TOMBIRUO KAUT 5JUTA

ISH,ISH,ISH....TAK SANGKA2,FILEM MALAYSIA MAKIN MENARIK.

Teman jarang tengok TV,tengok wayang...
Teman tak minat,lagi2,drama bersiri.Pada teman...buang masa je...
Iklan separuh dari cerita!

Baru2 ni,suami ajak teman nonton TOMBIRUO.Teman tanya citer apa?
Suami jawap TUMBIRUO
Teman rasa pelik,tanya lagi...citer apa?
Suami jawap lagi...TUMBIRUO,cerita melayu,cerita buku.
Teman tak pernah tahu,tak pernah ambil tahu!pada teman....tido lebih baik dari berjaga.

Nak ikut tak?tanya suami lagi...
Teman angguk je...boleh juga.Kebetulan malam Deepavali,esok tak keje...
Maknanya...fikiran tak kusut masai.Hati tenang....Jadi boleh lah teman berhibur.Sesekali apalah salahnya kan?

Cerita dari buku di filemkan.Jalan cerita menarik,pelakon pun handal2 belaka.
Zul Ariffin,Farid Kamil,Faizal Hussin,Farah menantu Kak Fauziah Nawi dll lagi.
Teman tak pandai nak kritik atau beri komen..
Apa yang teman rasa....TUMBIRUO bagus walaupun agak mistik sikit.
TUMBIRUO penjaga hutan.Tak ada wajah....mungkin mukanya pelik sebab tu di pakaikan topeng.Di sebalik topeng nampak mata mungkin tak ada hidung atau mulut kot...

Kisah 2 pasang kembar lahir dari hasil hubungan tanpa rela...
Sahabat tanya maksud?
Teman jawap mak dia kena rogol....
Orang dulu,maruah setinggi langit.Tak mahu keturunan tak menentu dan malu.Bapa dia bunuh ibu dan anak2 tu.Mujur nenek kebayan dapat larikan anak2 tu.Satu dihanyutkan,satu lagi di beri pada orang.
Bayi yang di hanyutkan tu tak ada rupa,ada orang jumpa dan bela...
istimewanya bayi ni...ada kuasa,tak boleh marah!akar,pokok,angin akan timbul dan menghuru harakan hutan.

Perjuangan orang asal membantah pembanggunan,pakatan golongan yang ingin mengaut untung.Bunuh sesama mereka dan akhirnya...di hujung cerita semuanya terbongkar,yang jahat mati kena tanam,yang baik terus hidup bahagia.
TAMAT.

Kesimpulan....
Jalan cerita biasa je,tapi ada masej yang bagus juga.
Hubungan adik beradik walaupun terpisah bertahun2 tetap ada perasaan sesama mereka.Naluri kuat untuk jumpa balik.
Bila jumpa...cerita makin menarik.
Mistik bila Ijem marah,akar pokok menjalar keluar,melilit lilit...Angin bertiup kencang.Dan reda bila penunggu rimba bertenang.
Teman beri 3 bintang...***  cukup lah kotttt...

Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

APA HUKUM GUNA MINYAK PENGASIH PADA SUAMI?