PEKERJA ASING

LAYANLAH MEREKA SEBAIK MUNGKIN SEBAB MEREKA JUGA MANUSIA

Kakak teman baru je dapat peluang bekerja dalam bidang pembersihan.
Kerja di tempat hebat!milik orang ado ado....
Bila dah masuk dalam dunia pembersihan kondo,apartment bagai,Akak teman jumpa macam2 manusia.
Bukan orang tempatan,orang Afrika,Indon,Nepal,Bangla,Pakistan,Myammar....pendek kata satu dunia!

Mereka datang untuk bekerja,mencari duit untuk meneruskan hidup.
Rata2 datang.....dengan niat yang baik,tapi dek kena tipu,kena bohong dengan taukey2 tempatan,akhirnya mereka jadi lebih jahat dari kite.
Mereka di tempatkan di banggunan2 yang di sediakan.Satu bilik muat 10 orang.Situ makan,situ minum,situ masak.....Yang pasti,tiada ruang persendirian.Semua macam rojak.

Akak teman dapat 30 pekerja dari berbagai pelusuk negara.
Satu bangsa satu kerenahnya.
Bangla tak boleh ngam dengan Pakistan,Myammar tak boleh ngam dengan Bangla,Afrika pun sama.....mereka tak boleh berbaik sesama mereka,walhal....masing2 datang dengan matlamat yang satu.Cari makan,cari duit untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Akak teman kata...sekarang baru dia sedar,warga2 asing di layan macam binatang.Di tipu,di pukul bantai macam binatang.Selagi boleh di perah,semua keringat akan di sedut keluar.
Saya bukan susah,saya Programmer Engineer,kawan sudah tipu sama saya....
Di janji mahu ambil saya di airport,sampai masa dia tak datang dan saya sudah terbiar di airport sorang2 tak tahu mahu pergi mana katanya dalam pertuturan  omputih yang baik.
Di bantu keluar dan memiliki taukey silih berganti.
Kena tipu,kena marah,kena pukul....itu normal.
Tiada orang akan sayang mereka,yang ada hanya mengambil kesempatan je.

Akak teman kata....kesian...aku bawa makanan apa pun!semua habis dalam sekelip mata.Ada Pakistan tu makan capati 7 keping!aku tengok macam nak pengsan!
Di kata dia makan banyak sebab nak kerja kuat!
Ada tu....pantang tanya...dah makan?jawapan mesti belum.
Ada tu....makanan kite tak habis,dia tukang habiskan.Dah macam ikan belukang!semua sapu habis.
Ada yang kena pukul bantai,mereka kata hidup mereka macam kat neraka!
Bayangkan?
Betapa teruknya manusia sesama manusia...
Dah macam zaman batu!

Salah seorang kata...perempuan Indon mudah di dekati,tapi mereka tak mahu ada hubungan.Perempuan melayu suka ajak kahwin.Kami ambil peluang,kena yang sesuai...boleh kahwin terus kahwinlah!
Akak kata lagi...semalam aku hantar pekerja balik,perempuan Indon dengan kain kemban,dengan seluar pendek jalan sana jalan sini...
Menarik perhatian!Aku tengok pun...geli geleman.
Tak tahu malu betul!Sibuk lelaki nak mandi,mereka pun sama mandi...macam manalah tak terlanjur?Ikan depan mata kucing...kena ngaplah!

Kotor tak?tanya teman..
SubhanaALLAH!kotor,busuk...semua ada...
Tak dapat bayangkan betapa kotornya tempat tu...
Semua campur sekali..
Mereka datang cari duit,kerja pagi petang siang malam....sebab tu....tenaga mereka amat2 di perlukan,sebab tak ada cuti tahunan,tak ada MC tak ada cuti separuh hari...
Yang mereka tahu kerja kerja kerja.....sampai mati....



Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

MAJLIS KAHWIN