MUSIM DURIAN TELAH TIBA..

ALAMAT NAMPAK...GLOKUS TAK TURUN2

Raja buah dah mari..
Sana sini Raja buah memenuhi ruang.
Di sana sini...orang borong Raja buah yang tajam durinya tapi sedap isinya.

Teringin nak makan pulut kuah durian.
Terlebih gula,hilang rasa duriannya...
SubhanaALLAH!tamak punya pasal,hilang rasa santannya.Suami teman kata rasa gula lebih.
Nak tahu kenapa?
Beli gula sekampit,tuang setengah tinggal sikit,alang2 sikit...maka tuang semuanya.
Akibatnya...manis bagai madu.Amalkan selalu boleh hilang kaki tangan.

Teringat arwah abang ipar,makan durian campar nasi.
Ucal sebati...ngap masuk mulut.
Orang tak tahu pasti mual tekak,tapi orang kampung macam kami...
Pemandangan biasa....
Durian mentah lawan pulut pun sedap.

Teringat zaman kecik teman....selalu makan sendiri.Balik sekolah cari sendiri durian kat kebun.Selalu ambik yang comel2....
Tak payah cari pangsa,terus potong dua...
Nak makan korek sampai penuh tangan.Atok nampak pasti berang.Dah ajar tak pandai2.

Kadang2 ada penduduk kampung yang banyak durian,panggil kami makan...
Makan bukan sikit2,tapi banyak2!
Sampai mengah nafas.perut sendat dek durian.
Tapi...itu semua dahulu kala...laaaa ni.....tak lagi,bagi teman,makan durian satu kesalahan.
Dek teringin....lupakan semua tu..
Baca Basmallah...insyaALLAH ALLAH pelihara teman.

Buat tempoyak,guna durian mahal...manis masamnya terasa.
Lebihan kuah durian di tanak hingga pekat boleh pula di jadikan lempoyak.Cecah roti,ditambah dalam bubur kacang..
SubhanaALLAH!sedapnya hingga menjilat jari.

kelmarin,keluar satu artikel...durian boleh menambah tenaga kejantanan.Amboi....amboi...amboiii sampai ke situ pulak!
Pada teman,ini semua mengarut.Yang sebenar2nya....ada agenda nak naikkan harga durian yang dah melambak tu...
kejantanan bukan sebab durian...semuanya bergantung pada nafsu.Kalau makan durian berbakul!kalau nafsu dah tamat tempoh!mana maunya.....
kepada abang2 sekelian...jangan gopoh gapah makan banyak2!takut mati terkujat pulak nanti...
Glukos naik,darah naik.....
Hilang nak jadi jantan!terus.....koma.
Baru padan muka hangpa!



Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

KUIH RAYA