TUKANG URUT YANG MALANG...

TAU2 DAH CERAI!OMG!.....

Siti nama orangnya...Cantik?boleh lah.....
Umur baru masuk 30thn,dek kesusahan hidup nampak raut wajah tua sepuluh tahun.
Anak ada 3 orang...
Bekerja macam2!
Pencuci opis,tukang urut,buat kacang botak dan macam2 lagi..

Akak tak ada keje kosong ke?tanya siti di hujung talian...
Kerja apa?tanya teman kebinggungan.
Kerja apa2 je kak....siti tak ada keje ni...katanya lagi
Buntu!terus buntu....nak bagi keje apa kat si siti ni...teman bukannya peniaga,bukannya orang kaya raya...
Rumah pun sekangkang kere...kemas sana sini...2 jam dah siap!

Siti dah cerai kak...katanya lahan..
Laa kenapa?tanya teman terkejut.
Suami ada orang lain,orang Sabah.Sampai bawa balik rumah kak...kalau akak tak sakit hati ke?tanya lahan.
Jujur kata...memang le sakit hati,tapi...tak dapat nak bayangkan sebab suami teman tak pernah buat lagu tu.Mungkin suami ingat pesan nasihat maknya...hutang banyak macam mana sekali pun!yang penting setia...
Makanya...dia setia lah dengan teman hingga laaaa ni..
Harap2 sampai akhir hayatlah ya suami...jangan tinggal daku..

Akak bayangkan?Siti kerja abang bawa balik perempuan tu...
Mak aiiiiiii Siti masih bahasakan bekas suami dengan panggilan abang?OMG!kalau teman...
Jangan haraplah!silap2 panggil ganti nama yang pelik2.
Untuk bayangkan betapa bencinya teman!

Mana Siti tau?tanya teman kebodohan...
Siti jumpa kondom kak.....katanya dengar tak dengar...
Apa?jumpa apa Ti?tanya teman penuh minat.
Kondom kak...Siti jumpa kondom dah pakai sepah2 macam tu....katanya lagi...
GILA!Suami Siti GILA!dah buat dosa lepas tu pamer2kan...
Kalau teman,memang mati aku cincang!dua2 sekali!lepas tu tanam dalam kubur.

Suami Siti kerja apa?tanya teman
Dulu kerja,sekarang dah kena berhenti...terang Siti lebih lanjut.
Ooo...tak ada keje macam mana nak tanggung perempuan tu?tanya teman
Entahlah kak...mampuslah dia!Siti malas nak tahu....rungutnya antara dengar dengan tidak.

Bila cerai?tanya teman
Raya lepas....jawapnya...
Ooo....sabarlah ya Siti,akak tak tahu nak tolong macam mana....Dah pergi JKM?tanya teman
Jawapnya belum kak,Siti tak tahu nak cakap macam mana....
Teman mula tunjuk pandai...cakap lah apa masalah Siti.InsyaALLAH ada le bantuan walaupun sikit...
Ada kawan tu dapat RM250.00,lepaslah duit makan...terang teman panjang lebar.

Suami ada datang jenguk anak2?tanya teman
Mana ada kak!jangan haraplah.....biarlah Siti jaga anak2 sendiri.Malas nak berurusan dengan dia..Orang tengah hangat cinta2,biarlah...
Semuga dia akan pulang kejalan yang benar.Semuga dia akan tahu nilai harga seorang isteri.

Sabar Siti,ALLAH akan pelihara Siti dan anak2...
Jangan pandang belakang...jalan terus!jangan ingat suami yang jahat,sebab ianya hanya menyusahkan diri kite aje..

Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

APA HUKUM GUNA MINYAK PENGASIH PADA SUAMI?