MUSIM KONVO...

ITU PENANDA,ANAK2.....BERDIKARI.

Anak teman dah tamat belajar.
Dari umur 18thn,kini dia menginjak ke usia 25thn.
Zaman teman dah anak 1,dah masuk ke 2..
Anak teman baru tamat belajar.Kerja tak lagi...BF entah ada entah tidak.

Sebagai ibu,kite bangga...
Jauh di sudut hati,kejayaan anak itu amat2 membanggakan hati kite.
Zaman sekolah..penat cakap!berjaya esok bukan ibu naik pentas,awak2 semua yang naik pentas,ambil sijil...
Nah!inilah maksudnya...
Anak2 yang di panggil nama,berjalan lahan atas pentas untuk ambil degree mereka.
Dengan topi berbulu sebelah,mereka yang di panggil bukan kite ibubapa.
Kami hanya tumpang suka....Tumpang gembira...Atas kejayaan semua.

Anak teman bakal peguam.Orangnya kecil berjiwa besar.
Satu pintanya....nak sambung belajar tapi tak nak yang ada kaitan dengan mengira.
Spontan si ayah kata ambil law.
Di sambut penuh yakin....OKAY!

Akhirnya...dia ikut apa yang si ayah mahukan.
Dengan doa semuga dia berjaya...
Tahun demi tahun......dia belajar smart.Walaupun bukan pelajar pilihan...
Usahanya tidak pernah mengecewakan.
Dia melepasi semua halangan.Dan kini....
Dia dah habis belajar dan akan memulakan kehidupan sebagai Peguam.
Semuga dia akan sentiasa sukses!sihat dan berjaya di dunia dan di akhirat.

Sepanjang jalan ke UIA.kiri kanan banyak orang jual bunga..
Khas untuk mereka...
Harga jangan berkire...beratus setiap satu jambang.Nak mahal lagi pun ada...
Nak penghantaran terus ke muka anak pun ada...
Walhal boleh buat sendiri,teman kreatif juga..setakat susun bunga dalam plastik...celah gigi je...
Tapi...dek kesuntukan masa...teman order je...sejambak RM170.00 sahaja.
Mahal kan?
Tapi...sebagai merai kejayaan....duit bukan lagi masalah.
Yang penting...hari konvo hari untuk anak dan keluarga bergembira.

Tahniah buat semua...
Selamat menempuh alam pekerjaan...Semuga anak2 semua akan lebih berjaya di masa akan datang.

Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

APA HUKUM GUNA MINYAK PENGASIH PADA SUAMI?