WATAK IBUBAPA DALAM GROUP WHATSAPP SEKOLAH

ADA MACAM2 JENIS...
SAMPAI PENING KEPALA CIKGU

Sejak setahun dua ni...Setiap tahun baru,kite akan di masukkan dalam group whatsapp kelas.
Dalam tu ada semua ibubapa dalam darjah.
Melayu Cina dan India....semua bersama memantau anak2.

Dalam group tu,semua maklumat akan di salurkan,antara kite nak tahu atau kite nak abaikan...
Terserah padamu mau jadi apa!
Jadual...aktiviti..semua ada di situ.Tiada alasan lagi.

Dalam banyak2 ibubapa...ada yang merestui,ada yang ikut je...ada yang suka membantah,ada yang suka bertanya dan ada juga yang suka bergaduh.
Pendek kata...ada ada sahaja.
Mungkin teman dah tua,dah tak begitu aktif,bagi teman...semua soalan teman dah tanya 20thn yang lalu.Masa tu semangat tengah hangat,cita2 nak anak2 jadi manusia meluap2.
Laa....ni dah sejuk,yang penting anak2 sekolah,dapat nombor 1 tu dah cukup.

Semalam...ada seorang ibu A minta ustazah tukar amali solat pada hari lain.Dia kata jumaat ni ada Sukan Satu Malaysia kat sekolah kebangsaan.
Ustazah tak balas tapi...seorang ibu B yang membalasnya.
Ibu B tu menulis...apa kata Puan minta sekolah anak Puan tukar hari sukan tu pada hari lain.Buatlah pada hari sabtu atau ahad.
Balas ibu A itu bukan kerja kami,ibubapa tak boleh tukar aktiviti ikut suka kecuali permohonan rasmi dari PIBG.
Ibu A balas tau pun tak boleh tukar suka2,mentang2 sekolah agama,jangan suka2 pulak nak minta tukar aktiviti.Agama tu kan penting.
Gitulah bunyinya....
Akhirnya....2 ibu di campur lagi dengan 2 atau 3 ibu yang lain..tercetuslah peperangan dalam group.Kami ibu bapa yang lain hanya memerhati.
Tak bantah tak bantu....yang penting.Keputusan.
Yang lain...pandai2 lah kau orang atasi.

Kelmarin....ustaz minta anak2 pakai baju sukan untuk latihan sukan tahunan.
keluar 1 ibu....dia tulis...saya tak akan hantar anak saya pergi latihan sukan,saya tak akan beli baju sukan,saya tak akan benarkan anak saya pergi latihan...bla,bla,bla...
Esok pukul berapa ustaz bawa anak2 ke padang?
Ustaz jawap pukul 3.30 Puan.
Ibu tu kata esok sebelum pukul 3.30 saya akan ambil anak saya.
NAMPAK?
Sikap dengki khianat terserlah kan?
Apa lah salahnya,benarkan anak tu pergi bercampur dengan kawan2.Apalah salahnya benarkan anak2 pergi latihan sukan tu.
Kelakarkan?
Nampak sangat kite ibu bapa selalu jadi penyebok,poyo dan entah apa2 le....

Tu sebab teman kata....
Ibubapa zaman sekarang,suka merobotkan anak2..
Perasan pandai sampai kadang2 nampak bebal dan pentingkan diri sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

APA HUKUM GUNA MINYAK PENGASIH PADA SUAMI?