera cina,selagi tu le belum ura ura nak tanam.
Anak kata lamanya!
Teman jawap cina kalau miskin,simpan mayat sekejap,kala…

KUIH KETAYAP

COD PUKUL 5 ESOK...

Teman dapat pesanan WhatsApp dari seorang pemandu Uber.
Katanya...esok dia ada jual kuih ketayap.RM4 untuk 10 biji.
Dalam hati boleh lah kot.....
Nak buat sendiri lebih dari empat inggit!
Tepung,minyak,kepala parut,telo,gula melaka dan masa..
Semua tu lebih mahal daripada membeli yang dah siap dan terus boleh dimakan.

Teman balas...bagus awak ni,rajin.Anak muda kena rajin!jangan malu2...
Dia balas...ya kak,saya baru nak mula membina keluarga.
Teman tulis lagi...hidup tak mudah,peruntukan anak2 sangat banyak!seorang anak 5 ratus untuk dalam tangan!Belum lagi masuk alam sekolah,belajar nanti....
Pening kepala wehhh!berjuang lah!bertahan lah......selagi kudrat masih ada..
Dia balas terima kasih kak,hidup saya baru bermula,anak baru 1....buat kuih ni bantu isteri,bagi galakan kat dia...
Teman tulis lagi...baguslah....hidup ni kena ada kerjasama.Jangan gaduh2,jangan pukul2...sabar dan setia paling utama.
Dia balas...terima kasih kak...saya akan ingat kata2 akak...

NAMPA…

KISAH BENAR

SCAM YANG MEMBAWA PADAH.

Pagi2 suami kata...kakak masuk hospital.
Teman balas...okay....bila sedar sikit dari tido teman tanya kenapa?
Suami jawap entah!

Whatsapp hari ini riuh rendah!berita terkini tentang kakak di up date dek saudara mara kami.
Dalam ramai2 adik kakak...hanya kami yang jauh beratus batu,yang lain sekitar Kuala Lumpur saja.
Kakak tenat!kata suami...
Terkedu teman....tak ada angin bertiup tiba2 dahan pokok patah!
Kelmarin teman ada berbual dengannya...
Tak nampak dia sakit atau susah hati.
Macam2 cerita keluar dari mulut tuanya....teman melayan sebagaimana selayaknya.

Petang tadi,anak teman merangkap wakil keluarga cerita...
Mak cik susah hati,dia kena scam!
Teman hanya mampu kata ooooo patut le...Mak Cik mana boleh susah hati.
Itulah pasal!orang tu kata dia ada hutang.Dia melayan orang tu berhari hari!
Teman  tanya Mak Cik bagi duit tak?
Anak jawap tak sempat....dia pergi bank nak transfer tapi tak pandai,dia minta tolong pegawai bank,dia orang yang sedarkan dia yang…

MUSIM TENGKUJUH

DAH SAMPAI....

Hujan dah berhari2...
Sejuk menikam sampai ke tulang.Pemanas air rosak,tak sanggup nak mandi.Sebaik letak air sikit je kat badan,sejuknya betul2 mencengkam jiwa.
Terbayang mangsa2 banjir besar macam ni...
Duduk di penempatan banjir,baru sampai masing2 sibuk bercerita,dah hari2....
Mood pun tak ada....
Mandi,makan minum berak kencing...semua tu jadi tak selesa.

Teman pernah tersadai di masjid,dapat pengalaman walaupun tak banyak.
Seharian bersama mereka....
Masalah paling ketara,bila nak guna tandas,beratur panjang....teringat cerita P Ramli....tuala di bahu,berus gigi celah telinga...
HUH!serabut otak!

Kite rasa kite susah....sebenarnya masih ada 1000 orang yang lebih susah dari kite.
kesejukan,kelaparan....
Bila hujan,kite boleh duduk dalam rumah selesa...
Mereka tidak....
Silap2,balik rumah tinggal tapak je...Harta benda hilang sekelip mata..

Hujan2 macam ni,teringat juga kesengsaraan orang lain....
Air kecik jadi kawan sudah besar jadi lawan.
Banjir2 macam ni,permuka…