MATI LIMA SAAT

PERMAINAN BARU BUDAK2...
SUKA BAWA DUKA



Teman dapat dari group sekolah.
Dalam hati ada2 je....
MATI LIMA SAAT PULAK!

Hati teringat anak bujang,semuga dia selamat di dunia dan akhirat.Semuga dia tak terlibat dengan semua ni.Dia masih kecil,mungkin tak akan tahu kesan buruk akibat perbuatan.
Harap2 abang2 tak membuli atau menjadikan anak2 ini bahan ujikaji.

Budak2 mungkin akan anggap permainan ni sebagai suka2,tapi tak sedar boleh bawa mati dan lumpuh.
Menurut pakar kecemasan  dan trauma..aktiviti ni sekadar mainan anak2 muda,tekanan pada dada(jantung)akan buat nyawa berhenti sekejap.Biasanya...lepas sedar,anak2 ni akan rasa lega dan gembira.
Boleh gitu?
Merepek betul!

Anak teman perahsia,susah nak cungkil cerita asrama.Bila dia terrrrkeluar cerita tak lama kemudian dia kana berhenti.
Eh!mana boleh cerita asrama keluar.Teman terkejut juga,teman terfikir yang buruk2 juga.
Jangan nak rahsia sangat!kalau dah terbakar nanti baru nak cakap dengan ibubapa...jerkah teman lantang.
Dia jawap abang2 tak le pukul teruk sangat,sikit je...tu pun kalau kiteorang tak kemas dome,tak angkat baju sidai...
Dalam hati...harap2 abang2 besar janganlah mendera adik2 ni,mereka datang untuk belajar bukan untuk menjadi tempat melepaskan tekanan.
Teman kalau tau,atau kena pada anak teman...insyaALLAH pembuli tu tak kan lepas!teman akan cari sampai lubang cacing.
Sahabat kata...tu pilihan u kan...?
Ayat paling menjengkelkan,nak dengar pun rasa benci.
Kalau semua ibubapa tak usaha nak hantar anak sekolah agama,esok lusa bila mati,talkin guna keset.yassin guna tape..

Kami berusaha,berkorban untuk melahirkan generasi Al Qur an.Kami sanggup berpisah untuk menjadikan anak2 kami pewaris Nabi.Boleh jaga agama,boleh pelihara agama..
Tu je...
Janganlah anggap apa yang kami usaha ni sebagai satu yang baik.Di dunia mungkin tak penting,bila mati ianya jadi penting dan kite akan menyesal tak usaha ke arah itu.

Alif!kat sekolah ada main macam ni?teman tunjuk video kat anak.
Dia jawap tak adalah!mana ada main macam tu,macam orang bodoh je...
Lega rasa..walaupun ayat tu kasar,paling tidak....teman tahu,kawan2 kat sekolah dia semua pandai2,tak bodoh macam budak2 dalam video tu.Paling tidak teman tahu.....kitaran hidup dia dalam keadaan selamat.
Amin...


Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

APA HUKUM GUNA MINYAK PENGASIH PADA SUAMI?