KAK PONG..

SEEKOR KUCING MALANG

Teman jumpa dia masa nak beli roti kat kedai serbaneka hujung taman.
Teman tanya budak  lelaki yang kat ada situ..
Kucing siapa?
Dia jawap tak ada sesiapa,kucing ni memang ada kat sini kak,saya cuma tolong jaga,bagi makan je...
Teman diam,teman pandang mukanya..
Buruk dan mengerikan.



Mulutnya luka teruk!
Teman tanya tak bawa klinik?
Dia senyum je....tak lagi kak..tak tahu berapa kos ubat tu,takut mahal..
Teman belek muka kucing tu,teringat kucing kat rumah,sihat,bersih dan sempurna.
Insaf hati ini...
Selalu baca kat FB,peminat kucing hanya nak jaga kucing cantik je,kucing hodoh biar mati beranggan.
Atas kesedaran,teman angkut bawa gi klinik.Teman tak mahu hanya pandai cakap,pandai komen tapi tak ada usaha.
Lepas doktor pekse,doktor bagi ubat makan selama 16 hari.Doktor kata sakit kucing ni lambat baik.Darah putih lebih,bla,bla,bla....
Macam2 doktor pesan kat tuan kucing.Teman tak dengar sebab itu kucing dia bukan kucing teman.
Teman tak berhak nak tahu,teman hanya bantu dari segi wang ringgit sahaja.Itu pun semampunya aje...

Genap 16 hari,teman pii tengok...
Keadaan masih macam tu...susah bagi makan ubat kak,dia lari...
Teman sabar...teman cuba yakin kan...awak kena bagi,nanti lambat baik.
Ubat 16 biji,luak hanya 8 biji.Lagi 8 biji...hilang tanpa di kesan.

Teman bawa lagi ke klinik,untuk rawatan susulan dan ambik ubat...kali ini tak bayar banyak ,doktor hanya tambah ubat yang ada...
Genap 16 hari,teman jengok lagi...
Mana dia?tanya teman..
Dia jawap kat belakang.Muncung seorang perempuan panjang sedepa.
Teman tengok muka dia tetap sama....
Awak tak beri makan ubat ke?
Perempuan tu kata tak kak,ubat hilang.
Teman benar2 kecewa,ubat tu bukan murah.Boleh hilang?
OMG!!!!menjengkel kan!
Teman pergi klinik sendirian.Teman beli ubat untuk kucing malang.
Lepas hantar ubat,teman balik..sepanjang jalan...macam mana le ubat boleh hilang...benggang betul!

Beberapa hari kemudian teman bawa lagi sebab kucing tu kena selsema dan sakit mata.
Doktor pekse keadaannya...doktor kata dia selsema,mata dia sakit....seandainya mahu tolong,kena Tolong betul2,kucing ni kena kurung dan makan ubat sampai habis.Penyakit ni lambat baik.Perlu Masa untuk pulih macam biasa.
Teman malu dengan doktor...
'Seandainya mahu tolong,kena tolong betul2...'
Setuju dengan doktor...nak tolong tapi tak sungguh2,bayangkan?ubat pun boleh hilang!
Doktor jumpa teman...
Saya beri ubat selsema,ubat titis mata dan antibiotik.Antibiotik kena habiskan.
Kalau kakak jaga,saya beri semua ubat ni,kalau orang itu saya mungkin tak akan beri ubat2 ni.Ubat Pun boleh hilang...aiiyaaa...susah macam tu.
Teman akui....tak tercapai akalku...ubat pun boleh hilang?

Petang tu teman bawa dia balik rumah.
Teman beri makan,beri ubat....2 hari dia tak makan...
Mungkin sunyi,mungkin kehilangan tuan.Masuk hari ke 3,teman bawa sekali lagi ke klinik.
1)Dah 2 hari dia tak 'membuang'
2)Dia tak makan....
3)Luka dia makin membesar..
4)Luka dia bukan makin baik,tapi makin teruk!
Doktor....tolong beri makan ubat,saya dah parah sambil tunjuk lengan yang di cakar.
Kakak kena pakai sarung tangan lah...sambil doktor sepitkan kuku.Doktor ajar cara beri,pegang rahang dia dan masukkan jauh2 dalam mulut.
Mudah je keje doktor,kalau teman yang bagi...huru hara!

Esok,lusa tulat....keadaan makin baik.Makan 3 kali sehari.Terasa berat badannya.
Tapi....semalam matanya penuh cecair ke merahan,pipinya bengkak.
Doktor pekse dia...oo tak boleh macam ni,kena bius dan cuci luka.Lagi setengah jam akak datang ambil.
Okay teman jawap....saya makan dulu kata teman sambil berlalu.

Setengah jam kemudian...Kakak...kucing ni tak sihat,keadaan dia benar2 membimbangkan.Kalau sebelum ni saya kata fungus,sekarang keadaan dia sudah jadi lain.Gigi taring sudah longgar,saya senang cabut keluar.
Saya rasa dia kena kanser.Mungkin dia tak akan hidup lama..Kanser dia kena di kawasan salur pernafasan.Hari ini kalau kakak benarkan,saya nak buat kemo.Lagi 5 hari bawa balik saya pekse.Kalau luka kering,maknanya ubat tu bagus.Kalau sebaliknya....saya tak berani nak kata...Tapi nyawa dia tak panjang.
Tercopong mulut teman...
Anak dara kata....cerita kucing ni sedih dan menakutkan.
Apa saya nak buat doktor?tak tahu lah...kesian dia...kata teman
Doktor jawap seandainya kakak setuju,kite mula kemo dan lihat hasilnya.
Teman terus setuju!
Buatlah doktor apa yang patut.Asalkan dia sembuh semula.
Doktor angguk...kite cuba cara ni...Harap2 dia okay.

Sejak tu,kesian dah jadi sayang.Teman minta doktor mandikan..supaya dia jadi cantik dan menarik.
Teman jaga dia,kalau teman keluar rumah...lehernya panjang meninjau.Sebaik nampak teman...ngiaunya cukup panjang dan nyaring.
Teman kata....sembuhlah Kak Pong....nanti Kak Pong boleh jalan cari makan,boleh balik kat rumah lama...
Kite bukan nak curi Kak Pong,kite nak tolong jaga je...
Teman ada 3 ekor kucing yang teman jaga dari kecil.Teman tak terbela!teman penat cuci muntah bulu ,muntah makanan..dan macam2 lagi.
Suami kata kalau sihat,jaga teruslah....
OMG!tak sanggup....cukuplah sampai di sini.Kalau ada umur panjang boleh kite berjumpa lagi ya Kak Pong....
Kak Pong makanlah ubat,jangan macam2!kang kalau teman marah?
Habislah kau Kak Pong,teman halau dari rumah!








Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

APA HUKUM GUNA MINYAK PENGASIH PADA SUAMI?