BANJIR BESAR

INGATAN DARI ALLAH KHAS BUAT KITE SEMUA

Teman pernah alami banjir besar kat Kelantan.Orang dah kata jangan pergi Kelantan musim2 hujan ni..
DEGIL!pergi juga..
Masa tu kami rancang dari Sg Dua (kenduri kahwin) terus ke Kelantan lalu Pulau Banding,lalu Grik,lalu Lenggong...
Terus ke Kelantan.

Pergi perjalanan lancar,tak terganggu....
Masa kat Kelantan,hujan dah mula turun,2 hari kat sana,sampailah masa untuk kami pulang.
Dalam perjalanan menuju ke Gua Musang,dapat berita ada tanah runtuh.Masa tu tak ada lagi GPS WAZE bagai.
Kami pusing balik,menjajau cari jalan....
Dengan berpandu papan tanda kat jalan,kami redah banjir ...
Buntu!semua jalan penuh air...
Ada jalan bak lautan  hanya berpandukan tiang eletrik je...Kami redah lahan...
Dalam hati Ya ALLAH selamatkan kami.
Suami kata jangan enjin mati sudahlah....

Jalan lagi....pusing sana pusing sini...BUNTU.
Sepanjang jalan,ada macam2 ketakutan yang kami lalu...jembatan kayu yang tak tahu kekuatannya.Kami redah,kalau roboh...maknanya....hanyutlah kami sekeluarga.
Syukur.....kami sampai juga ke sempadan Trengganu.
Sampai kat masjid Permaisuri Setiu.Perjalanan dah tak boleh di teruskan...
STOP sampai kat situ.
Bermulalah musafir kami sebagai mangsa banjir.Bermalam di stor masjid.Tidur beralaskan lengan.Tiada apa2 kemudahan yang ada....
AJK masjid menghitung ahli untuk makanan di malam hari.Kami tak mengalah!kami tak makan di situ,pada kami...makanan tu bukan buat kami.Kami masih mampu cari makanan di luar.Mangsa2 yang lain lebih parah dari kami.Mereka tinggalkan rumah sehelai sepinggang.Tinggal rumah,tinggal semuanya...
Yang mereka bawa hanya badan dan hati yang gundah gulana sahaja.
Mak cik ingat rumah,apalah nasibnya.....keluh seorang makcik masa teman tunggu turn bilik air.
Dari gaya cakap2 mereka....diaorang lepaskan air empangan.kalau tak lepas takut pecah!
Oooo....patut le air tetiba tinggi kata seorang lagi..
Kat Cilok dah tak boleh jalan langsung!treler besar2 je boleh lalu...
Teman pasang telinga,teman pun bimbang....macam mana le nak balik ni...
Risau hati....dah jadi gelandangan kat masjid.

Petang tu...mengharap air surut,mengharap orang kata...dah boleh lalu...sesiapa yang nak lalu dah boleh...
Itu sahaja ucapan yang teman nak dengar.Malangnya....
Sehingga malam,tiada sesiapa berani kata BOLEH!semua diam duduk melahu tak tahu nak buat apa...
Teman lihat mereka bergotong royong masak,buat kopi dan berborak sesama sendiri.
Malam tu kami tido beralaskan tikar masjid dalam stor penuh periuk belangga.
Lena tak lena,kami tetap bersyukur masih ada tempat untuk berteduh.

Subuh keesokkannya...
Suami kata jalan dah boleh lalu,JOM!kami kemas barang dan terus jalan..
BENA!...jalan dah boleh lalu...tapi menakutkan.Suami kata jalan licin asyik nak ke tepi je,penat tangan menahan stereng nak lawan arus.
BENAR!tapi masih tak selamat.....kalau silap langkah masih boleh dihanyut air deras.Mujur kereta Pajero kaki menganggu derasan air.
BENAR!jalan boleh lalu.....tapi hanya dengan izin ALLAH.Jika ALLAH mengkehendakkan sebaliknya....Kami juga boleh hanyut di bawa air deras.

Insaf!benar2 insaf....
Air kecil jadi kawan,bila besar jadi lawan.
Air kecil kite boleh manfaatkan,bila besar boleh bawa maut.
Sepanjang perjalanan tu....teman nampak,masyarakat tempatan gembira ria,kite yang mendatang rasa nak pengsan bila tengok anak2 main air...
Mereka gembira sebab mereka dah biasa.Kite berduka sebab kite tak pernah rasa.

Pengalaman tu cukup besar bagi teman...
Syukur tak sudah teman ucapkan sebab teman tak lagi jumpa banjir besar.
kalau ada pun tak sampai merosakkan harta benda.
Setakat baju tak kering,rumah basah dek atas yang bocor...
Itu dah kire baik,daripada kite duduk kat pusat2 permindahan banjir.
Daif,sesak dan menyesakkan...

Di harap kawan taulan semua bersabar...
Banjir akan pergi,yang tinggal hanya hati yang lara...
Jaga kesihatan,jaga diri.....
InsyaALLAH ALLAH akan mudahkan segala urusan.


Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

APA HUKUM GUNA MINYAK PENGASIH PADA SUAMI?