HARI KELUARGA

PADA 15HB HINGGA 17HB DISEMBER 2017

Dah lama kami tak bersama...Meraikan hari2 indah bersama...
Sejak kematian abang ipar,hidup kami tak seceria dulu...
Ada sahaja rintangan yang datang...
Tapi...
Semua dapat di atasi dengan berkat doa bersama...
Apa yang penting?
K E R J A S A M A !

Hari keluarga ni permintaan emak...katanya...buatlah hari keluarga,kaitkan kakak dan abang teman yang selalu tiada bila kami bersama.
Almaklum...masing2 ada cucu ada kehidupan sendiri.
Kami masih muda,anak2 masih  belajar,masih dara dan teruna.
Abang dan kakak teman dah ada cucu,dah ada keluarga besar!maka....dalam waktu2 tertentu mereka tak dapat bersama.

Teman tempah Homestay Kuala Sungai Baru Melaka.Sebuah rumah agam bernilai RM2000.00 sehari.Sebuah lagi banglow bernilai RM900.00 sehari sahaja.
Makanan sekali teman tempah.Bukan apa....nak jimat2 tapi penat cari tempat makan.Bukan 10 orang tapi 40 orang!tu pun ada yang tak dapat menghadirkan diri atas sebab2 tertentu.
Kat sini ada aktiviti2 kampung...congkak,cari lokan,cari kepah....dan macam2 lagi.
Pendek kata...orang2 bandar macam teman,elok le sesekali pijak lopak busuk.boleh insafkan jiwa,boleh lembutkan hati...

Untuk buat acara2 besar macam ni,perlukan persepakatan.Tak boleh buat sorang2...
Seorang buat itu seorang buat ini...selesai masalah.
Teman  cuma harap...semua yang di rancang terlaksana dan dimudahkan olehnya.
Teman cuma berharap..agar semua urusan di permudahkan olehnya.
Amiin..



Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

KAHWIN LAGI