HAPPY BIRTHDAY ANAK BUJANG..

SEMUGA DIRAHMATI OLEHNYA.

Jumaat lepas dia call..
Ibu nanti datang bawa phone..
Ibu nanti datang 12.30 tau...jangan lambat.
Semua pesanan teman simpan,tak boleh lupa....

Tepat waktu dia sampai...Macam biasa,dia akan bawa barang dia sikit2,kadang2 5 kali pusingan baru selesai.
Mula2 baju,lepas tu bag,lepas tu baju kotor,lepas tu alatan mandi,lepas tu...baju gantungan.
Balik asrama macam tu juga...
Selagi tak 5 pusingan jangan panggil dia bujang teman!

Datang kali ke 3,teman terhidu bau wangi..
Baru teringat esok hari lahirnya,mungkin kawan2 curah bedak kat dia...
Ibu phone!teman unjuk phone tu..
Cepat sikit!nak solat jumaat ni....pesan teman..
Okay...katanya ringkas.

Kali ke 4...
Dia dah tak ceria,matanya merah dek serbuk bedak dah penuh dalam mata...
Dia menangis kepedihan,bau tahi kucing semerbak...
Ibu seluar....kena tahi kucing katanya masam..
Teman diam je...Malas nak tanya,mesti mood dah lain.

Sepanjang jalan,dia mula menceceh,merungut memarahi seeorang.
Bodoh punya budak!dia musnahkan semuanya..
Teman tanya siapa?
Dia jawap anak ustazah lah!
Teman cuba pujuk,kesian dia,mungkin dia pun nak gurau juga..
Dia kata masalahnya,kami dah tak main tepuk2 lagi.Kami nak bergambar.
Teman cuba pujuk lagi maafkan lah dia...dia tak sengaja.
Dia kata lagi tak sengaja apanya!dia dah tahu,kami tak main bedak lagi!dia memang bodoh!
Teman tak terkata....Teman tak mampu nak pujuk lagi..
Dalam hati,budak tu pun satu hal!kau tepuk le kat kepala ke,kat badan ke...yang piii taruk kat mata apasal?

Ambil gambar tak?
Dia jawap tak...malas nak layan,tak boleh buka mata langsung!
Alahai...kesiannya....hari penting telah di rosakkan oleh anak ustazah.
Nama anak ustazah tu siapa?
Dia jawap entah!malas nak ingat,dah lah kaki report!
Dalam hati..ustazah yang cerdik tak akan mengulang percakapan anaknya tentang kawan2.Ustazah yang baik,kena masuk kiri keluar kanan cerita2 yang anaknya sampaikan.Sila abaikan...
Ikhtibar...lain kali,kite jangan memandai mandai masuk campur urusan orang lain.Silap2 jadi lagi ni...
Kecewa orang dek perbuatan kite.

Selamat hari lahir....
Semuga di panjangkan usia,di murahkan rezeki,semuga selamat dunia dan akhirat,semuga menjadi anak yang soleh.Amiin...



Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

APA HUKUM GUNA MINYAK PENGASIH PADA SUAMI?